Saturday, March 20, 2010

MUNGKIN INI YANG TERAKHIR...

Siang tadi kami sekeluarga memenuhi jemputan walimah saudara di Sepang . Seronok juga rasanya kerana dapat bertemu ramai sanak saudara disana . Berborak sakanlah semuanya . Ada-ada sahaja statement yang mencuit hati . Adik-adik saudara telah besar-besar semuanya . Cepat sungguh masa berlalu . Rasa baru sahaja aku diminta membaca ayat-ayat suci al-Quran ditelinga mereka ketika mereka baru dilahirkan . Sekarang telah pandai bergurau dan mengenakan aku pula ..hehehe ^_^ adik-adik kak yenny~membesarlah kamu sebagai muslim sejati~umat akhir zaman ini sangat tenat dik~diri adik-adik amat diperlukan demi menjulang ISLAM terCINTA~Sayangilah ISLAM melebihi nyawamu sendiri~(harapanku buat generasi itu) insyaallah~doaku..

Setelah beberapa jam disana , destinasi seterusnya diteruskan iaitu balik kampung(melaka)..

Masuk je highway Nilai jalan tiba-tiba jem . Kenapalah pula ni..??fikir kami dalam kereta . Nak kata jem hari ni hari Sabtu , lainlah hari Ahad . Mesti ramai yang nak pulang kerumah masing-masing setelah bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah selama seminggu..??Kenapalah ye..?? Kereta terpaksa berasak-asak sepanjang jalan menuju ke Seremban...

Pagi tadi ketika bersarapan bersama mak...

"mak , yenny ni nak mati dah ke..??kenapa sejak akhir-akhir ni hampir setiap kali time yenny angkat takbir mesti yenny terbayang kubur..??", luahku pada mak.

"baguslah tu , kita kena ingat mati setiap hari paling kurang 20 kali.." , kata mak memberi pandangan dan berkongsi ilmu yang dipelajari olehnya di kelas fardhu ain .

Entahlah , aku tidak tahu mengapa..??kenapa..??dan apakah ada sesuatu yang ingin ditunjukkan olehNYA kepadaku . Hampir setiap kali ketika aku mengangkat takbir pasti aku akan terbayang tanah perkuburan di ruangan mata . Kadang-kadang aku rasa takut sehingga tubuh ku menggigil . Adakah lahad untuk ku sedang menyeru-nyeru nama ku..?? ya Allah..aku belum bersedia untuk bertemu MU..berilah aku kesempatan waktu untuk aku menyediakan bekalan yang terbaik untuk bertemuMU..bisik hatiku luruh..

Teringat ketika di tahfiz dahulu , kita bersolat jemaah bersama-sama sahabat perempuan yang lain~sebagai lajnah dakwah yang telah ditaklifkan , maka boleh kata kerap kali aku diminta untuk mengimamkan solat jemaah..setiap kali itu jugalah aku akan berpesan pada makmum ku.."anggaplah solat ini adalah yang terakhir buat kita semua..".

ye..mungkin ini adalah yang terakhir..kita tidak tahu bilakah ajal kita bakal tiba..kita tidak tahu bila..??dimana..??bagaimana keadaannya..??yang pastinya SETIAP YANG HIDUP PASTI MENEMUI MATI..itu adalah janjiNYA..hanya DIA sahaja yang mengetahui segala-galanya . Ya Allah..matikanlah aku dengan husnulkhotimah..amien..

Tiba-tiba..

"masyaallah , putus 2 kereta tu.." ,kata along ku terkejut sambil menujukan kepalanya ke arah sebuah kereta yang terbabas diseberang jalan yang sedang di uruskan oleh pihak penyelamat . Rupa-rupanya jem tadi disebabkan oleh para pemandu yang men'slow'kan kenderaan mereka bagi menyaksikan kemalangan yang mengerikan itu . Melihat keadaan kereta yang tidak nampak seperti kereta langsung lagi itu , dapat aku rasakan insan-insan yang berada di dalam kereta itu telah kembali menemuiNYA. Innalillahiwainnaelaihirojiun...

Insaf diri ini mengingati tentang kematian..ketika itu kolam mata ku telah bergenang.. teringat aku pada seorang sahabat ..aku mencapai 'handset'di dalam beg. Ku kirimkan sms kepadanya untuk bermuhasabah tentang kematian . Aku berharap , andainya esok bukan milik ku lagi.., aku telah meninggalkan seorang sahabat yang mampu berdiri teguh di dalam perjuangan ini.. moga sahabatku itu adalah 'harta' ku yang bakal menyalurkan jariah kepadaku di alam barzah kelak dengan menyampaikan ilmu yang telah kami kongsikan bersama kepada yang lain.. Sahabat , sungguh redhaNYA yang aku impikan.. Telah aku pesankan segalanya kepadanya.. Moga diriku kelak sentiasa di dalam kalungan doanya..mudah-mudahan..

MUNGKIN INI YANG TERAKHIR dariku...

No comments:

Post a Comment