Thursday, March 11, 2010

"..aku hambaNYA..."

Aku melihat timbunan paper exam yg belum ditanda lagi..jam di ruang tamu rumah sudah menunjukkan hampir jam 10.00 pm..aku melihat al-QURAN kesayangan yg setia disisiku.."ya ALLAH,aku belum iadah hafazan untuk hari ini lagi.insyaallah,lepas habis tanda 1 kelas lagi aku iadah..",bisik hatiku..

Begitulah kehidupan aku sebagai guru sek rndh agama.Sentiasa tergalas tuntutan tanggungjawab yang tidak pernah habisnya.Minggu ni aku kena siapkan segala maklumat rekod peperiksaan pelajar-pelajar.Dalam beberapa hari yang tinggal ini aku akan pastikan semua tugasanku telah selesai.insyaallah...

TING..jam diruang tamu berbunyi lagi buat kesekian kalinya...

"MASYAALLAH,sudah pukul 1.esok ada kelas karang bangun lambat pulak",bentak hatiku.Aku mengalihkan pandangan ke QURAN disisiku.Sungguh aku rindu benar kepada kekasih hatiku ini tetapi aku tidak ada tenaga lagi untuk menatapnya.Benar-benar tenagaku rasakan makin hilang dan lalu aku merebahkan tubuhku di atas sofa,"takpalah,rehat kejap.karang qiam iadah lah..",kataku sendirian.

"yenny,bangun.dah subuh ni..kenapa tak tidur dalam bilik?",kejut makku..
aku bangun secara mengejut."masyaallah,terlepas qiammullail..!!ya ALLAH,aku tak iadah langsung semalam..??lalainya hambamu ini..

Setelah tamat darjah 6,aku telah meminta pada kedua orang tuaku untuk menghafaz al-Quran.Ibubapaku rase berbesar hati dengan permintaanku lalu menghantarku kesebuah pusat pengajian tahfiz sepenuh masa di tengah-tengah ibu kota.Kehidupan sebagai seorang penghafaz al-Quran bukanlah sesuatu yang mudah..begitu banyak cobaan,ujian,mehnah & tribulasi yang perlu ku tempuh.alhamdulillah,berkat kesabaran,usaha & rahmat kasih sayang ALLAH aku dapat juga menghabiskannya..

Selepas tamat hafazan 30 juzuk,aku mengambil SPM sebagai calon persendirian.Walaupun dengan masa 10 bulan persediaan tanpa sebarang basic & hanya belajar sendiri di rumah,dengan rahmat kasih sayangNYA aku beroleh keputusan yang agak baik.alhamdulillah..

Selepas SPM,aku telah bekerja sebagai guru di beberapa buah tempat & menimba pengalaman dalam pelbagai bidang.Aku pernah menjadi warden asrama,sebagai fasi disebuah kem, menerima jemputan sebagai penceramah jemputan pelajar sekolah menengah di ibu kota & banyak lagi.Sungguh,kesibukan itu semuanya membawa aku jauh dari kekasihku(al-Quran)...

Segala tugasan telah aku hantar.Aku termenung bermuhasabah memikirkan masa depanku..apakah yang aku cari dalam hidup ini..??berapa banyakkah juzuk yang masih aku ingat..??sampai bila aku ingin berada di takuk yang sama..??apakah sumbangan aku pada agama..??adakah telah cukup dengan apa yang aku lakukan selama ini..??adakah aku telah mantap dengan ilmu & amal untuk berada di tengah-tengah masyarakat yang sakit ini..??dimanakah perginya harapan & cita-cita tinggiku selama ini..??ya ALLAH,sungguh aku buntu dengan semua ini..apakah jalan yang harus aku ambil dikala ini...??

"yenny,borang darul quran dah keluar.pergilah mintak.manatahu ada rezki..",kata mak suatu hari ketika kami bersarapan pagi.

"mak,layak ke yenny ni..??darul quran tu tempat budak-budak yang hebat-hebat.result spm yenny biasa je mak..",keluhku kurang bersetuju.

"cuba je lah dulu.mana tahu dapat.tak cuba mana tahu.lagipun semua rezki di tangan ALLAH.mana tahu ada rezki..??",kata mak memujuk & cuba meyakinkanku.

"betul jugak tu.insyaallah mak.nanti yenny cuba..",kataku yakin.

2 minggu selepas aku menghantar borang,aku mendapat panggilan interview.aku buat yang terbaik.usaha,doa & tawakal..

suatu tengahari,aku baru sahaja selesai mengemas rumah tiba-tiba kakak jiran ku masuk ke dalam rumah bersama sampul surat.."yenny,surat untuk yenny.."
aku menyambut huluran sampul surat tersebut.perlahan-lahan aku membukanya.aku membaca isi kandungannya secara teliti dan..."alhamdulillah!!mak!!mak!! yenny dapat tawaran sambung diploma kat darul quran..",aku menjerit kegirangan dengan penuh rasa syukur sambil memeluk mak.. "alhamdulillah..",kata mak turut bersyukur.

pagi 2 mei 2009, aku mendaftarkan diri sebagai pelajar baru program diploma tahfiz qiraat..aku melangkah keluar rumah dengan azam dan semangat yang menggunung.wahai kekasihku(al-Quran),kali ini akan aku pastikan engkau tidak terabai lagi.akan kau aku pelihara sebaiknya...

sepanjang perjalanan mak dan ayah memberi kata-kata semangat dan nasihat yang berguna..akan aku sematkan sentiasa dalam hati dan ingatan ini..

pada mu ya Allah..
aku mengucap beribu kesyukuran atas rahmat dan kasih sayangMU..
di saat aku hilang arah dan tujuan hidup,
di saat aku lalai dengan buaian dunia,
Kau pimpin aku kembali ke pangkal jalan..
kau tunjukkan aku jalan yang lurus...
sesungguhnya aku tidak mampu untuk menentukan hidupku sendiri walaupun hanya seketika..
sesungguhnya diri ini amat lemah dan tidak berdaya...
kerana...aku hambaNYA....

No comments:

Post a Comment