Wednesday, March 17, 2010

.. V^_^ YIN dan YEN ^_^V ..

Kisah ini bukan seperti kisah UPIN dan IPIN yang hanya animasi sahaja . Kisah ini adalah kisah benar tentang 2 orang sahabat baik yang lahir pada hari yang sama . Bukan mudah untuk anda temui situasi seperti ini . Seolah-olah telah berjanji untuk bertemu ketika masih di dalam rahim ibu lagi … Subhanallah…

19 mac 1988..

Di 2 tempat yang berbeza tetapi melodinya hampir sama…

Hospital Tengku Ampuan Rahimah , Kelang : “uweek…uweeekkk… uweeekkkkk…” (YIN)

Klinik Samuel , Kuala Lumpur : “uweekkk..uweeekk…uwekkkkk…” (YEN)

Hasil perkongsian 2 pasangan suami isteri yang bahagia dan beruntung , maka lahirlah 2 orang bayi yang comel sekali …betul tak YIN…??hehehe =p

JANUARI 1998…SK (2) SELAYANG BARU..

Disini ia bermula…

Semua pelajar beratur di barisan kelas masing-masing bagi memulakan sesi baru persekolahan . Suasana sangat bising dikala itu , al-maklumlah…baru sahaja kembali dari cuti penggal yang panjang , tentu sekali banyak perkara yang ingin diceritakan…Dari tadi YEN hanya memerhatikan seorang pelajar yang bertocang dan berambut panjang lurus yang turut beratur dibarisan yang sama dengannya . Wajah pelajar itu amat asing sekali baginya . Pelajar itu bersendirian tanpa ada siapa yang menegurnya . Lalu , YEN yang terkenal dengan sifat ramahnya menuju ke arah pelajar tersebut…jeng jeng jeng..hehe ^_^

“Assalamualaikum. Nama saya Siti Nor Haiyenny Abd Jalil..awak boleh panggil saya Yenny…awak pelajar baru ke..??”, sapa YEN dan cuba memperkenalkan dirinya .

“Waalaikumsalam . Nama saya Elliyin Rasif . Saya pelajar baru . Dulu saya sekolah di Taman Sri Gombak..” , jawabnya .

“ Ha?! Alien..??” , kata YEN terkejut . Sungguh aneh namanya..huhu~ =p

“Bukan Alien tapi Elliyin.. E.L.L.I.Y.I.N..” , katanya sambil mengeja .

“OH…ELLIYIN..” ,kata YEN faham..

Sejak hari itu YIN dan YEN berkawan baik .Kemana sahaja mereka pasti bersama . Dimana ada YIN disitu ada YEN dan dimana ada YEN disitu ada YIN . Pendek kata macam belangkas mereka berdua …huhu~

Sifat YIN dan YEN tidak banyak bezanya . Cuma versinya sahaja yang berlainan . YIN sangat terkenal dengan seorang pelajar yang peluru berpandu(sound dirrect) manakala YEN pula terkenal dengan seorang pengawas yang ala-ala tomboy..huhu~ kelebihan kami ini berguna bagi mempertahankan antara satu sama lain . Cubalah cari pasal ! pasti ada sahaja pelajar perempuan yang hampir menitiskan airmata … nakal sungguh kami ketika itu..hehehe =p Bukan sahaja pelajar perempuan yang menjadi mangsa , malah pelajar lelaki yang cuba mengusik pasti kena . Pernah sekali , ada seorang pelajar kelas kami yang mahu mengorat YIN telah menerima habuan pelempang dari YIN . Ah , pasti kini pelajar tersebut masih mengingatinya .Nasiblah…hehehe =p Wajah YIN dan YEN sangat berlainan , yang hampir sama cuma mata mereka yang agak sepet sedikit . Mungkin kerana bapa mereka berdua berketurunan cina . Kebetulan… ^_^ Adakalanya mereka juga berselisih faham dan bergaduh…Biaselah tu…yang pastinya YEN lah yang akan mengalah…Mengalah tak bererti kalah…hehe ~_^

Di dalam kelas…

YIN dan YEN tidak gemar berkawan dengan pelajar perempuan . Kawan-kawan kami mejoritinya dari kalangan pelajar lelaki . Mungkin lebih serasi dengan perwatakan kami yang agak ganas .hehe~ maka terciptalah “GENG BORAK SEDUNIA” kat belakang kelas yang dianggotai oleh anwar , nazmi , 2 hafiz , Vincent , zul dan ramai lagi . Pantang sahaja cikgu tiada di dalam kelas , pasti ada sahaja yang ingin di borakkan ..hihi ^_^ kami juga turut menubuhkan study group UPSR yang dianggotai oleh “GENG BORAK SEDUNIA”..Rasa-rasanya boleh ke study…???hihihi =p

Ketika ujian bulanan …

Biasanya time paper sains YEN akan bertanyakan jawapan bagi soalan yang tidak dapat dijawabnya daripada YIN manakala ketika paper p.ISLAM YIN akan bertanyakan jawapan daripada YEN .YEN walaupun agak ganas tetapi selalu mendapat markah yang tinggi bagi subjek p.ISLAM . Dunia-dunia jugak tapi akhirat penting .. ^_^ hehe..

Tibalah masanya…

Setelah 3 tahun berada dikelas yang sama , maka telah tamatlah sesi pengajian mereka di alam sekolah rendah . YIN dan YEN berjanji untuk bertemu suatu hari nanti …

“Nanti kita buat reunion nak..??kita jumpa balik dan tengok apa perubahan dekat kita 2..” , cadang YIN.

“OK , setuju! Apakata kita jumpa masa birthday kita 19 mac 2010..??” , cadang YEN..

“Lagi 10 tahun dari sekaranglah ye..?? YIN setuju!..” , kata YIN gembira..

“Kita jumpa kat WARTA nak..??” , cadang YEN mencadangkan shopping compleks yang terkenal dikalangan penduduk sekitar Selayang ketika itu . YIN bersetuju lalu melukiskan gambar kami berdua yang cuba beliau bayangkan ketika bertemu kelak . Di dalam lukisannya , YEN berdiri di hadapan pintu masuk WARTA manakala YIN melambaikan tangan dari dalam kereta yang dipandunya ..Sungguh cantuk lukisan itu.. YIN dan YEN amat menyukainya.. ^_^ Apakah lukisan itu akan menjadi kenyataan..???

Selepas tamat darjah 6 , YEN telah menyambung pengajiannya di sebuah pusat pengajian tahfiz di tengah ibukota manakala YIN hilang kabar berita.. Lama juga kami terpisah , Cuma beberapa tahun yang lalu kami bertemu semula di hari lembaran aidilfitri.. YIN kini telah menjadi seorang gadis yang sopan bertudung… Manakala YEN tidak lagi kanak-kanak tomboy .. YEN kini telah bertudung labuh dan berimejkan ustazah.. Setiap yang mengenalinya dahulu pasti tidak mengenalinya kini sama sekali kecuali setelah menyatakan bahawa YEN adalah bestfriend YIN ketika di bangku sekolah dahulu … akrabnya kami … ^_^ Kami benar-benar berubah…Sungguh,apabila ALLAH mengurniakan hidayahNYA… Alhamdulillah.. ^_^

19 mac 2010 bakal tibe…

Lusa adalah merupakan tarikh keramat bagi YIN dan YEN .. Reunion kami terpaksa ditunda akibat banyak perkara yang tidak dapat dielakkan … YIN kini sedang sibuk dengan kuliah arkitek peringkat ijazahnya di UTM SKUDAI.. Sungguh sesuai dengan dirinya yang suka melukis seperti yang YEN kenali 10 tahun dahulu… YEN pula kini menyambung pengajian peringkat diploma dalam kursus tahfiz qiraat dan dakwah di DARUL QURAN ,JAKIM.. Memburu cita-citanya sebagai pendakwah yang dapat menyumbang demi agama tercinta..insyaALLAH.. ^_^ WARTA..??kini hilang zaman kegemilangannya..tidak beroperasi lagi..

Tentang lukisan YIN ada kontranya kerana YIN masih lagi belum memiliki lesen kereta manakala YEN sudah memiliki dan mahir memandunya…so,YEN lah yang kena lambai dari dalam kereta dan YIN tunggu depan pintu masuk ye..??hehehe =p

Ucapan YEN buat YIN…

“.. YEN doakan YIN berjaya dalam setiap bidang yang YIN ceburi .. Walaupun kita jauh terpisah , walau seribu lautan perlu direnangi(YEN tak reti berenang..huhu~), walau jauh di mata , YIN sentiasa dihati YEN.. Doa YEN moga persahabatan yang terbina keranaNYA ini terus suci dan mampu dicagarkan untuk memiliki walaupun sekadar kerusi dipintu syurgaNYA untuk kita duduk bersama seperti dibangku sekolah dahulu.. melakar seribu kenangan terindah YIN dan YEN… YIN percayalah bahawa persahabatan ini tetap utuh selagi kita berpegang teguh pada agamaNYA… Berjanjilah agar dirimu tetap menjadi sahabatku selamanya… Moga kita tetap YIN dan YEN yang lahir ke dunia bersama..Di akhirat tetap bersama…insyaALLAH ,amien…”

“..selamat hari lahir yang ke-22… “

V^_^ YIN dan YEN ^_^V


SAYANG SELALU ^_^ ,

Siti nor haiYENny..

3 comments:

  1. T_T
    nie hadiah birthday paling romantik yin pernah dapat~ =)
    gelak besar yin baca =D
    yenny! sungguh yin sayang sangat awak!

    ReplyDelete
  2. happy birthday Yin&Yen.... Just a few hours to your birthday... I pray that HE grant both of u all your wishes.. and a driving license to Yin for your birthday present & i pray both of u will unite soon..... :)

    ReplyDelete
  3. aaaaaaa...
    sweet cgt..
    omg..i almoz cry (T_T)

    ReplyDelete