Saturday, March 13, 2010

ISTIKHARAH

Kisah ini amat penting untuk diceritakan dan dikongsikan bagi mereka yang mengimpikan untuk menjadi isteri solehah . Bagiku , persediaan awal perlu dilakukan dari saat ini juga. Tidak perlu menunggu sehingga dirisik , dipinang , berumahtangga apatah lagi setelah dikurniakan cahaya mata . Bak kata pepatah BI,"..ROME IS NOT BUILT IN ONE DAY...".huhu~

Suatu hari ketika berbual dengan sahabat-sahabat tentang masa depan tiba-tiba termasuk tentang jodoh dan rumahtangga..maybe coz masa tu tengah layan lagu "isteri cerdik yg
solehah" nyanyian THE ZIKR..sungguh indah bait-bait lirik lagu tu ..aku suka sangat-sangat lagu ni.. boleh motivasi diri..semangat untuk ke arah yang lebih baik . Semestinya hanya untuk insan teristimewa yang bakal memiliki cintaku ini setelah ALLAH dan RASUL ku...

"Ana ni pernah belajar tentang munakahad masa ditempat lama dahulu . Kemas rumah , jaga budak , memasak , ilmu agama dan rumahtangga ni insyaallah dah ada cuma perlu dimantapkan lagi . Insyaallah masih ada masa untuk baiki semuanya ", kataku .

"Baguslah , isti'dad fil awal..", balas sahabatku .

"Eh, nak dengar crite tak tentang rahsia seorang ukhti ni . Dia ni kira boleh dikategorikan sebagai isteri solehah lah sebab suami dia sayang sangat dekat dia . Setiap hari suami dia akan kata.. "sayang , semua yang sayang buat hari ini abang suka dan senang sangat . Pakaian yang sayang pakai , lauk yang sayang masak , layanan dan semuanya abang rasa senang sangat-sangat .Sampai abang langsung tak nampak kekurangan diri sayang.."kata suaminya..

"Nak tahu tak apa rahsia ukhti tu sampai suami dia rasa sampai macam tu sekali...??", soal sahabatku .

"Mestilah nak..! apa rahsianya..??, soalku tidak sabar mendengar sambungan ceritanya..

"Ukhti tu setiap malam akan solat istikharah sebelum tidur . Dia mintak pertunjuk ALLAH supaya segala yang dia lakukan esok hari dapat menyenangkan dan membahagiakan hati suaminya..", sambung sahabat tadi.

"Subhanallah , macam mana ukhti tu boleh terfikir untuk buat macam tu ye..?? untung suami dia . Macam tu nanti ana nak buat jugak lah . Supaya suami ana nanti sayang ana lebih daripada itu . insyaALLAH..", kataku penuh semangat. Hari itu aku dapat saqofah yang baru tentang ilmu rumahtangga .

Bagiku , jelas solat istikharah itu bukan hanya ketika memilih pasangan hidup bahkan sebaiknya dilakukan setiap hari atau setiap perkara..aku tidak mampu untuk menentukan hidupku walaupun seketika..segalanya di dalam pengetahuanNYA..sesungguhnya DIA maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui..aku mahu menjadi seorang insan yang kuat pergantungan pada ALLAH..kerana sesungguhnya..aku adalah hambaNYA...



1 comment: