Wednesday, April 21, 2010

BIARLAH RAHSIA...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Salam sayang buat semua kaum ‘HAWA’ . Sungguh apa yang ingin ana coretkan ini bukanlah berniat untuk mengguris hati kalian . Sekadar ingin membawa ber’muhasabah’ bersama-sama . Ana ini juga hanya insan yang lemah dan punya banyak kelemahan . Tetapi atas dasar bersaudara di atas ikatan ‘ISLAM’ ini , maka ana gagahkan jua hati ini untuk meluahkan segalanya . Beribu kemaafan ana pohonkan .
“Qulilhaq walau kanna murra”..

Bagi mereka yang bertudung labuh dan berjubah mungkin pernah menghadapi dialog yang seakan sama seperti dialog ini :

“wah , Siti . Dah lama tak jumpa nampak slim lah!” , kata makcik itu.
“eh? Slim ke? Biasa je! Nampak macam gemuk je!” , kata insan yang mencelah.
“yang besar itu jubahnya sahaja…”, balas mak cik itu kembali .

Inilah kelebihan kami yang bertudung labuh dan berjubah . Segala-galanya adalah rahsia . Hanya Allah dan yang berhak sahaja yang mengetahuinya . Biarlah Rahsia… ^__^v

Fesyen Muslimah Moden..

Sungguh banyak dipasaran sekarang yang menyediakan busana muslimah moden. Di dalam dunia yang serba ‘moden berfitnah’ ini maka wanita bebas untuk bergaya mengikuti fesyen semassa sambil beridentitikan muslimah . Adakah benar fesyen muslimah moden yang dibangga-banggakan itu menepati piawai syariat Islam? Mari kita berdiskusi!

Baiklah . Pertamanya ana ingin ‘refresh’ balik tentang batas aurat wanita mengikut piawai syariat . Aurat wanita ketika bersama dengan lelaki yang ajnabi itu adalah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan . Kemudian, tidak ketat dan tidak jarang sehingga membayangi susuk tubuhnya .

“Dengan berseluar jeans, anda tetap kelihatan anggun lagi sopan dengan menggayakan blouse muslimah dan tudung-tudung terkini dipasaran! “

Hai… idea siapalah agaknya ni yer..?? mencampur adukkan yang halal dan haram dalam 1 masa! Sungguh wanita adalah fitnah besar akhir zaman !

Blouse itu…

Pelik sungguh ana melihat design-design blouse dewasa ini . Sudah elok berlengan panjang tetapi sayang kadangkalanya jarang . kadangkala ketat . kadangkala pendek kelabuhannya . Dan yang amat menyedihkan , kadangkala bahagian luarnya berbentuk baju dalam yang membentuk “#%^&*” nya.. Sangka ana ‘superman” sahaja yang memakai yang di dalam di luar. Rupa-rupanya kaum ana juga tutut sama ingin menjadi ‘superwomen”! Apakah yang ingin kalian tonjolkan wahai kaum ku..?? ana juga turut merasa malu memandangnya… Blouse itu masih belum mampu melindungi aurat mu ‘HAWA’ …

Wanita berseluar jeans…

Entahlah. Setakat ni ana tidak pernah bertemu dengan seluar jeans yang besar . Adapun yang kembang dibahagian betisnya . Itupun masa zaman bila tah.?? Mungkin zaman kegemilangan ‘Elvis’ kot..?? huhu..

Ramai wanita masa kini yang mengenakan seluar jeans sebagai ‘dress up’ . Pasti sahaja seluar jeans itu melekat ke kulit lalu menghasilkan bentuk kaki mu . Bukankah memakai yang ketat di khalayak ramai itu terlarang? Besarlah mata-mata lelaki yang bermasalah hati melihat susuk peha dan punggung mu . Oh! Sungguh kasihan sekali ‘ADAM’ mu ‘HAWA’ menatap segala yang tidak segar lagi kerana keindahan peha dan punggung mu yang telah dicemari oleh pandangan ‘ADAM’ lain… Duhai Adam , apakah kau merelakannya? Tidakkah di dalam hatimu berasa cemburu tatkala hakmu terpaksa dikongsikan dengan yang lain? Dayuskah dirimu membiarkan Hawa mu begitu sahaja? Ya Allah, peliharalah diriku ini dari fitnah duniawi…

Bagi memperkukuhkan hujah ana , ingin ana bertanya .. seluar jeans itu pakaian siapakah wahai umat Islam? Bukankah trend ini berasal dari kuffar? Ana ingin membawa 1 dalil yang sangat tinggi nilainya dalam permasalahan ini…

“man tasyabbaha minhu fahuwa min hu.. “
Yang bermaksud : “ barangsiapa menyerupai sesuatu kaum itu maka ia tergolong daripada kaum itu juga..” wallahua’lam . Sesungguhnya dalil ini tidak perlu untuk ana menghuraikannya kerana telah jelas segalanya !

Tudung Oh Tudung…

Hayatilah ayat dari kitab suci Al-Quran , Surah An-Nur: 31…

“ macam-macam ada . tudung Siti , tudung Ikin , tudung Syiria , tudung Bienda dan macam-macam lagi! “

Di dalam ayat Al-Quran di atas menyatakan piawai batas tudung ialah sehingga menutupi dada . Jika kita melihat contoh-contoh daripada tudung di atas , apakah penjagaan aurat kita telah sempurna? Jika dipadankan dengan blouse dan jeans diatas maka terhasillah ‘fesyen muslimah moden’ . Ya , ana memahami . Sungguh cantik sekali fesyen-fesyen terkini dan ana juga turut mengikuti perkembangannya sebagai sesuatu yang perlu dinilai . Wahai wanita ‘berfesyen muslimah moden’ , adakah anda telah cukup-cukup dan sangat-sangat menjaga perintah agama kalian? Renung-renungkanlah puteri-puteriku sayang…

1 lagi aurat yang diabaikan olehmu duhai Hawa ! LENGANMU! Bukankah hanya pergelangan tangan sahaja yang dibenarkan? Sungguh aurat lengan mu mempunyai maksud yang sangat besar sekali! Maaf ana mengatakan , jika tidak keterlaluan , kulit dibahagian bawah tangan mu melambangkan warna kulit tubuh mu . Ada sahaja wanita yang wajahnya berkulit gelap tetapi mempunyai tubuh yang berkulit cerah . Dan ada sahaja wanita yang berwajah cerah ( banyak sangat pakai produk pengelupasan) hakikatnya tubuhnya berkulit gelap. Itu adalah rahsia mu Hawa .Berhati-hatilah kaum ku...

Pernah ana terbaca 1 artikel yang mengatakan , maaf sekali lagi , "pandangan kaum lelaki bisa membayangkan dirimu tanpa seurat benang! " nauzubillah... takutilah wahai kaum ku..

" pakai jubah ni macam kunolah . tak 'up to date' ! tudung labuh ni untuk makcik- makcik yang dah tua je. Nampak serabai je pakai labuh-labuih besar-besar ni.."
"Entah-entah pakai tudung labuh sebab rambut dia tak lawa kot?? Pakai jubah coz cutting body x cun kot?? hahahaha".

Sungguh sinis sekali pandangan sesetengah pihak terhadap kami yang bertudung labuh dan berjubah ini . Ada seorang sahabat yang tidar sedar akan tudungnya yang telah pendek digunting dari belakang . Begitu asing dan hina sekali kami dipandang dikala ini apabila berusaha menegakkan sunnah ini . Pakaian serikandi silam Islam !

Namun , ana tetap memilih tudung labuh dan berjubah sebagai 'dress up ' ana . Ana tidak segan dan tidak malu dipandang atau difikirkan macam- macam oleh orang lain . Ana tidak takut dibenci manusia daripada dimurka olehNYA . PandanganNYA perlu diutamakan . Bagi ana , ana ingin membuktikan bahawa wanita bertudung labuh ini mampu melakukankan segala-galanya . Ana bisa memandu pajero , jungle tracking , motivater , penceramah jemputan , aktif bersukan , berkayak dan pelbagai lagi aktiviti lasak . Syariat itu indah dan mudah , tetapi bukan untuk dipermudahkan . Memelihara aurat itu bukanlah suatu pilihan tetapi suatu ketetapan .

Bagi diri ini , segalanya biarlah rahsia . Kurus atau gemuk . Cerah atau gelap dan sebagainya biarlah menjadi tanda tanya dan teka teki difikiran mereka(kaum Adam) . Adamku ...
Sehebat lafaz akad mu... Seikhlas mahar hantaran mu... Seutuh itulah juga tekad Hawa mu ini mempertahankan amanah Allah... insyaallah..

Buat masa ini sehingga ke saat itu.... segalanya...
BIARLAH RAHSIA... ^__^

Monday, April 12, 2010

Bersabarlah Duhai Hatiku...

Sedetik menerjah perasaan ini..
Hanya KAU yang mengetahui..
Segala yang tersemat dihati..
Tidak bisa ku mendustai..
Kerna ku juga punya fitrah insani..
Yang ingin dikasihi dan dicintai..

Ya Allah..
Apakah perasaan yang KAU campakkan ini..??
Semakin kuat ku menolaknya..
Semakin kuat ia menghampiri..
Ku khuatiri andai ini dari nafsu yang menzalimi..
Sekali-kali ku tidak ingin ia dikotori..
Kerna bagiku rasa ini sungguh suci..
Tidak perlu dinodai..
Tetapi perlu sentiasa didoari..
Moga sentiasa subur mewangi di taman redho Illahi..

Kerna ku tahu ya Allah..
Saat itu bakal tiba jua nanti..
Sabarku menanti hari-hari mendatang silih berganti..
Menyingkap rahsia rencana Illahi..
Segalanya masih belum pasti..
Apakah dia bakal ku miliki..???

BERSABARLAH DUHAI HATIku...

Thursday, April 1, 2010

apa yang penting?? TUTUP AURAT!! hihi..^__^v

"Andaikata kau pergi kedai ade 2 boto air . 1 ade penutup , 1 lagi takde penutup . Yang mane 1 kau nak beli..??" , soal mak kepada kami adik beradik perempuan suatu hari.hehe =D sungguh mak seorang yang sangat kreatif orangnya . Ada sahaja yang difikirkan . Kadang-kadang soalan yang disoal mak tidak pernah kami terlintas langsung akannya . Adakalanya sangat lucu sehingga kami tidak kering gusi ketawa dan yang paling lambat berhenti ketawa pastinya ana sendiri! memang suke gelak!hihi ^__^v .

"mestilah yang ade penutup!", jawab adik ana,nurul spontan dan sejurus itu mak...syuuuttt~biarlah rahsia!! hihi..

Mungkin ade yang memahami dan mungkin ada yang tidak memahami maksud mak ana tadi..huhu =p apa-apa pun hari ini ana hanya nak bawa semua sahabiah terutamanya untuk membincangkan tentang aurat ...

Awalnya ana ingin memohon maaf andai post ana kali ini tersentuh peribadi sesiapa . Ana bercakap secara umum . Tidak ditujukan secara khusus . Ana bukanlah yang terbaik untuk berkata tentang semua ini . Sekadar perkongsian dan melaksanakan tanggungjawab dakwah ini . Qulilhaq walau kanna murra & balighu anni walau ayyah.
Ana mohon maaf..

Baiklah , pertamanya ana ingin mengajak diri ini dan juga sahabat/sahabiah semua untuk bertanya pada diri sendiri mengapa kita perlu menutup aurat..??

Ini jawapan dan juga alasan kukuh ana yang ana pegang dari awal dulu mengapa ana perlu menutup aurat dan jawapan ana inilah yang menjadi penguat untuk ana kuat keazaman menutupi serta menjaga aurat seperti sekarang.

1) PERINTAH ALLAH~ kerana ia adalah perintah Allah untuk menutupinya .
2 MEMBEZAKAN~ antara wanita mukminah dan wanita lain .(yang tak menutup aurat/wanita bukan Islam).
3) SIMPAN ~ untuk yang halal . my legal husband!! ^_^

HURAIAN BAGI ALASAN ANA :

1) Jika kita mengaku seorang yang beragama ISLAM , maka wajiblah kita melaksanakan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA . Islam telah memerintahkan supaya umat wanitanya menjaga aurat dihadapan mereka yang ajnabi seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan . Bagi yang mengucap 2 kalimah syahadah wajib taat mengikuti perintah tersebut.

2) Muslimah itu bermaksud wanita ISLAM manakala Mukminah pula bermaksud wanita yang beriman . Iman bermakna percaya . Ana percaya bahawa setiap suruhan dan tegahanNYA mengandungi hikmah yang sangat besar . title mukminah itu sangat tinggi nilainya.moga
suatu hari nanti ana memiliki ciri-ciri mukminah yang sempurna . yang hidup sepenuhnya berlandaskan A-Quran dan Assunnah.insyaallah..amien!!

3) Ana menjaga aurat ana sebaiknya untuk disimpan buat yang teristimewa ,my legal husband . Ana tak nak dia berkongsi haknya dengan lelaki lain. Ana nak dia miliki segala yang segar dan tidak dicemari oleh pandangan sesiapa pun . Jika ana sudah memperlihatkan aurat ana pada yang lain, maka dimanakah keistimewaannya untuk suami tercinta?? Insyaallah segalanya masih tersimpan rapi sehingga saat kami dipertemukan kelak .
Ya Allah , berilah aku kekuatan untuk mempertahankan aurat ku ini..!!..amien!!
"Adam jangan risau yer..?? Hawa jaga segalanya baik-baik untuk Adam je yer..^_^ ??",huhu~ =p..Insyaallah..^_^

Allah melarang wanita membuka aurat kerana untuk menjaga maruah dan kesucian wanita itu sendiri . Sesungguhnya wanita itu adalah fitnah dunia yang paling besar sekali .
Kaum wanita bukan sahaja penarik kaum lelaki di dunia , malah di akhirat juga!! Ingatlah diri ini!! sesungguhnya kaum adam itu hanya ingin mempermainkan kita sahaja . Bukannya ana ingin berburuk sangka tetapi , Jagalah dirimu sebaik yang mungkin . jangan mudah menyambut ungkapan cinta dan pujuk rayu mereka . Lihat berapa ramai yang telah ditinggalkan menanggung derita dan malu setelah madu mu telah dihisap . Mereka hanya inginkan keseronokan semata-mata . Sungguh diriku amat sedih melihat kaum kita telah menjadi 'objek seks' bagi kaum mereka . Kecantikan dan daya penarikmu bukan milik semua . Simpanlah sebaiknya untuk yang berhak ke atasnya . Bagi ana , 'ADAM' yang baik adalah yang menemui ibu bapa dan keluarga ana jika benar ingin memiliki diri ana . Yang hanya mengungkapkan lafaz cinta dan sayangnya setelah akad diijabkabulkan . Yang pujuk rayunya hanya untuk menambah kemesraan hubungan kami . Yang turut menjaga auratnya(walaupun aurat lelaki pusat sampai lutut , tapi sebaiknya tidak menunjukkan tubuhnya dihadapan wanita ajnabi).

Moga ALLAH mengurniakan hidayahNYA kepada kita semua .amien!! Ana mohon maaf..

Yang baik itu datangnya daripada ALLAH swt dan yang buruk dan kurang itu datangannya daripada kelemahan ana sendiri , hakikatnya kedua-duanya datangnya daripada ALLAH juga..