Tuesday, October 12, 2010

cicakman VS spiderman

Sedang sibuk mengulang hafazan al-Quran bagi menghadapi ujian syafawi yang tinggal beberapa hari sahaja lagi di bilik hostel , tiba-tiba muncul seekor cicak di dinding . Dalam hatiku berkata , “ sejak bila pulak cicak ni ada kat dalam bilik ni..?? “ dan tidak semena-mena seekor labah-labah pula sedang berusaha membina sarangnya di bucu siling . Dan, emaginasiku terus membayangkan 2 ikon hero kanak-kanak iaitu ‘cicakman & spiderman’…
Aku mengerahkan otakku supaya berfikir secara kreatif dan kritis . Mengapa yer masyarakat Barat mengambil labah-labah sebagai salah satu daripada hero ikon bagi kanak-kanak dan mengapa pula masyarakat Malaysia yang mejoritinya beragama Islam memilih cicak sebagai ikon hero kanak-kanak di Negara ini..???. Setelah berfikir dan berfikir aku tiba-tiba menjadi marah dan sedih di atas kecetekan umat Islam berfikir dan di atas hiburan melampau yang semakin menjadi-jadi di negara ini . Segera aku mengambil handset ku lalu ku mengirimkan hampir kesemua teman-teman yang ada di dalam ‘phonebook’ ku untuk berdiskusi tentang topik cicakman & spiderman ini… Dan ternyata ianya menjadi isu hangat sepanjang hari itu . Pelbagai jawapan yang aku perolehi dan ternyata jawapan tersebut tiada suatu pun yang seperti yang aku fikir kan . Walaubagaimanapun , terima kasih kepada semua teman-teman yang sudi berkongsi buah fikiran dan ilmu di atas isu ini . Sungguh HEBAT anda semua !! =)
Sekadar berkongsi pandanganku sahaja…
Ingatkah kalian ketika dibangku sekolah rendah dahulu , ketika subjek Sirah Nabawiah..?? yang menceritakan tentang ketika Rasulullah bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi di dalam gua..? sirah tersebut juga turut mengisahkan tentang 2 ekor binatang iaitu cicak dan labah-labah . Labah-labah telah cuba menyelamatkan Baginda & Saidina Abu Bakar dengan membina sarang di pintu gua yang menyebabkan kaum musyrikin tidak jadi untuk masuk ke dalam gua kerana yakin tiada manusia di dalam gua dengan melihat sarang labah-labah yang masih elok & tiada kerosakan. Ketika kaum musyrikin ingin beredar meninggalkan gua , cicak pula membuat bunyi bagi menandakan ada manusia di dalam gua dan menyebabkan kaum musyrikin berpatah semula meninjau pintu gua..begitulah serba sedikit sirah Nabi yang hampir dilupakan oleh sebahagian kaum muslimin.. Maka , binatang manakah yang cuba menyelamatkan Nabi dan binatang manakah yang cuba bersubahat dengan kaum musyrikin..?? Renung-renungkanlah….
Apa pendapat anda ketika situasi ini berlaku…
“abang nanti dah besar nak jadi ape..??” Tanya seorang ibu kepada anaknya selepas keluar daripada menonton movie ‘cicakman’ di sebuah panggung wayang .
“abang besar nanti nak jadi cicakman! “, jawab anak itu penuh semangat .
Dimanakah peganti Hamzah..?? Solehuddin?? Saidina Umar Abd Aziz?? Al-Khattab..??
Umat Islam hari ini hanya berfikir tentang hiburan dan keseronokan semata-mata . Tidak memikirkan tentang kesannya untuk masa-masa akan datang . Jika sekarang ini anak-anak telah dikotori minda mereka dengan hiburan yang tanpa hentinya , bagaimanakah pula dengan generasi akan datang..?? dapat anda bayangkan..??.
Banyakkan MENGKAJI disamping MENGAJI ilmu….
Lihat sahaja masyarakat Barat memilih ‘Spiderman’ sebagai ikon hero kanak-kanak..?? Pasaran bagi movie , costume , toys spiderman dan sebagainya mendapat sambutan hangat ke seluruh pelusuk dunia sehingga ke hari ini kerana mereka mengkaji dan menerima pakai sirah-sirah Islam malah mengiktiraf Rasulullah sabagai role model terbaik di dunia… Bagaimanakah pula bagi kita umat Islam…?? Dimanakah sirah-sirah Nabi itu kita kuburkan..?? Mari kita bermuhasabah bersama-sama saudara-saudara ku sekalian…
Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang kurang serta buruk itu datangnya daripada diri yang hina ini , hakikatnya segala-galanya daripada Allah juga. Wallahua’lam.

Friday, May 28, 2010

KU SERAHKAN...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Sekadar meluahkan apa yang ada di dalam fikiran dan perasaan ini.Entah mengapa bangun dari tidur hari ini aku merasakan bahawa seakan aku tidak sanggup lagi untuk membukakan mata . Terasa berat sekali. Merasakan begitu penat dan letih mengikut liang lentok duniawi . Meredah onak dan duri . Melawan arus ombak pantai duniawi yg mengganas. Sungguh panjang perjalanan ini. Telah jauh aku berjalan. Telah banyak yang ku temui .Semakin hari semakin aku tidak pasti apakah rencanaNYA. Aku masih mencari-cari jawapan.. semakin hari semakin sukar untuk diterjemahkan.. Apakah sebenarnya ya Allah?? jangan KAU uji sesuatu yang diluar kemampuanku.. tabahkan & kuatkanlah hati ini.. jangan biarkan ku bersendirian..

Kebahagiaan bukanlah milik kita . Segalanya adalah milikNYA .Hati ini juga. Jalan mujahadah itu tidak semudah ringan bibir berbicara. Mengatakan "TIDAK" pada suatu yang sememangnya ada didalam hati bisa sahaja menjadikan diri ini hilang separuh pertimbangan. Berbekalkan iman yang senipis kulit bawang ini aku cuba melakar sebuah ketabahan. Kerna ku tahu segala ketentuan dan rencanaNYA bukan suatu yang sia-sia. Ada hikmah yang tersembunyi. Kuatkan ku ya Allah..

Aku cuba menjadikan situasi ini suatu yang positif. Aku yakin Allah sayangkan aku . Allah tidak ingin lepaskan aku sendirian di saat aku masih hanya mampu bertatih dijalan yang berliku-liku ini. Mungkin telah tiba saatnya untuk aku bangkit dari lena yang panjang . Membina kematangan melalui pengalaman perjalanan ini. Hati ini bukan milikku ya Allah... Ku serahkan segalanya kepadaMU.. Ambillah hati ini.. Sungguh aku tidak lagi mampu untuk menjaganya... Jika hatiku ini tiada nilainya lagi disisiMU.. maka gantikanlah hati yang lain buatku...

"ku serahkan segala ketentuan..
biarlah masa yang berbicara..
dipangku wajah nan layu..
dan aku telah jemu..

Aku tidak mahu berpaling..
Pada yang mengganggu dan menggugat..
Sapanya meletihkan diri..
Hadirnya mengundang penat..

Akan ku serah cinta ini..
Bukan lagi pada manusia..
Kerana cinta martabat itu..
Bersalut segunung kepalsuan dan kepuraan..."

Ku Serahkan pada MU ya Allah...

Wednesday, May 12, 2010

Ku Tinggalkan Cinta Kerana CintaNYA…

Zulaikha termenung di tepi tasik memikirkan perjalanan hidupnya . Sungguh banyak onak dan duri yang telah beliau tempuhi . Zulaikha mencari-cari bisakah ada cahaya sang bulan dan bintang yang bias menerangi malamnya..? bisakah dia menggapai sang pelangi petang selepas hujan reda..? bisakah hatinya tenang seperti sang langit yang tenang..? bisakah hatinya sebersih sang awan..? Sungguh fikirannya berkeceramuk dikala itu . Ya Allah , kurniakanlah aku ketenangan… bisik hatinya . Disaat itu air matanya mengalir lagi buat kesekian kalinya..

Zulaikha telah melakukan istikharah sejak beberapa bulan yang lalu . Bukannya kerana memilih calon . Sekadar mencari ketenangan . Ketenangan dari gangguan perbagai ‘ADAM’ yang bisa sahaja menggoyahkan keutuhan cintanya buat ‘ADAM’ yang benar-benar dinantikan kehadirannya suatu hari nanti . Adam yang telah Allah takdirkan buat dirinya . Sungguh perasaan Zulaikha dikala itu benar-benar diuji olehNYA . “Tidak dikatakan beriman seseorang itu selagi tidak diuji “ . Bermuhasabah Zulaikha seketika . Sungguh besar ujianNYA . Ujian hati..

Sudah beberapa bulan wajah itu sering hadir di dalam mimpi-mimpinya . Lenanya seakan terganggu . Sudah puas masalah dunia yang difikirkannya di dalam jaganya . Kini lenanya juga turut dicemburui . Namun , apakah ‘si dia’ jawapan bagi istikharahnya? Apakah ‘si dia’ ADAM yang dinantikan selama ini? Apakah ‘si dia’ yang bakal mengimamkan rumahtangganya? Adakah ’si dia’ yang bakal memimpin tangannya menuju ke syurgaNYA? Mengapa begitu kuat perasaan ini hadir? Semakin kuat beliau menolaknya semakin kuat perasaan itu menghampiri… Apakah keyakinan yang semakin melekat kuat di dalam hatinya terhadap ‘si dia’ dari sehari ke sehari mempunyai maksud tersendiri? Namun , mengapa setiap tingkahlaku ‘si dia’ tidak menujukkan perasaan terhadapnya..? Mengapa dia ya Allah…? Mengapa…? Sungguh soalan-soalan itu hadir secara bertubi-tubi menyesakkan dadanya …

Zulaikha lantas bangun dari beraduannya . Segera Zulaikha bersiap menyediakan diri untuk bertemu sang penciptanya . Zulaikha ingin kembali kepada yang menciptakan hatinya . Sungguh DIA yang lebih mengetahui , mengerti dan memahami perasaannya dikala itu . Zulaikha tidak ingin perasaan itu dikotori oleh tipu daya syaitan yang sentiasa mencari peluang . Kerana perasaan yang hadir itu baginya sungguh suci . Tidak perlu dinodai tetapi perlu didoari . Bersabarlah duhai hatiku… Bermotivasi Zulaikha..

Dengan lafaz BISMILLAH sejadah dihamparkan . Selesai solat sunat tahajjud , taubat , hajat , istikharah…kini dengan penuh kehinaan Zulaikha bermunajat kehadratNYA . Sesekali kedengaran esakan tangisannya yang membelah kepekatan malam . Hatinya sayu mengenangkan kelemahan diri apabila dihadapkan ujian…Doa Zulaikha…

“ ya Allah , seseungguhnya aku mohon Engkau memilihkan mana yang baik berdasarkan pengetahuanMU , dan aku mohon keupayaan dengan kudrahMU , dan aku mohon kurniaanMU yang amat besar , sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa sedang aku tidak berkuasa . Engkaulah yang mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib . Ya Allah , jika Engkau mengetahui bahawa ‘si dia’ adalah baik untukku dalam soal agama , kehidupan dan kesudahan urusanku , dan dalam masa terdekat atau masa panjang , maka takdirkanlah ‘si dia’ untukku serta mudahkanlah ia bagiku , kemudian berkatilah untukku padanya . Kelak jadikanlah kami pasangan yang bertaqwa yang saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain dalam menuju syurgaMU ya Allah.. ya Allah , jika Engkau mengetahui bahawa ‘si dia’ adalah buruk dalam soal agama , kehidupan dan kesudahan urusanku , dan dalam masa terdekat atau masa panjang , maka hindarkanlah ‘si dia’ dari ku dan hindarkanlah aku darinya . bawalah dia jauh sejauh-jauhnya ya Allah serta takdirkanlah untukku kebaikan dalam apa jua , gantikanlah yang lebih baik untukku , kemudian timbulkanlah rasa redhaku dengannya.. wahai yang Maha Mendengar , Maha Mengetahui , Maha Pengasih lagi Maha Penyayang… amien ya rabbal a’lamien….

Kini secebis ketenangan meresap ke dalam hatinya . Zulaikha berazam untuk meneruskan istikharah dan doanya walaupun untuk beberapa tahun lagi . Biarpun beberapa tahun lagi , Zulaikha setia menanti di dalam menyingkap rahsia rencana Illahi . Kerna takut akan murkaNYA , hanyut di dalam melayari perasaan yang sememangnya masih belum halal buatnya , Zulaikha berusaha bermujahadah dengan perasaannya . Cukuplah pertunjuk yang dikurniakan olehNYA . Akan Zulaikha sematkan di dalam hatinya sebagai pembakar semangat untuk berusaha lebih agar menjadi yang solehah buat ‘Yusuf’nya…

Persis kisah cinta Zulaikha terhadap Yusufnya… juga persis cinta Hawa terhadap Adamnya yang terpisah menderita demi mencari redhaNYA … Zulaikha berkata pada dirinya … “ Akan Aku Tinggalkan Cinta ini demi cintaNYA…” . Kerna , disaat ini hanya cintaNYA yang didambakan.. Ketika Cinta Bertasbih….

“ Mardhotillah yang dikejar ,
Biarpun hati ini kian tercalar ,
Tarbiyahnya yang banyak mengajar ,
Agar peribadi solehah terus dilakar…”


aku hambaNYA ,
Siti Zulaikha

Sunday, May 9, 2010

BICARA HATIKU...

Haram haramkah aku bila hatiku jatuh cinta..
Tuhan pegangi hatiku biar aku tak jadi langgar..
Aku cinta pada dirinya..
Cinta pada pandang pertama..
Sifat manusia ada padaku..
Aku bukan tuhan...

Haram haramkah aku bila aku terus menantinya..
Biar waktu berakhir bumi dan langit berantakan..
Aku tetap ingin dirimu..
Tak mungkin hatiku berdusta..
Hanya tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin..

Aku hanya ingin cinta yang halal..
Di mata dunia juga akhirat..
Biar aku sepi , aku hampa, aku basi..
Tuhan sayang aku...

Aku hanya ingin cinta yang halal..
Dengan dia tentu atas izinNYA..
Ketika cinta bertasbih..
Tuhan beri aku cinta..
Ku menanti cinta...

Lagu: HARAMKAH
Nyanyian: MELLY GOESLOW
Filem : KETIKA CINTA BERTASBIH

Wednesday, April 21, 2010

BIARLAH RAHSIA...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Salam sayang buat semua kaum ‘HAWA’ . Sungguh apa yang ingin ana coretkan ini bukanlah berniat untuk mengguris hati kalian . Sekadar ingin membawa ber’muhasabah’ bersama-sama . Ana ini juga hanya insan yang lemah dan punya banyak kelemahan . Tetapi atas dasar bersaudara di atas ikatan ‘ISLAM’ ini , maka ana gagahkan jua hati ini untuk meluahkan segalanya . Beribu kemaafan ana pohonkan .
“Qulilhaq walau kanna murra”..

Bagi mereka yang bertudung labuh dan berjubah mungkin pernah menghadapi dialog yang seakan sama seperti dialog ini :

“wah , Siti . Dah lama tak jumpa nampak slim lah!” , kata makcik itu.
“eh? Slim ke? Biasa je! Nampak macam gemuk je!” , kata insan yang mencelah.
“yang besar itu jubahnya sahaja…”, balas mak cik itu kembali .

Inilah kelebihan kami yang bertudung labuh dan berjubah . Segala-galanya adalah rahsia . Hanya Allah dan yang berhak sahaja yang mengetahuinya . Biarlah Rahsia… ^__^v

Fesyen Muslimah Moden..

Sungguh banyak dipasaran sekarang yang menyediakan busana muslimah moden. Di dalam dunia yang serba ‘moden berfitnah’ ini maka wanita bebas untuk bergaya mengikuti fesyen semassa sambil beridentitikan muslimah . Adakah benar fesyen muslimah moden yang dibangga-banggakan itu menepati piawai syariat Islam? Mari kita berdiskusi!

Baiklah . Pertamanya ana ingin ‘refresh’ balik tentang batas aurat wanita mengikut piawai syariat . Aurat wanita ketika bersama dengan lelaki yang ajnabi itu adalah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan . Kemudian, tidak ketat dan tidak jarang sehingga membayangi susuk tubuhnya .

“Dengan berseluar jeans, anda tetap kelihatan anggun lagi sopan dengan menggayakan blouse muslimah dan tudung-tudung terkini dipasaran! “

Hai… idea siapalah agaknya ni yer..?? mencampur adukkan yang halal dan haram dalam 1 masa! Sungguh wanita adalah fitnah besar akhir zaman !

Blouse itu…

Pelik sungguh ana melihat design-design blouse dewasa ini . Sudah elok berlengan panjang tetapi sayang kadangkalanya jarang . kadangkala ketat . kadangkala pendek kelabuhannya . Dan yang amat menyedihkan , kadangkala bahagian luarnya berbentuk baju dalam yang membentuk “#%^&*” nya.. Sangka ana ‘superman” sahaja yang memakai yang di dalam di luar. Rupa-rupanya kaum ana juga tutut sama ingin menjadi ‘superwomen”! Apakah yang ingin kalian tonjolkan wahai kaum ku..?? ana juga turut merasa malu memandangnya… Blouse itu masih belum mampu melindungi aurat mu ‘HAWA’ …

Wanita berseluar jeans…

Entahlah. Setakat ni ana tidak pernah bertemu dengan seluar jeans yang besar . Adapun yang kembang dibahagian betisnya . Itupun masa zaman bila tah.?? Mungkin zaman kegemilangan ‘Elvis’ kot..?? huhu..

Ramai wanita masa kini yang mengenakan seluar jeans sebagai ‘dress up’ . Pasti sahaja seluar jeans itu melekat ke kulit lalu menghasilkan bentuk kaki mu . Bukankah memakai yang ketat di khalayak ramai itu terlarang? Besarlah mata-mata lelaki yang bermasalah hati melihat susuk peha dan punggung mu . Oh! Sungguh kasihan sekali ‘ADAM’ mu ‘HAWA’ menatap segala yang tidak segar lagi kerana keindahan peha dan punggung mu yang telah dicemari oleh pandangan ‘ADAM’ lain… Duhai Adam , apakah kau merelakannya? Tidakkah di dalam hatimu berasa cemburu tatkala hakmu terpaksa dikongsikan dengan yang lain? Dayuskah dirimu membiarkan Hawa mu begitu sahaja? Ya Allah, peliharalah diriku ini dari fitnah duniawi…

Bagi memperkukuhkan hujah ana , ingin ana bertanya .. seluar jeans itu pakaian siapakah wahai umat Islam? Bukankah trend ini berasal dari kuffar? Ana ingin membawa 1 dalil yang sangat tinggi nilainya dalam permasalahan ini…

“man tasyabbaha minhu fahuwa min hu.. “
Yang bermaksud : “ barangsiapa menyerupai sesuatu kaum itu maka ia tergolong daripada kaum itu juga..” wallahua’lam . Sesungguhnya dalil ini tidak perlu untuk ana menghuraikannya kerana telah jelas segalanya !

Tudung Oh Tudung…

Hayatilah ayat dari kitab suci Al-Quran , Surah An-Nur: 31…

“ macam-macam ada . tudung Siti , tudung Ikin , tudung Syiria , tudung Bienda dan macam-macam lagi! “

Di dalam ayat Al-Quran di atas menyatakan piawai batas tudung ialah sehingga menutupi dada . Jika kita melihat contoh-contoh daripada tudung di atas , apakah penjagaan aurat kita telah sempurna? Jika dipadankan dengan blouse dan jeans diatas maka terhasillah ‘fesyen muslimah moden’ . Ya , ana memahami . Sungguh cantik sekali fesyen-fesyen terkini dan ana juga turut mengikuti perkembangannya sebagai sesuatu yang perlu dinilai . Wahai wanita ‘berfesyen muslimah moden’ , adakah anda telah cukup-cukup dan sangat-sangat menjaga perintah agama kalian? Renung-renungkanlah puteri-puteriku sayang…

1 lagi aurat yang diabaikan olehmu duhai Hawa ! LENGANMU! Bukankah hanya pergelangan tangan sahaja yang dibenarkan? Sungguh aurat lengan mu mempunyai maksud yang sangat besar sekali! Maaf ana mengatakan , jika tidak keterlaluan , kulit dibahagian bawah tangan mu melambangkan warna kulit tubuh mu . Ada sahaja wanita yang wajahnya berkulit gelap tetapi mempunyai tubuh yang berkulit cerah . Dan ada sahaja wanita yang berwajah cerah ( banyak sangat pakai produk pengelupasan) hakikatnya tubuhnya berkulit gelap. Itu adalah rahsia mu Hawa .Berhati-hatilah kaum ku...

Pernah ana terbaca 1 artikel yang mengatakan , maaf sekali lagi , "pandangan kaum lelaki bisa membayangkan dirimu tanpa seurat benang! " nauzubillah... takutilah wahai kaum ku..

" pakai jubah ni macam kunolah . tak 'up to date' ! tudung labuh ni untuk makcik- makcik yang dah tua je. Nampak serabai je pakai labuh-labuih besar-besar ni.."
"Entah-entah pakai tudung labuh sebab rambut dia tak lawa kot?? Pakai jubah coz cutting body x cun kot?? hahahaha".

Sungguh sinis sekali pandangan sesetengah pihak terhadap kami yang bertudung labuh dan berjubah ini . Ada seorang sahabat yang tidar sedar akan tudungnya yang telah pendek digunting dari belakang . Begitu asing dan hina sekali kami dipandang dikala ini apabila berusaha menegakkan sunnah ini . Pakaian serikandi silam Islam !

Namun , ana tetap memilih tudung labuh dan berjubah sebagai 'dress up ' ana . Ana tidak segan dan tidak malu dipandang atau difikirkan macam- macam oleh orang lain . Ana tidak takut dibenci manusia daripada dimurka olehNYA . PandanganNYA perlu diutamakan . Bagi ana , ana ingin membuktikan bahawa wanita bertudung labuh ini mampu melakukankan segala-galanya . Ana bisa memandu pajero , jungle tracking , motivater , penceramah jemputan , aktif bersukan , berkayak dan pelbagai lagi aktiviti lasak . Syariat itu indah dan mudah , tetapi bukan untuk dipermudahkan . Memelihara aurat itu bukanlah suatu pilihan tetapi suatu ketetapan .

Bagi diri ini , segalanya biarlah rahsia . Kurus atau gemuk . Cerah atau gelap dan sebagainya biarlah menjadi tanda tanya dan teka teki difikiran mereka(kaum Adam) . Adamku ...
Sehebat lafaz akad mu... Seikhlas mahar hantaran mu... Seutuh itulah juga tekad Hawa mu ini mempertahankan amanah Allah... insyaallah..

Buat masa ini sehingga ke saat itu.... segalanya...
BIARLAH RAHSIA... ^__^

Monday, April 12, 2010

Bersabarlah Duhai Hatiku...

Sedetik menerjah perasaan ini..
Hanya KAU yang mengetahui..
Segala yang tersemat dihati..
Tidak bisa ku mendustai..
Kerna ku juga punya fitrah insani..
Yang ingin dikasihi dan dicintai..

Ya Allah..
Apakah perasaan yang KAU campakkan ini..??
Semakin kuat ku menolaknya..
Semakin kuat ia menghampiri..
Ku khuatiri andai ini dari nafsu yang menzalimi..
Sekali-kali ku tidak ingin ia dikotori..
Kerna bagiku rasa ini sungguh suci..
Tidak perlu dinodai..
Tetapi perlu sentiasa didoari..
Moga sentiasa subur mewangi di taman redho Illahi..

Kerna ku tahu ya Allah..
Saat itu bakal tiba jua nanti..
Sabarku menanti hari-hari mendatang silih berganti..
Menyingkap rahsia rencana Illahi..
Segalanya masih belum pasti..
Apakah dia bakal ku miliki..???

BERSABARLAH DUHAI HATIku...

Thursday, April 1, 2010

apa yang penting?? TUTUP AURAT!! hihi..^__^v

"Andaikata kau pergi kedai ade 2 boto air . 1 ade penutup , 1 lagi takde penutup . Yang mane 1 kau nak beli..??" , soal mak kepada kami adik beradik perempuan suatu hari.hehe =D sungguh mak seorang yang sangat kreatif orangnya . Ada sahaja yang difikirkan . Kadang-kadang soalan yang disoal mak tidak pernah kami terlintas langsung akannya . Adakalanya sangat lucu sehingga kami tidak kering gusi ketawa dan yang paling lambat berhenti ketawa pastinya ana sendiri! memang suke gelak!hihi ^__^v .

"mestilah yang ade penutup!", jawab adik ana,nurul spontan dan sejurus itu mak...syuuuttt~biarlah rahsia!! hihi..

Mungkin ade yang memahami dan mungkin ada yang tidak memahami maksud mak ana tadi..huhu =p apa-apa pun hari ini ana hanya nak bawa semua sahabiah terutamanya untuk membincangkan tentang aurat ...

Awalnya ana ingin memohon maaf andai post ana kali ini tersentuh peribadi sesiapa . Ana bercakap secara umum . Tidak ditujukan secara khusus . Ana bukanlah yang terbaik untuk berkata tentang semua ini . Sekadar perkongsian dan melaksanakan tanggungjawab dakwah ini . Qulilhaq walau kanna murra & balighu anni walau ayyah.
Ana mohon maaf..

Baiklah , pertamanya ana ingin mengajak diri ini dan juga sahabat/sahabiah semua untuk bertanya pada diri sendiri mengapa kita perlu menutup aurat..??

Ini jawapan dan juga alasan kukuh ana yang ana pegang dari awal dulu mengapa ana perlu menutup aurat dan jawapan ana inilah yang menjadi penguat untuk ana kuat keazaman menutupi serta menjaga aurat seperti sekarang.

1) PERINTAH ALLAH~ kerana ia adalah perintah Allah untuk menutupinya .
2 MEMBEZAKAN~ antara wanita mukminah dan wanita lain .(yang tak menutup aurat/wanita bukan Islam).
3) SIMPAN ~ untuk yang halal . my legal husband!! ^_^

HURAIAN BAGI ALASAN ANA :

1) Jika kita mengaku seorang yang beragama ISLAM , maka wajiblah kita melaksanakan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA . Islam telah memerintahkan supaya umat wanitanya menjaga aurat dihadapan mereka yang ajnabi seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan . Bagi yang mengucap 2 kalimah syahadah wajib taat mengikuti perintah tersebut.

2) Muslimah itu bermaksud wanita ISLAM manakala Mukminah pula bermaksud wanita yang beriman . Iman bermakna percaya . Ana percaya bahawa setiap suruhan dan tegahanNYA mengandungi hikmah yang sangat besar . title mukminah itu sangat tinggi nilainya.moga
suatu hari nanti ana memiliki ciri-ciri mukminah yang sempurna . yang hidup sepenuhnya berlandaskan A-Quran dan Assunnah.insyaallah..amien!!

3) Ana menjaga aurat ana sebaiknya untuk disimpan buat yang teristimewa ,my legal husband . Ana tak nak dia berkongsi haknya dengan lelaki lain. Ana nak dia miliki segala yang segar dan tidak dicemari oleh pandangan sesiapa pun . Jika ana sudah memperlihatkan aurat ana pada yang lain, maka dimanakah keistimewaannya untuk suami tercinta?? Insyaallah segalanya masih tersimpan rapi sehingga saat kami dipertemukan kelak .
Ya Allah , berilah aku kekuatan untuk mempertahankan aurat ku ini..!!..amien!!
"Adam jangan risau yer..?? Hawa jaga segalanya baik-baik untuk Adam je yer..^_^ ??",huhu~ =p..Insyaallah..^_^

Allah melarang wanita membuka aurat kerana untuk menjaga maruah dan kesucian wanita itu sendiri . Sesungguhnya wanita itu adalah fitnah dunia yang paling besar sekali .
Kaum wanita bukan sahaja penarik kaum lelaki di dunia , malah di akhirat juga!! Ingatlah diri ini!! sesungguhnya kaum adam itu hanya ingin mempermainkan kita sahaja . Bukannya ana ingin berburuk sangka tetapi , Jagalah dirimu sebaik yang mungkin . jangan mudah menyambut ungkapan cinta dan pujuk rayu mereka . Lihat berapa ramai yang telah ditinggalkan menanggung derita dan malu setelah madu mu telah dihisap . Mereka hanya inginkan keseronokan semata-mata . Sungguh diriku amat sedih melihat kaum kita telah menjadi 'objek seks' bagi kaum mereka . Kecantikan dan daya penarikmu bukan milik semua . Simpanlah sebaiknya untuk yang berhak ke atasnya . Bagi ana , 'ADAM' yang baik adalah yang menemui ibu bapa dan keluarga ana jika benar ingin memiliki diri ana . Yang hanya mengungkapkan lafaz cinta dan sayangnya setelah akad diijabkabulkan . Yang pujuk rayunya hanya untuk menambah kemesraan hubungan kami . Yang turut menjaga auratnya(walaupun aurat lelaki pusat sampai lutut , tapi sebaiknya tidak menunjukkan tubuhnya dihadapan wanita ajnabi).

Moga ALLAH mengurniakan hidayahNYA kepada kita semua .amien!! Ana mohon maaf..

Yang baik itu datangnya daripada ALLAH swt dan yang buruk dan kurang itu datangannya daripada kelemahan ana sendiri , hakikatnya kedua-duanya datangnya daripada ALLAH juga..

Wednesday, March 31, 2010

ubat OH ubat!!

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..
ana ingin membawa suatu anologi tentang ubat~ ana terfikir~

Mengapa yer..??
bile kite sakit kite sanggup telan ubat yang diberi doktor walaupun ubat tu pahit nauzubillah!! jawapannya mestilah kite nak sihat dan cepat sembuh bukan..?? kerana inginkan fizikal kite sentiase sihat kite sanggup berkorban ape sahaje !! sanggup berhabis duit.. sanggup untuk menanggung risiko andai ubat tersebut akan menyebabkan kesan sampingan dan macam-macam lagi.. betul tak..??

Tetapi..

Mengapa pula yer..??
bile rohani kite mula parah dan meronta-ronta mencari ubat penawar , kite tidak cuba ubatinya walaupun kite sering kali telah menemui penawarnya.. kadangkala kite bukan sahaja tidak mahu mencuba ubat penawar tersebut bahkan untuk melihatnya pun kite tidak mahu..maksudnya kalau boleh tidak mahu tahu langsung tentangnya..! dimanakah haknya rohani kite..?? dibiarkan sakit begitu sahaja.. mengapa seringkali kite membeza-beza penjagaan kesihatan antara rohani dan jasmani kite..?? asyik jasmani sahaja yang didahulukan!! andai sahaja rohani bisa berkata-kata pasti ia sedang menjerit-jerit kesakitan..

mengape yer..?? mengape yer..?? mengape yer..??

WALLAHUA'LAM.

HIKMAH MAKSIAT

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..

Apabila sahabat-sahabat semua terbaca title post ni pasti sahabat-sahabat semua tertanya-tanya apakah hikmah maksiat tu?? boleh ke buat maksiat?? & macam-macam lagi..betul tak..??huhu~ bukanlah tujuan ana hari ini untuk mengajak sahabat-sahabat semua buat maksiat.. title diatas sekadar tarikan sahaja untuk sahabat semua baca post ana ni~hihi ^_^v tetapi , Sukelah rasanya untuk ana menghuraikan kata-kata dibawah ini yang ana petik daripada seorang sahabat kerana sesungguhnya diri ini juga adalah hamba yang tidak pernah lari daripada melakukan dosa dan maksiat kepadaNYA..moga dapat kiranya kita bermuhasabah bersama-sama . insyaALLAH ^_^ Baiklah,

Kata-katanya..
Satu maksiat yang menyebabkan kamu merasa kerdil , rendah diri , hina dan hancur hati (kerana penyesalan dan taubat) lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung , bangga dan hebat (sehingga tahap ujub)"Berkemungkinan ditaqdirkan bagimu melakukan suatu dosa sebagai sebab musabab untuk mu sampai kepada keredhaan Allah swt (dengan rasa rendah diri , hina dan akhirnya berubah menjadi soleh).

Siapa yang tidak pernah ditimpa musibah dosa dalam hidupnya?? Siapa yang tidak pernah buat dosa?? Siapa yang tak pernah gagal dalam kehidupannya?? Siapa yang tidak pernah jatuh?? Siapa yang tidak pernah menangis?? Kabarkan kepadaku siapakah dia??! Sesungguhnya selagi kamu bergelar seorang hamba kepadaNYA pasti kamu tetap melakukan kesilapan , dosa dan maksiat terhadapNYA .

Suatu ketika dahulu diri ini juga turut dihimpit dengan rasa yang sama iaitu rasa sangat kerdil , rendah diri , hina dan hancur hati akibat hukuman dosa daripadaNYA . Sehinggakan ana rasa bahawa ana tidak layak untuk menikmati segala nikmat daripadaNYA . Tidak layak menegur kesalahan insan lain . Tidak layak untuk minta apa-apa pun dariNYA akibat dihantui oleh dosa-dosa yang ana lakukan . Ana sangat-sangat rasa rendah diri ketika itu ,malu pada Allah namun.. Kini ana sedar bahawa..

Semuanya itu adalah tarbiyah daripadaNYA . Allah mentakdirkan kita melakukan dosa bukanlah kerana DIA mahu manzalimi diri kita , sesungguhnya DIA sangat pengasih dan penyayang . Semua itu adalah ujian untuk menjadikan kita semakin dekat ataupun semakin jauh daripadaNYA . Jika kita menerimanya dengan positif(+) , insyaallah kehidupan kita selepas itu lebih baik . Tetapi seandainya kita menerima dengan negatif(-) , maka buruklah kehidupan kita selepas itu . BERSANGKA BAIKLAH KAMU DENGAN TUHANMU.. ^_^

Pesan ayah , "HIDUP INI UMPAMA RODA . ADAKALANYA KITA BERADA DIATAS , ADAKALANYA KITA BERADA DIBAWAH . APABILA KITA BERADA DIATAS JANGAN LUPA YANG DIBAWAH DAN APABILA KITA DIBAWAH JANGAN LUPA UNTUK BERADA DIATAS DAN APABILA KITA DIATAS SEMULA , JANGAN KITA LUPA SUATU KETIKA DAHULU KITA PERNAH BERADA DIBAWAH.."..

Maksud ayah tadi sangat besar bagiku . Sangat bermotivasi . Begitulah kehidupan kita . Ada masanya kita berada diatas(berjaya) dan ada masanya kita berada dibawah(gagal).
Tidak kira dalam apa sahaja perkara sama ada pencapaian dalam akademik , ibadah , kesihatan dan sebagainya . GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKNA GAGAL UNTUK SELAMA-LAMANYA .
Kita harus bangun dari kegagalan itu kerana hehidupan kita hanya sekali . Tiada kehidupan yang kedua di dunia ini seperti kepercayaan 'KARMA' oleh agama Hindu dan Buddha . Peluang hanya sekali , tiada yang kedua . Inilah kehidupan yang kita perlu menyediakan bekalan bagi hari kemudian..

Cuba bayangkan andai anda tidak pernah melakukan kesilapan..dosa dan maksiat..?? pasti anda akan merasa diri anda hebat dan memandang rendah kepada orang lain . Dengan ini perasaan riya' , takabbur dan ujub pasti akan hadir . "eh , jangan main tuduh-tuduh..yer?? saya tak pandang rendah pada orang lain..". Jangan tipu !! anda bukannya malaikat dan pastinya anda di awasi syaitan-syaitan yang berpangkat general untuk memesongkan hati anda . Itu sumpah mereka(syaitan)!!.

Sebenarnya rasa hebat yang menghantui diri kita ketika melakukan dosa dahulu sangat bagus untuk dijadikan muhasabah diri sebagai guide line daripada kita mengulanginya lagi . Supaya , apabila kita berada diatas , kita tidak lupa ketika kita berada dibawah dahulu . Dengan ini, ia akan menjadikan kita lebih berhati-hati dalam mengharungi kehidupan seterusnya .

"Kak , Allah terima ke saya ni?? saya ni kotor . banyak sangat buat kesilapan..",tanya seorang gadis pada ana suatu hari ketika menceritakan segala masalahnya.

"Allah itukan maha pengasih dan penyayang.. sekiranya kita benar-benar insaf , bertaubat dan berazam takkan melakukan dosa itu lagi , pasti DIA akan mengampunkannya.." , jawab ana cuba memberi semangat kepada gadis itu..

Bagi ana , sesungguhnya dosa yang lalu membawa diri ini lebih dekat kepadaNYA . Ketika diuji dahulu ana temui siapa yang benar-benar memberi ana semangat untuk terus berdiri di bumi nyata ini .. telah ana ceritakan di dalam blog ana ini dalam post ," muhasabah birthday"..hanya DIA !! kini , ana telah temui hikmah dari setiap ketentuannya dahulu .. maka , memang benarlah kata-kata sahabat ana tadi ..,

Satu maksiat yang menyebabkan kamu merasa kerdil , rendah diri , hina dan hancur hati (kerana penyesalan dan taubat) lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung , bangga dan hebat (sehingga tahap ujub)"Berkemungkinan ditaqdirkan bagimu melakukan suatu dosa sebagai sebab musabab untuk mu sampai kepada keredhaan Allah swt (dengan rasa rendah diri , hina dan akhirnya berubah menjadi soleh).

WALLAHUA'LAM.

Tuesday, March 30, 2010

" APA YANG KAU FIKIRKAN..??"

ku melihat ke bumi itu ,
tiada pokok dan rumput menghijau menghiasinya,
tiada tumbuhan merimbun segar ,
tiada kicauan burung menyanyi merdu,
tiada ketawa girang anak-anak kecil ,
tiada mentari cerah yang menerangi ,
tiada secebis kehidupan untuk mereka dibumi itu .
yang ada hanyalah..
tanah gersang berlumuran darah,
deburan yang meriah berterbangan ,
acap kali disulami bedilan bom ,
sayup-sayup kedengaran tangisan pilu ,
terhias megah jasad sang syahid .

APA YANG KAU FIKIRKAN??
tika seketul batu yang bisa kau tandingi dengan kereta kebal mu.
APA YANG KAU FIKIRKAN??
tika wang mu bagaikan air hujan dimusim tengkujuh semata-mata kerana ketulan batu itu .
APA YANG KAU FIKIRKAN??
tika jasad yang lemah itu mara kehadapan menandingi kereta kebal kehebatan mu.
APA YANG KAU FIKIRKAN??
tika jasad yang lemah itu hanya melihat kereta kebal mu seperti seekor tikus .
APAKAH YANG KAU FIKIRKAN??
tika kerusi roda itu lebih hebat dari kereta kebal mu .
APA YANG KAU FIKIRKAN??
tika jasad-jasad yang lemah silih berganti tiada pernah habisnya.
APA YANG KAU FIKIRKAN??
tika darah itu mengalir bangga .
APA YANG KAU FIKIRKAN??
tika senyuman terukir dibibir jasad yang hancur itu.
APA YANG KAU FIKIRKAN??
tika seluruh bumi itu kau hancurkan namun kau tetap tidak berjaya menawannya.
APA YANG KAU FIKIRKAN?? APA YANG KAU FIKIRKAN?? APA YANG KAU FIKIRKAN SANG ISRAEL LAKNATULLAH!!!???

notes: ana mandapat ilham ini ketika menonton national geography tentang buat kereta kebal beberapa hari lalu . rase sangat tidak logik segala yang israel lakukan . NO POINT!! post ni sekadar meluahkan apa di dalam fikiran ini . pengisian ditambah dengan tokoh kesayangan , SYEIKH AHMAD YASSIN & pejuangan HAMAS! TAKBIR!!..

yang baik itu datangnya daripada ALLAH swt dan yang buruk & kurang itu datangnya daripada kelemahan diri ana sendiri . hakikatnya kedua-duanya datangnya daripada ALLAH swt juga. wallahua'lam .

Saturday, March 27, 2010

Perjalanan ini..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Segala puji bagi ALLAH yang telah menjadikan siang dan malam..
Pemilik segala dilangit dan di bumi..
ALLAHUAKBAR..

Aku bukanlah pemuja alam semesta ini..
Dan aku juga tidak memujinya siang dan malam
Tetapi aku seorang yang sentiasa memuja dan memuji Sang penciptanya..
Aku sangat suka memerhati keadaan sekeliling..
Bagiku , setiap ciptaanNYA bukanlah sesuatu yang sia-sia..
Setiap sesuatu pasti mengandungi pengajaran..
Perhatikan~Nilai~Pastikan ketemui pengajarannya..
Ya ALLAH ,
Sungguh tarbiyahMU sangat unik
Sangat lembut Sangat puitis
Hanya manusia yang mahu berfikir sahaja pasti mengertinya

Ya ALLAH,
Sungguh , aku sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menikmati keindahan malam ini..

Aku duduk dipersisiran pantai..
Ombak laut berderu tenang..
Ku melihat ke langit ..
Bulan mengambang hampir penuh
Terang cahayanya membelah kepekatan malam
Bintang-bintang yang berkelipan seakan-akan menemani malam ku ini..
Bayu laut menyapa lembut dipipiku..
Sungguh menyegarkan
Lautan terdampar luas
Ingin sahaja aku berlari riang di atasnya
Cahaya lampu dari kapal-kapal ditengah lautan sangat menceriakan
Seakan-akan mengimbau kembali dihalaman rumah di malam aidilfitri

Ku merenung pantai yang bagaikan tiada penghujungnya
Begitulah perjuangan ini..
Selagi nyawa bersama jasad,
Selagi itulah tanggungjawab dakwah ini tiada titik noktahnya
Jalan dakwah ini bukanlah sentiasa tenang seperti air laut di malam ini
Bukan juga seperti bayu laut yang menghembus lembut
Ada masanya pasti ada ujiannya
Mungkin sahaja sehebat ombak mengganas menghempas pantai
Mungkin sahaja sekeras angin taufan yang menghembus
Sungguh , jalan menuju syurgaNYA tidak dihampar permaidani merah
Jalannya penuh onak dan duri yang sentiasa menanti
Ya ALLAH , mampukan diriku untuk terus teguh dijalan dakwahMU ini…
Amien ya rabb..

Aku menyusuri gigian air . Ingin sekali aku merasainya walaupun dibatasi oleh stokin kaki ku . Walaupun malam , aurat tetap wajib untuk ditutupi . Mana tahu ada sepasang mata yang memerhati..? Sungguh wanita adalah fitnah akhir zaman . Melihat kaki sahaja bakal menjadi fitnah . Berhati-hati wahai diriku..

KU merenung lautan ini . Sungguh luas sekali . Pasti di tengah-tengahnya dalam . Tentu seronok seandainya aku pandai berenang .Dapatlah aku menyelam untuk menikmati permandangan di dasar lautan . "hai~bilalah aku ni nak pandai berenang yer..??". Apa-apa pun , kelak aku ingin "ulamak-ulamak" ku semuanya pandai berenang . Berenang adalah sunnah . Aku tidak mahu mereka ketinggalan sepertiku . Insyaallah..

Apabila malam semakin kelam , sepanjang persisiran pantai makin ramai pengunjungnya . Ada yang bersama keluarga dan tidak kurang juga yang berdua-duaan dengan pasangan masing-masing . Mungkin sahaja mereka pasangan suami isteri sangka baik ku . Tetapi melihat wajah setahun jagung itu membuatkan perasaan curiga itu hadir . Mengapa mereka seakan ketakutan apabila ada mata yang memerhati? Kalau tidak buat salah usah takut dik.. Tidak mengapa.. Allah lebih tahu segala-galanya…

Pelbagai ragam manusia yang dapat kulihat . Ada yang ber’camping’ bersama keluarga sambil berbakue . Sungguh bahagia sekali melihat mereka . Melihat telatah anak-anak mereka yang bermacam-macam ragam . Meriah sungguh family yang besar . Nanti kalau dah berkeluarga aku pun nak camping mcmni jugaklah!! kataku dalam hati sambil tersenyum seorang diri . huhu~

Ada yang berpelukan di dalam gelap~astaghfirullah..tertengok..xsengaja . maaf2!! (pemandangan yang tercemar ) =(

Ada pasangan yang sedang mancing ikan sambil berborak (bising sangat , larilah ikan tu!! hehe =p)
Hurm~best jugak mancing! Dah lame tak mancing . Dulu kecil-kecil selalu jugak ikut ayah memancing . Siap dapat ikan lagi tu!hehe ^___^ v (banggalah konon~hehe =p)
Hurm~nanti nak ajak “ADAM” mancing ikan jugaklah! Kalau ADAM tak reti nanti suruh ayah ajarkan~huhu =p


Ada yang duduk mengadap pantai sambil layan lagu jiwang sama-sama . Hurm~nanti nak buat macam ni jugaklah!! tapi tak nak lah layan lagu jiwang~tukar dengan zikir sama-sama mengikut melodi sendiri~mesti bestnya kan..?? hurm~barulah pasangan yang bertaqwa~amien ^_^..hurm~macam mane lah suara ADAM yerk..??ade macam suara maher zain tak..??ahah!tak kisahlah ~ pasti suara itu akan aku jadikan yang paling hebat bagiku walaupun ikan bakal terapung kepermukaan air(mati) dengan rela hati apabila mendengarnya!!hihi~maaf ye ADAM!! Jangan marah~peace! ^__^v hehe ^_^ hurm~merepek je lah kau ni yenny..??hik3 hehe =p

“..BERSABARLAH DUHAI HATIku~ ^_^ ...”

Cuti sem hanya tinggal seminggu sahaja lagi . Tak sabar rasanya nak balik DQ . Mood baru . Azam baru . Semangat baru . Usia yang baru !!eh??!hehe =p habislah~balik ni mesti semua kata aku dah tua~hurm~tua dah ke..??tapi makcik dewan makan , cleaner and budak-budak baru yang tak tahu umur aku semua kata nampak macam 19 tahun~hahaha~tua pun tua lah~janji semangat muda!!yaeh!!Semangat untuk sem 3!! Semangat-semangat yenny!! Semangat gunung berapi!! Lagi 4 sem je lagi~dah tak lama lagi dah~2 tahun je lagi!! Hargai 2 tahun yang berbaki .Gunakan sebaiknya untuk sedut semua ilmu yang ada dekat DQ tu . Bina peribadi solehah . Kuasai ilmu dakwah sebaiknya . Bagi masyi Quran . Hurm~lepas habis DQ macam mane..?? sape nak tolong tasmik kan nanti..??huRM~ ‘ADAM’ wajib tasmik kan ‘HAWA’ setiap hari nanti yer..?? baiki mutu bacaan dari sekarang taw..?!! nanti senang kita tadarus sama-sama yer..?? ^_^ hehe..

v^__^ “..KEJAR CITA-CITA DAHULU BARU KEJAR CINTA...”. ^__^v

Betul tu!!so,ape lagi..??jom main kejar-kejar..!!hahaha =p (dah kehabisan idea yang bernas~huhu..) THE END!! ^_^

Friday, March 26, 2010

"..siapa yg kau nak selamatkan...??"

Teringat masa kecil-kecil dahulu . Ketika tu kedua-dua abang ku masih bujang . Masa tu abang-abang aku berbual-bual dengan mak sambil mak membuang perut dan tulang ikan bilis di dapur . Aku turut serta mendengar perbualan tersebut . Tiba-tiba mak memberi 1 soalan cepu emas buat kedua-dua abang ku . Nak tahu apa dia soalan tu..??begini bunyinya~huhu..

"andaikata suatu hari kau bawak mak dengan isteri kau naik kapal . Tibe-tibe kapal tu karam . Siapa yang kau nak selamatkan dulu..??".fuh! berpeluh tak dengar soalan ni..??hehe~sungguh mak sangat kreatif orangnya..^_^hehe..

Angah menjawab : "mestilah angah selamatkan mak dulu . isteri boleh kawen lain . mak mana boleh cari lain..",angah menjawab dengan penuh touching . sungguh angah sangat suka meluahkan perasaannya~hehehe =p

Jawapan along pula : "dua-dua ayem biarkan . ayem selamatkan diri sendiri . bukannya reti berenang pun..?",sempoi sahaja jawapannya tetapi membuatkan kami semua ketawa termasuk emak . Sungguh abang ku yang seorang ini sangat memendam rasa . tak pandai meluahkan ..egolah konon~hehehe =p

Kini , aku sendiri telah dewasa . Tidak lama lagi aku juga bakal memiliki seorang suami yang anak kepada seorang 'mak'..seperti abang-abangku . Andai sahaja suatu hari nanti maknya bertanya soalan yang sama kepada suamiku , aku ingin sahaja menjawabkan untuknya . Ini jawapanku , insyaallah..

"yenny sesekali tidak akan membenarkan (suami) melebihkan yenny daripada mak . mak seorang sahaja , tiada gantinya . andai yenny pergi(meninggal) , (suami) boleh memilih ganti untuk diri yenny . tapi andainya mak yang pergi dahulu , pasti tiada gantinya..".jawapan ini dari lubuk hatiku . aku sangat impikan seorang 'imam' yang sangat baik dan berbakti kepada kedua orang tuanya . aku tidak kisah andai diriku kurang mendapat perhatiannya semata-mata kerana amanahnya kepada kedua orang tuanya . aku ingin tumpang kesolehannya . aku sangat yakin untuk terus berada disisinya . kerana aku yakin , kesolehannya kelak bakal menghasilkan benih yang soleh juga untuk diriku . pasti kelak zuriat kami juga akan berbuat perkara yang sama terhadap kami seperti dirinya terhadap maknya .

Aku amat pelik melihat ada diantara para isteri yang cemburu atau mengongkong apabila suaminya melebihkan ibu mereka daripada isterinya sendiri . Tidakkah mereka tahu bahawa setelah akad , mereka perlu melebihkan ibu bapa dan keluarga suami lebih daripada ibu bapa dan keluarga mereka sendiri..?? Aku tidak mahu suamiku seperti ALQOMAH . Bahkan insyaallah , aku ingin bersama dengannya untuk berbakti kepada kedua orang tuanya . Ingin sahaja aku bermanja dengan mereka seperti ketika bersama dengan mak ayah ku sendiri . Aku ingin mereka ketahui bahawa aku tidak menganggap mereka insan yang asing . Aku pasti mereka bakal menyayangi diriku ini . Dan aku akan berbakti untuk mereka seperti ibu bapaku sendiri . Aku yakin... ya ALLAH..moga 'ADAM' ku sedang berbakti kepada kedua orang tuanya..amien..

Thursday, March 25, 2010

IT'S IN YOUR HANDS

1 muharam yg lepas , semua budak syukbah dakwah telah diamanahkan untuk membentangkan tentang metodologi dakwah . Setelah dibahagi-bahagikan , ana telah dipertanggungjawabkan untuk membentangkan tajuk 'metodologi dakwah melalui qudwah hasanah'(contoh teladan yg baik).
So,boleh lah ambil ape yg baik dari pembentangan ni . Just nak share ilmu yg ada . Moga memberi manfaat pada semua . Insyaallah , amien ^_^

"Rasulullah saw telah ditanya:ya Rasulullah , apakah itu ISLAM? Rasulullah menjawab:ISLAM itu adalah akhlak yg baik "-al-hadith.

Peratusan besar daripada dakwah Rasulullah saw adalah melalui akhlak baginda . Dengan peribadi baginda yg sangat terpuji telah menarik ramai masyarakat ketika itu berbondong-bondong memeluk Islam . Sungguh banyak kisah yg telah kita ketahui tentang akhlak baginda saw . Rasanya tidak perlu untuk ana huraikan panjang lebar . Cuma hari ini ana ingin membawa kisah seorang tokoh pejuang Islam yg amat ana kagumi iaitu SYEIKH AHMAD YASIN . Beliau seorang syahid yg telah mengasaskan penubuhan HAMAS . Beliau hanyalah seorang yg cacat lumpuh seluruh tubuh , hanya kepalanya sahaja yg boleh digerakkan , suaranya sangat lemah , berkerusi roda namun beliau menunjukkan bahawa keupayaan tidak membataskan kemampuan . Ana ingin membawa 2 kisah ketika beliau di dalam penjara yg menunjukkan bahawa qudwah hasanah ini adalah metod dakwah yg paling penting . 1)disebabkan keadaan beliau yg sangat lemah,beliau telah dihantar pembantu untuk menjaga beliau di dalam penjara ketika menjalani hukuman, suatu hari,pembantu tersebut telah tamat dari menjalani hukuman dan cuba anda bayangkan bagaimana perasaan banduan yg akan dibebaskan???pasti sahaja mereka gembira bukan..??tetapi,pembantu syeikh ahmad yasin ini sangat sedih sehingga menangis teresak-esak kerana tidak sanggup untuk berpisah dengan syeikh kerana sangat tenang ketika bersama beliau.subhanallah.. 2)pengawal penjara yg berketurunan israel mengatakan bahawa beliau sangat tenang walaupun hanya dapat duduk berdekatan dengan syeikh ahmad yasin . Kita semua telah sedia maklum bahawa bangsa israel ini adalah bangsa yg paling buruk akhlaknya dan sangat keras kepala . Didalam Quran telah berulang-ulangkali disebut tentang bangsa israel ini . Tetapi peribadi syeikh berjaya membuatkan hati mereka terdakwah.subhanallah..

Baiklah ,mari kita melihat masyarakat hari ini disekeliling kita . Jika hadith diatas menyebut bahawa ISLAM itu adalah akhlak yg baik , maka seolah-olah ISLAM itu makin pupus disebabkan hilangnya akhlak umat ISLAM itu sendiri..umat ISLAM dan KUFFAR hari ini tidak banyak bezanya . Cuma yg membezakan hanya kalimah syahadahnya sahaja . Itupun sangat dibanggakan mengaku sebagai muslim sedangkan segala tuntutan ISLAM tidak dilaksanakan.Melihat di shopping-shopping compleks , pasar malam , stesen LRT , pusat-pusat hiburan dan sebagainya , umat ISLAM seakan-akan tiada bezanya . Berskirt pendek , tidak bertudung , memakai pakaian yg menjolok mata , berambut karat(color macam-macam), pergaulan bebas dan sebagainya sangat-sangat menyedihkan. Dengan keadaan akhlak ummah yg sangat sakit ini ,Adakah masih wujud ISLAM itu jika dikatakan ISLAM itu adalah akhlak yg baik..???

Seorang pendakwah yg berdakwah melalui metod nyanyian , Yusuf Islam telah berkata bahawa , "aku masuk ISLAM kerana aku mengenali ISLAM terlebih dahulu sebelum aku mengenali umat ISLAM , jika aku mengenali umatnya terlebih dahulu , nescaya aku tidak akan masuk ISLAM.." . Melalui kata-kata seorang mualaf ini dapatlah kita lihat bahawa akhlak umat ISLAM hari ini tidak berjaya untuk mendakwah masyarakat bukan Islam untuk memeluk ISLAM bahkan memburukkan lagi pandangan mereka terhadap agama yg suci ini..Wahai umat ISLAM..tahukah anda semua bahwa kelak kita akan dipersoalkan tentang semua ini..???

Beberapa pandangan negatif masyarakat bukan Islam yg boleh kita ambil berat dan berusaha untuk mengubahnya :
1)ISLAM itu mundur kerana ramai masyarakat melayu yg miskin dan ketinggalan dalam pelbagai sudut .
2)Poligami itu mendatangkan banyak keburukan berikutan kes-kes penceraian dan keruntuhan institusi kekeluargaan yg semakin menjadi-jadi .
3)Banyaknya golongan melayu di pusat-pusat pemulihan,hiburan dan pelacuran.
Dan banyak lagi..

DIMANAKAH PERGINYA UMMAH YG GEMILANG SUATU KETIKA DAHULU..????

Jika kita lihat memang ada kebenaran pandangan-pandangan negatif umat bukan ISLAM ini terhadap umat ISLAM hari ini kerana dapat kita lihat ramainya orang-orang melayu dipusat-pusat pemulihan , hiburan dan pelacuran . Bukanlah semestinya melayu itu ISLAM tetapi mejoriti masyarakat melayu di negara kita ini adalah beragama ISLAM .
Akibat daripada sikap sebahagian umat ISLAM ini telah membawa fitnah besar pada ISLAM itu sendiri .

Umat ISLAM hari ini banyak memikirkan perkara yg remeh temeh .Airmata umat ISLAM hari ini amat murah sekali , menangis hanya kerana tersingkir AF(Akademi Fantasia), Ibubapa berlumba-lumba menghantar anak kecil mereka ke uji bakat IDOLA KECIL , hujung minggu bersama keluarga ke pesta JOM HEBOH , bahan bacaan majalah hiburan "ape ye yg siti suke pakai?","Dafi sukan makan ape ye?","Dato' K bagi Siti hadiah ape ye untuk ulangtahun kelahirannya kali ini?" . ya ALLAH , remehnya semuanya ini??sedangkan Rasulullah dihina tidak diambil peduli . Sirah Rasulullah dibiarkan termakam begitu sahaja . Mengagong-agongkan artis dan budaya BARAT yg dianggap bertamadun .Sedangkan para kuffar terus menerus menelopori setiap bidang . Umat ISLAM!!!!BANGUN!!!

Apakah tanggungjawab kita sebagai khalifah ALLAH..??cukupkah hanya berdiam diri..??hanya menyerahkan tanggungjawab ini hanya kepada para ustaz-ustaz , ustazah-ustazah..??Jika begitu , apakah peranan anda demi ISLAM..???

Gunakan kuasa 10 jari anda bukannya sekadar kuasa 1 jari..
IT'S IN YOUR HANDS!!!

Yg ana maksudkan disini bukanlah seperti iklan celcom . Maksud ana kuasa 1 jari itu adalah menuding jari menunjuk kesalahan orang lain sahaja tanpa cuba berbuat apa-apa .Sedarlah diri ini , bahawa sekali engkau menuding jari pada orang lain nescaya berkali-kali ALLAH menuding kepadamu . Astagfirullah..
Manakala kuasa 10 jari ini dimaksudkan adalah kita menggunakan senjata orang ISLAM iaitu 'BERDOA' . Ana pasti , jika kita semua sentiasa berdoa agar umat ISLAM kembali gemilang , nescaya suatu hari nanti zaman kegemilangan KHULAFA' ISLAMIAH sebelum kejatuhanannya dizaman pemerintahan KAMAL AL-TATUK itu pasti berulang lagi . Jatuh bangunnya ISLAM itu bergantung pada umatnya .Jika umat ISLAM cemerlang , maka cemerlanglah ISLAM dan jika umat ISLAM rosak ,maka punahlah ISLAM itu .

YG BAIK ITU DATANGNYA DARIPADA ALLAH SWT DAN YG BURUK ITU DATANGNYA DARIPADA DIRI ANA SENDIRI HAKIKATNYA KEDUA-DUANYA DARIPADA ALLAH SWT JUGA.WAALLAHUA'LAM.

Sunday, March 21, 2010

MASIHKAH KAU INGAT...???

Bingkisan ini kutujukan buat insan-insan yang bernama 'anak'. Moga kau menghargai insan-insan bergelar 'ibu'..

Duhai anak..

MASIHKAH KAU INGAT..??
saat kandungan ibumu berusia baru beberapa minggu , ibumu mengalami situasi yang sangat merumitkan . Muntah-muntah , pening kepala , tidak sedap badan dan sebagainya .. Namun , naluri keibuan itu tetap yakin untuk menjagamu di dalam rahimnya selama 9bulan..

MASIHKAH KAU INGAT..??
sudah berbulan-bulan kau di dalam perut ibumu. Kini perut ibumu semakin membesar .Ibumu sangat menyayangimu . Kau sentiasa dibawanya kemana-mana sahaja . Tidak kira apa sahaja yang ibumu lakukan , pasti kau ada bersama-samanya . Kau tahu betapa beratnya dirimu ketika itu..??kabarnya sama beratnya seperti sekampit beras..Namun , naluri keibuan itu tetap tabah mengharungi hari-hari yang sukar sehingga saat yang telah ditentukan oleh penciptamu..

MASIHKAH KAU INGAT..??
masanya sudah tiba . Dengan penuh susah payah ibu mu bersabung nyawa untuk menghadiahkan sebuah kehidupan kepadamu . Kau tahu betapa sakitnya yang ibumu alami ketika itu..??tidak dapat digambarkan dengan kata-kata . Terlalu sakit . Ibumu berjuang antara sebuah kehidupan ataupun sebuah kematian . Namun , naluri keibuan itu tetap merelakan sebuah kesakitan yang luar biasa .Semuanya untukmu duhai anak..OH ibu..! terlalu besar pengorbananmu .

MASIHKAH KAU INGAT..??
ketika kau selamat dilahirkan . Ibumu menghadiahkan kucupan dipipimu dengan penuh kasih sayang . Bagaikan ibumu telah melupai segala kesakitan dan keperitan yang ibumu alami . Tidak sesekali kau dimarahi malah kau didakap dan dikucupnya berulangkali . Sungguh , naluri keibuan itu tiada tandingannya .

MASIHKAH KAU INGAT..??
Ibumu sanggup bersengkang mata diwaktu malam melayan segala kerenahmu . Segala keperluanmu dipenuhinya . Hingga seekor nyamuk pun tidak dibenarkannya menghampirimu . Duhai ibu.. sabarnya dirimu..

MASIHKAH KAU INGAT..??
Ibu membesarkan mu dengan penuh kasih sayang . Membelai rambut mu , mengusap tubuh mu , menyuapkan mu sehingga najis mu juga turut ibu basuhkan..masihkah kau ingat semua itu duhai anak..??

MASIHKAH KAU INGAT..??
kau pulang dari asramamu . Tanpa perlu dipinta , ibumu menyediakan makanan kegemaranmu .Kau makan sepuas-puasmu . Tiada ibumu meminta bayaran dari setiap pengorbanannya walaupun nilai setitis susu ibumu . Sungguh , tidak sekali-kali ibumu mengungkit semua itu..

KINI..
kau telah besar duhai anak . Kau telah mempunyai teman lelaki . Kau tetap berkeras untuk bertemunya setiap kali ibu mu melarangmu . Hampir setiap kali itu jugalah kau meninggikan suara pada ibumu . Kau lebih menyayangi teman lelaki mu yang kau baru sahaja mengenalinya daripada ibumu yang telah mengenalimu dari dalam rahimnya lagi .
Ibu melarangmu bukan kerana ibumu membencimu . Tidak sekali-kali perasaan itu ada di dalam naluri keibuannya . Jika ibumu memang mempunyai perasaan seperti itu , pasti sahaja kau akan dibunuhnya setelah dilahirkan..Apakah kau tidak fikir semuanya itu..??Duhai anak..mengapa kau tidak berfikir menggunakan iman dan hati yang waras..??Tidak cukupkah segala tarbiyah dan pendidikan yang ibu dan ayahmu sediakan selama ini..??Begitu mudah ibu kau lupakan..

Duhai anak..
Pulanglah ke rumah mu segera..! mintalah ampun daripadanya..Ibumu sudah tua nak..entah esok atau lusa ajalnya mungkin akan kunjung tiba..renungkan tangan ibumu dan bandingkanlah dengan tangan mu .Jari-jari ibumu kini telah kedut seribu..tiada indahnya lagi seperti jari-jarimu. Namun , disebalik jari-jari dan tangan itu mempunyai seribu nostalgia yang pasti kau tidak dapat carikan gantinya . Duhai anak , tangan itulah yang suatu ketika dahulu pernah mengusap pipimu ketika kau menangis. Tangan itulah yang mendukungmu . Tangan itulah yang pernah membelai lembut rambutmu . Tangan itulah yang suatu ketika dahulu pernah mendodoikan tidurmu . Tangan itulah yang pernah merawat luka mu kerana kau tercedera ketika riang bermain . Tangan itulah yang menyuapkanmu makan . Tangan itulah yang membasuh najismu . Tangan itulah segala-galanya..Tangan itulah..Tangan itulah...(ketika ini penulis terpaksa memberhentikan penulisan kerana tidak dapat mengawal emosi..harap maaf...)

Saturday, March 20, 2010

AKU SANGAT INGIN...

AKU SANGAT INGIN..
menjadi seorang ANAK..
yang sentiasa menyenangkan hati kedua ibubapaku..
yang tidak pernah menyusahkan mereka..
yang sentiasa menghiburkan hati mereka..
yang boleh mereka kongsikan segalanya..
yang menjadi kebanggaan mereka..
yang mereka anggap sebagai 'anak yang solehah'...

AKU SANGAT INGIN..
menjadi seorang MURID..
yang disayangi oleh semua guruku..
yang mereka berasa senang ketika mengajarku..
yang mereka tahu aku sentiasa menghargai mereka..
yang apabila mereka melihatku mereka berasa lebih bersemangat..
yang mereka berkati segala ilmu yang disampaikan kepadaku...

AKU SANGAT INGIN..
menjadi seorang SAHABAT..
yang disayangi oleh semua sahabat-sahabatku..
yang bisa mereka meletakkan kepercayaan..
yang boleh mereka berkongsi segalanya..
yang apabila melihatku mereka teringat akan Pencipta..
yang apabila mendengar kata-kata dari bibir ku maka bertambah ilmu mereka..
yang apabila mereka melihat tingkahlaku ku mereka teringat akan saat kematian..
yang mereka ingatiku di dalam doa mereka...


AKU SANGAT INGIN..
menjadi seorang WANITA..
yang mencerminkan peribadi serikandi silam..
yang tidak merosakkan hati para perjuang..
yang hebat berjuang sebagai sayap kiri perjuangan..
yang mampu menggoncangkan dunia...

AKU SANGAT INGIN..
menjadi seorang ISTERI..
yang 'solehah' bagi suami ku..
yang sentiasa menyenangkan dan membahagiakannya..
yang sempurna dimata dan hatinya..
yang sentiasa menjadi pembakar semangatnya..
yang mendengar hanya yang menyenangkan dariku....
yang menghidu hanya yang harum dariku..
yang melihat hanya yang indah dariku..
yang menjadi kebanggaannya..
yang sentiasa disisinya dalam susah atau senang..
yang aku ingin dia tahu bahawa dia tidak pernah bersendirian..

AKU SANGAT INGIN..
menjadi seorang IBU..
yang lahir insan-insan yang sangat berharga demi ISLAM dari rahim ku..
yang mithali bagi zuriat ku..
yang aku boleh dijadikan contoh bagi mereka..
yang mendidik mereka berlandaskan al-Quran dan assunnah..
yang disayangi mereka sepanjang masa...

AKU SANGAT INGIN..
menjadi seorang UMMAT..
yang meletakkan cinta pada baginda yang kedua setelah Penciptaku..
yang mampu mempertahankan baginda apabila baginda dihina..
yang mencontohi peribadi baginda..
yang sabar berjuang seperti baginda..
yang dapat bersama baginda disana..
yang mendapat syafaat darinya kelak..

AKU SANGAT INGIN..
menjadi seorang HAMBA..
yang meletakkan cinta kepadaNYA sebagai CINTA terAGUNGku..
yang taat kepada segala perintah dan laranganNYA..
yang sabar atas segala ujian dariNYA..
yang sentiasa di dalam penjagaanNYA..
yang meletakkan segala pergantungan hanya padaNYA..
yang bertaqwa disisiNYA..
yang mendapat keredhaanNYA..
DUNIA dan AKHIRAT...

semua ini adalah keinginanku..
kerana..
AKU SANGAT INGINkannya...

MUNGKIN INI YANG TERAKHIR...

Siang tadi kami sekeluarga memenuhi jemputan walimah saudara di Sepang . Seronok juga rasanya kerana dapat bertemu ramai sanak saudara disana . Berborak sakanlah semuanya . Ada-ada sahaja statement yang mencuit hati . Adik-adik saudara telah besar-besar semuanya . Cepat sungguh masa berlalu . Rasa baru sahaja aku diminta membaca ayat-ayat suci al-Quran ditelinga mereka ketika mereka baru dilahirkan . Sekarang telah pandai bergurau dan mengenakan aku pula ..hehehe ^_^ adik-adik kak yenny~membesarlah kamu sebagai muslim sejati~umat akhir zaman ini sangat tenat dik~diri adik-adik amat diperlukan demi menjulang ISLAM terCINTA~Sayangilah ISLAM melebihi nyawamu sendiri~(harapanku buat generasi itu) insyaallah~doaku..

Setelah beberapa jam disana , destinasi seterusnya diteruskan iaitu balik kampung(melaka)..

Masuk je highway Nilai jalan tiba-tiba jem . Kenapalah pula ni..??fikir kami dalam kereta . Nak kata jem hari ni hari Sabtu , lainlah hari Ahad . Mesti ramai yang nak pulang kerumah masing-masing setelah bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah selama seminggu..??Kenapalah ye..?? Kereta terpaksa berasak-asak sepanjang jalan menuju ke Seremban...

Pagi tadi ketika bersarapan bersama mak...

"mak , yenny ni nak mati dah ke..??kenapa sejak akhir-akhir ni hampir setiap kali time yenny angkat takbir mesti yenny terbayang kubur..??", luahku pada mak.

"baguslah tu , kita kena ingat mati setiap hari paling kurang 20 kali.." , kata mak memberi pandangan dan berkongsi ilmu yang dipelajari olehnya di kelas fardhu ain .

Entahlah , aku tidak tahu mengapa..??kenapa..??dan apakah ada sesuatu yang ingin ditunjukkan olehNYA kepadaku . Hampir setiap kali ketika aku mengangkat takbir pasti aku akan terbayang tanah perkuburan di ruangan mata . Kadang-kadang aku rasa takut sehingga tubuh ku menggigil . Adakah lahad untuk ku sedang menyeru-nyeru nama ku..?? ya Allah..aku belum bersedia untuk bertemu MU..berilah aku kesempatan waktu untuk aku menyediakan bekalan yang terbaik untuk bertemuMU..bisik hatiku luruh..

Teringat ketika di tahfiz dahulu , kita bersolat jemaah bersama-sama sahabat perempuan yang lain~sebagai lajnah dakwah yang telah ditaklifkan , maka boleh kata kerap kali aku diminta untuk mengimamkan solat jemaah..setiap kali itu jugalah aku akan berpesan pada makmum ku.."anggaplah solat ini adalah yang terakhir buat kita semua..".

ye..mungkin ini adalah yang terakhir..kita tidak tahu bilakah ajal kita bakal tiba..kita tidak tahu bila..??dimana..??bagaimana keadaannya..??yang pastinya SETIAP YANG HIDUP PASTI MENEMUI MATI..itu adalah janjiNYA..hanya DIA sahaja yang mengetahui segala-galanya . Ya Allah..matikanlah aku dengan husnulkhotimah..amien..

Tiba-tiba..

"masyaallah , putus 2 kereta tu.." ,kata along ku terkejut sambil menujukan kepalanya ke arah sebuah kereta yang terbabas diseberang jalan yang sedang di uruskan oleh pihak penyelamat . Rupa-rupanya jem tadi disebabkan oleh para pemandu yang men'slow'kan kenderaan mereka bagi menyaksikan kemalangan yang mengerikan itu . Melihat keadaan kereta yang tidak nampak seperti kereta langsung lagi itu , dapat aku rasakan insan-insan yang berada di dalam kereta itu telah kembali menemuiNYA. Innalillahiwainnaelaihirojiun...

Insaf diri ini mengingati tentang kematian..ketika itu kolam mata ku telah bergenang.. teringat aku pada seorang sahabat ..aku mencapai 'handset'di dalam beg. Ku kirimkan sms kepadanya untuk bermuhasabah tentang kematian . Aku berharap , andainya esok bukan milik ku lagi.., aku telah meninggalkan seorang sahabat yang mampu berdiri teguh di dalam perjuangan ini.. moga sahabatku itu adalah 'harta' ku yang bakal menyalurkan jariah kepadaku di alam barzah kelak dengan menyampaikan ilmu yang telah kami kongsikan bersama kepada yang lain.. Sahabat , sungguh redhaNYA yang aku impikan.. Telah aku pesankan segalanya kepadanya.. Moga diriku kelak sentiasa di dalam kalungan doanya..mudah-mudahan..

MUNGKIN INI YANG TERAKHIR dariku...

Thursday, March 18, 2010

MUHASABAH BIRTHDAY..

19 MAC 2010...

Aku bangun seawal 3 lebih pagi ini . Ingin sangat aku bersujud syukur ke hadrat illahi di atas segala kurniaanNYA.Tarikh itu muncul lagi buat kesekian kalinya . Usia ku kini 22 tahun . Alhamdulillah Allah masih mengizinkan ku lagi untuk menghirup udara dan berpijak di bumiNYA ini . Sujudku syukur ...

Perasaanku bercambur baur dikala ini . Perasaan gembira , takut , risau dan sebagainya . Sungguh usia ini hanya pinjaman semata . Satu saat pasti akan di kembalikan semula kepada sang pemilikNYA . Tapi,bilakah saat itu..??? oh,sungguh aku tidak mengetahuinya... Apakah aku telah bersedia...??? ya Allah , KAU hidup dan matikanlah aku dalam iman yang sempurna . Amien...

Aku bertanya pada diriku sendiri , Apakah yang telah aku lakukan selama 21 tahun usia ini demi ISLAM tercinta..?? Apakah aku menggunakannya sebaik yang mungkin ke arah kebaikan atau banyaknya ke arah keburukan..?? Apakah aku telah menunaikan tanggungjawabku sebagai khalifah di muka bumi ini..?? Bagaimana tahap hubunganku denganNYA..?? Hubungan dengan manusia..?? Hubungan dengan makhluk-makhlukNYA yang lain..?? Bagaimana pula dengan ibadahku..?? Apakah diterima..?? Apakah telah banyak amalan ku yang boleh dijadikan bekalan untuk bertemu denganNYA..?? Quran..?? Hafazan ku..?? Adakah Quran yang aku hafaz selama ini mampu memberi syafaat kepada diriku kelak..?? Apakah semua ini layak untuk melamar syurga Allah..?? ya Allah..terimalah diri ini.. Jadikanlah aku hambaMU yang bertaqwa...

Tahun , bulan ,minggu , hari , jam ,minit dan saat yang berlalu membawa kita dekat dengan saat kematian . Andai sahaja Allah hanya mengizinkan aku hidup di dunia ini selama 22 tahun 1 hari sahaja..?? maka , esok adalah saat kematianku.. Apakah aku benar-benar bersedia..?? ya Allah ,Kau lebih mengetahui segala-galanya . Saat itu pasti tiba.. Ampuni daku ya Allah..

Semalam ketika berbual bersama keluarga..

"wah , esok yenny dah 22 tahun . Boleh dah la kawen .." ,kata Pakteh ku ..

"nak kawen ape..?? calon pun takde lagi . lagipun kena tunggu habis DQ dululah . Kalau tak , nanti tak dapat biasiswa ...hehehe..", jawabku bersahaja . Lucu rasanya kerana hampir setiap kali ulangtahun kelahiranku pasti ada sahaja yang berkata perkara yang sama . Mungkin sahaja kerana abang-abang dan kakak-kakak ku semuanya telah berumahtangga . Tinggal kami bertiga sahaja lagi .. hurm~ ada-ada sahaja..bisik hatiku..

Tiba-tiba aku bertanyakan soalan pada mak..

"mak , ntah-ntah takde jodoh untuk yenny mak..??", kataku.

"takpalah , hiduplah dengan berbakti pada orang tua.. nanti kawenlah dengan bidadara..", kata mak ringkas tapi padat . Betul jugak kata mak..

Teringat aku tentang sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat yang menceritakan seorang muslimah ini sangat ingin berumahtangga tetapi sayang hidupnya tidak lama . Ajalnya tiba sebelum sempat beliau mendirikan rumahtangga . Muslimah itu sangat kuat beribadah dan dekat dengan Allah ketika hayatnya . Lalu Allah menyediakannya bidadara sebagai ganti jodohnya yang tiada di dunia . Subhanallah..
Siapa yang taknak bidadara..?? Siapa yang taknak bidadari...??

Pernah suatu petang dihalaman rumah kami...

"Aku ni dah tua . Entah esok entah lusa nak balik "kampung"(kubur) dah.." , kata mak.

"Eh mak ni .. Entah-entah yenny yang pergi dulu . Manalah tahu.. ajal maut ni tak kira usia . Tiba masanya sampailah ajalnya..macam buah kelapa..kadang-kadang putiknya yang jatuh dulu..yang tua sampai dah warne coklat pun ada yang tak gugur-gugur lagi.." , kataku bersastera yang cuba menyedapkan hati ku yang sedih mendengar kata-kata mak . Ah , aku ni bukannya boleh dengar tentang perkara ni(kematian) jika dibicarakan oleh kedua orang tua ku . Pasti sahaja aku akan sedih . Adakalanya aku sampai menangis . Aku ini anak paling manja dalam adik beradik . Ketika mereka ke tanah suci dahulu bagi menunaikan rukun islam ke-5 , baju t-shirt yang dipakai ayah yang belum di basuh sebelum bertolak ke sana ku bawa ke asrama . Setiap malam sebelum tidur akan ku cium dan peluknya sehingga terlena .. Kawan-kawan seasramaku hanya menggelengkan kepala sahaja kerana telah maklum akan sifat manjaku itu..hehe =p Macam manalah nak pergi belajar overseas ni yenny oi...?? huhu~

Tentang cinta..???

Bagiku cinta itu suatu yang suci..tak perlu dinodai dengan sesuatu yang kotor atau terlarang . Aku tak berniat untuk menjalinkan sebarang cinta manusia dikala ini . Aku ingin hati aku bebas daripadanya . TIADA CINTA SEBELUM AKAD . Cukuplah hanya ALLAH ,RASULULLAH , KELUARGA dan sahabat di dalam hati ini . Yang penting aku nak masyi Quran , fokus study dan baiki diri sebaiknya . Bina peribadi solehah..Bagiku , jodoh itu ditanganNYA . Andai sahaja tiada jodoh di dunia mungkin sahaja disana .. Aku serahkan diri ini sepenuhnya kepada penciptaku kerana dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA.. INGATLAH ALLAH NESCAYA HATI AKAN MENJADI TENANG ^_^

"..CINTA YANG DATANG CEPAT TIDAK AKAN KENAL CINTA YANG SESUNGGUHNYA.."

Aku suka kata-kata ini . CINTA yang ku maksudkan umum. Bagi cinta manusia , kita akan mula jatuh cinta setelah benar-benar mengenali hati budinya . Pastinya untuk mengenali seseorang itu mengambil masa yang panjang . Jika baru sehari 2 kenal sudah jatuh cinta , aku yakin sahaja perasaan cinta itu tidak akan kekal lama . Jadi , nasihatku pada diri ini , "JANGAN MUDAH JATUH CINTA..".. Oh , sungguh banyak sangatku bicarakan tentang cinta manusia . Padahal tiada cinta yang kekal melainkan cinta kepadaNYA...

Aku ingin bercerita tentang CINTA AGUNG ku..AKU SEDANG JATUH CINTA..!!!

Soalan pertama yang perlu dipecahkan ialah Kenapa ye manusia lebih memilih cinta manusia daripada cinta penciptanya..??

Tiada kata yang dapat ku luahkan bagi menyatakan rasa cintaku ini . Sungguh asyik sekali yang kurasakan .Aku mengenali cintaku melalui bermunajat sepertiga daripada malam . Aku benar-benar mencintaiNYA . Kasih sayangNYA padaku~ rahmatNYA~ tarbiahNYA~ kurniaanNYA~ dan segala-galanya membuatkan ku sangat-sangat mencintaiNYA... DIAlah tempatku meluahkan segalanya~DIAlah tempat ku meminta segalanya~DIAlah yang sangat-sangat memahami diri ini~DIAlah yang menyelesaikan segala masalah dan kesulitan yang aku alami~Disaat aku jatuh tersungkul , menangis , terluka dan menderita , DIAlah yang menghiburkan hatiku dengan firman-firmanNYA~Sungguh cintaku padaNYA sentiasa berbalas..Tiada rasa sakit..Tiada rasa kecewa...oh!indahnya~

Doaku kehadratNYA dihari lahirku..
Moga ALLAH mengampuni dosa-dosa ku ~ moga ditambah keimanan dan ketaqwaanku kepadaNYA ~ digolongkan aku di dalam golongan hambaNYA yang soleh~ memberi kesempatan waktu untuk aku berbakti kepada kedua orang tua ku~ dipanjangkan usia ku sepanjang usia kebajikan ,jika tiada lagi kebajikan bagiku maka cabutkanlah nyawaku~ moga diterima segala ibadahku~usia yang berkat~ilmu yang bermanfaat~ditambah kematangan~jodoh yang terbaik dan matikanlah aku dengan mati syahid..amien..

MUHASABAH BIRTHDAY ...

Wednesday, March 17, 2010

.. V^_^ YIN dan YEN ^_^V ..

Kisah ini bukan seperti kisah UPIN dan IPIN yang hanya animasi sahaja . Kisah ini adalah kisah benar tentang 2 orang sahabat baik yang lahir pada hari yang sama . Bukan mudah untuk anda temui situasi seperti ini . Seolah-olah telah berjanji untuk bertemu ketika masih di dalam rahim ibu lagi … Subhanallah…

19 mac 1988..

Di 2 tempat yang berbeza tetapi melodinya hampir sama…

Hospital Tengku Ampuan Rahimah , Kelang : “uweek…uweeekkk… uweeekkkkk…” (YIN)

Klinik Samuel , Kuala Lumpur : “uweekkk..uweeekk…uwekkkkk…” (YEN)

Hasil perkongsian 2 pasangan suami isteri yang bahagia dan beruntung , maka lahirlah 2 orang bayi yang comel sekali …betul tak YIN…??hehehe =p

JANUARI 1998…SK (2) SELAYANG BARU..

Disini ia bermula…

Semua pelajar beratur di barisan kelas masing-masing bagi memulakan sesi baru persekolahan . Suasana sangat bising dikala itu , al-maklumlah…baru sahaja kembali dari cuti penggal yang panjang , tentu sekali banyak perkara yang ingin diceritakan…Dari tadi YEN hanya memerhatikan seorang pelajar yang bertocang dan berambut panjang lurus yang turut beratur dibarisan yang sama dengannya . Wajah pelajar itu amat asing sekali baginya . Pelajar itu bersendirian tanpa ada siapa yang menegurnya . Lalu , YEN yang terkenal dengan sifat ramahnya menuju ke arah pelajar tersebut…jeng jeng jeng..hehe ^_^

“Assalamualaikum. Nama saya Siti Nor Haiyenny Abd Jalil..awak boleh panggil saya Yenny…awak pelajar baru ke..??”, sapa YEN dan cuba memperkenalkan dirinya .

“Waalaikumsalam . Nama saya Elliyin Rasif . Saya pelajar baru . Dulu saya sekolah di Taman Sri Gombak..” , jawabnya .

“ Ha?! Alien..??” , kata YEN terkejut . Sungguh aneh namanya..huhu~ =p

“Bukan Alien tapi Elliyin.. E.L.L.I.Y.I.N..” , katanya sambil mengeja .

“OH…ELLIYIN..” ,kata YEN faham..

Sejak hari itu YIN dan YEN berkawan baik .Kemana sahaja mereka pasti bersama . Dimana ada YIN disitu ada YEN dan dimana ada YEN disitu ada YIN . Pendek kata macam belangkas mereka berdua …huhu~

Sifat YIN dan YEN tidak banyak bezanya . Cuma versinya sahaja yang berlainan . YIN sangat terkenal dengan seorang pelajar yang peluru berpandu(sound dirrect) manakala YEN pula terkenal dengan seorang pengawas yang ala-ala tomboy..huhu~ kelebihan kami ini berguna bagi mempertahankan antara satu sama lain . Cubalah cari pasal ! pasti ada sahaja pelajar perempuan yang hampir menitiskan airmata … nakal sungguh kami ketika itu..hehehe =p Bukan sahaja pelajar perempuan yang menjadi mangsa , malah pelajar lelaki yang cuba mengusik pasti kena . Pernah sekali , ada seorang pelajar kelas kami yang mahu mengorat YIN telah menerima habuan pelempang dari YIN . Ah , pasti kini pelajar tersebut masih mengingatinya .Nasiblah…hehehe =p Wajah YIN dan YEN sangat berlainan , yang hampir sama cuma mata mereka yang agak sepet sedikit . Mungkin kerana bapa mereka berdua berketurunan cina . Kebetulan… ^_^ Adakalanya mereka juga berselisih faham dan bergaduh…Biaselah tu…yang pastinya YEN lah yang akan mengalah…Mengalah tak bererti kalah…hehe ~_^

Di dalam kelas…

YIN dan YEN tidak gemar berkawan dengan pelajar perempuan . Kawan-kawan kami mejoritinya dari kalangan pelajar lelaki . Mungkin lebih serasi dengan perwatakan kami yang agak ganas .hehe~ maka terciptalah “GENG BORAK SEDUNIA” kat belakang kelas yang dianggotai oleh anwar , nazmi , 2 hafiz , Vincent , zul dan ramai lagi . Pantang sahaja cikgu tiada di dalam kelas , pasti ada sahaja yang ingin di borakkan ..hihi ^_^ kami juga turut menubuhkan study group UPSR yang dianggotai oleh “GENG BORAK SEDUNIA”..Rasa-rasanya boleh ke study…???hihihi =p

Ketika ujian bulanan …

Biasanya time paper sains YEN akan bertanyakan jawapan bagi soalan yang tidak dapat dijawabnya daripada YIN manakala ketika paper p.ISLAM YIN akan bertanyakan jawapan daripada YEN .YEN walaupun agak ganas tetapi selalu mendapat markah yang tinggi bagi subjek p.ISLAM . Dunia-dunia jugak tapi akhirat penting .. ^_^ hehe..

Tibalah masanya…

Setelah 3 tahun berada dikelas yang sama , maka telah tamatlah sesi pengajian mereka di alam sekolah rendah . YIN dan YEN berjanji untuk bertemu suatu hari nanti …

“Nanti kita buat reunion nak..??kita jumpa balik dan tengok apa perubahan dekat kita 2..” , cadang YIN.

“OK , setuju! Apakata kita jumpa masa birthday kita 19 mac 2010..??” , cadang YEN..

“Lagi 10 tahun dari sekaranglah ye..?? YIN setuju!..” , kata YIN gembira..

“Kita jumpa kat WARTA nak..??” , cadang YEN mencadangkan shopping compleks yang terkenal dikalangan penduduk sekitar Selayang ketika itu . YIN bersetuju lalu melukiskan gambar kami berdua yang cuba beliau bayangkan ketika bertemu kelak . Di dalam lukisannya , YEN berdiri di hadapan pintu masuk WARTA manakala YIN melambaikan tangan dari dalam kereta yang dipandunya ..Sungguh cantuk lukisan itu.. YIN dan YEN amat menyukainya.. ^_^ Apakah lukisan itu akan menjadi kenyataan..???

Selepas tamat darjah 6 , YEN telah menyambung pengajiannya di sebuah pusat pengajian tahfiz di tengah ibukota manakala YIN hilang kabar berita.. Lama juga kami terpisah , Cuma beberapa tahun yang lalu kami bertemu semula di hari lembaran aidilfitri.. YIN kini telah menjadi seorang gadis yang sopan bertudung… Manakala YEN tidak lagi kanak-kanak tomboy .. YEN kini telah bertudung labuh dan berimejkan ustazah.. Setiap yang mengenalinya dahulu pasti tidak mengenalinya kini sama sekali kecuali setelah menyatakan bahawa YEN adalah bestfriend YIN ketika di bangku sekolah dahulu … akrabnya kami … ^_^ Kami benar-benar berubah…Sungguh,apabila ALLAH mengurniakan hidayahNYA… Alhamdulillah.. ^_^

19 mac 2010 bakal tibe…

Lusa adalah merupakan tarikh keramat bagi YIN dan YEN .. Reunion kami terpaksa ditunda akibat banyak perkara yang tidak dapat dielakkan … YIN kini sedang sibuk dengan kuliah arkitek peringkat ijazahnya di UTM SKUDAI.. Sungguh sesuai dengan dirinya yang suka melukis seperti yang YEN kenali 10 tahun dahulu… YEN pula kini menyambung pengajian peringkat diploma dalam kursus tahfiz qiraat dan dakwah di DARUL QURAN ,JAKIM.. Memburu cita-citanya sebagai pendakwah yang dapat menyumbang demi agama tercinta..insyaALLAH.. ^_^ WARTA..??kini hilang zaman kegemilangannya..tidak beroperasi lagi..

Tentang lukisan YIN ada kontranya kerana YIN masih lagi belum memiliki lesen kereta manakala YEN sudah memiliki dan mahir memandunya…so,YEN lah yang kena lambai dari dalam kereta dan YIN tunggu depan pintu masuk ye..??hehehe =p

Ucapan YEN buat YIN…

“.. YEN doakan YIN berjaya dalam setiap bidang yang YIN ceburi .. Walaupun kita jauh terpisah , walau seribu lautan perlu direnangi(YEN tak reti berenang..huhu~), walau jauh di mata , YIN sentiasa dihati YEN.. Doa YEN moga persahabatan yang terbina keranaNYA ini terus suci dan mampu dicagarkan untuk memiliki walaupun sekadar kerusi dipintu syurgaNYA untuk kita duduk bersama seperti dibangku sekolah dahulu.. melakar seribu kenangan terindah YIN dan YEN… YIN percayalah bahawa persahabatan ini tetap utuh selagi kita berpegang teguh pada agamaNYA… Berjanjilah agar dirimu tetap menjadi sahabatku selamanya… Moga kita tetap YIN dan YEN yang lahir ke dunia bersama..Di akhirat tetap bersama…insyaALLAH ,amien…”

“..selamat hari lahir yang ke-22… “

V^_^ YIN dan YEN ^_^V


SAYANG SELALU ^_^ ,

Siti nor haiYENny..