Saturday, March 27, 2010

Perjalanan ini..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Segala puji bagi ALLAH yang telah menjadikan siang dan malam..
Pemilik segala dilangit dan di bumi..
ALLAHUAKBAR..

Aku bukanlah pemuja alam semesta ini..
Dan aku juga tidak memujinya siang dan malam
Tetapi aku seorang yang sentiasa memuja dan memuji Sang penciptanya..
Aku sangat suka memerhati keadaan sekeliling..
Bagiku , setiap ciptaanNYA bukanlah sesuatu yang sia-sia..
Setiap sesuatu pasti mengandungi pengajaran..
Perhatikan~Nilai~Pastikan ketemui pengajarannya..
Ya ALLAH ,
Sungguh tarbiyahMU sangat unik
Sangat lembut Sangat puitis
Hanya manusia yang mahu berfikir sahaja pasti mengertinya

Ya ALLAH,
Sungguh , aku sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menikmati keindahan malam ini..

Aku duduk dipersisiran pantai..
Ombak laut berderu tenang..
Ku melihat ke langit ..
Bulan mengambang hampir penuh
Terang cahayanya membelah kepekatan malam
Bintang-bintang yang berkelipan seakan-akan menemani malam ku ini..
Bayu laut menyapa lembut dipipiku..
Sungguh menyegarkan
Lautan terdampar luas
Ingin sahaja aku berlari riang di atasnya
Cahaya lampu dari kapal-kapal ditengah lautan sangat menceriakan
Seakan-akan mengimbau kembali dihalaman rumah di malam aidilfitri

Ku merenung pantai yang bagaikan tiada penghujungnya
Begitulah perjuangan ini..
Selagi nyawa bersama jasad,
Selagi itulah tanggungjawab dakwah ini tiada titik noktahnya
Jalan dakwah ini bukanlah sentiasa tenang seperti air laut di malam ini
Bukan juga seperti bayu laut yang menghembus lembut
Ada masanya pasti ada ujiannya
Mungkin sahaja sehebat ombak mengganas menghempas pantai
Mungkin sahaja sekeras angin taufan yang menghembus
Sungguh , jalan menuju syurgaNYA tidak dihampar permaidani merah
Jalannya penuh onak dan duri yang sentiasa menanti
Ya ALLAH , mampukan diriku untuk terus teguh dijalan dakwahMU ini…
Amien ya rabb..

Aku menyusuri gigian air . Ingin sekali aku merasainya walaupun dibatasi oleh stokin kaki ku . Walaupun malam , aurat tetap wajib untuk ditutupi . Mana tahu ada sepasang mata yang memerhati..? Sungguh wanita adalah fitnah akhir zaman . Melihat kaki sahaja bakal menjadi fitnah . Berhati-hati wahai diriku..

KU merenung lautan ini . Sungguh luas sekali . Pasti di tengah-tengahnya dalam . Tentu seronok seandainya aku pandai berenang .Dapatlah aku menyelam untuk menikmati permandangan di dasar lautan . "hai~bilalah aku ni nak pandai berenang yer..??". Apa-apa pun , kelak aku ingin "ulamak-ulamak" ku semuanya pandai berenang . Berenang adalah sunnah . Aku tidak mahu mereka ketinggalan sepertiku . Insyaallah..

Apabila malam semakin kelam , sepanjang persisiran pantai makin ramai pengunjungnya . Ada yang bersama keluarga dan tidak kurang juga yang berdua-duaan dengan pasangan masing-masing . Mungkin sahaja mereka pasangan suami isteri sangka baik ku . Tetapi melihat wajah setahun jagung itu membuatkan perasaan curiga itu hadir . Mengapa mereka seakan ketakutan apabila ada mata yang memerhati? Kalau tidak buat salah usah takut dik.. Tidak mengapa.. Allah lebih tahu segala-galanya…

Pelbagai ragam manusia yang dapat kulihat . Ada yang ber’camping’ bersama keluarga sambil berbakue . Sungguh bahagia sekali melihat mereka . Melihat telatah anak-anak mereka yang bermacam-macam ragam . Meriah sungguh family yang besar . Nanti kalau dah berkeluarga aku pun nak camping mcmni jugaklah!! kataku dalam hati sambil tersenyum seorang diri . huhu~

Ada yang berpelukan di dalam gelap~astaghfirullah..tertengok..xsengaja . maaf2!! (pemandangan yang tercemar ) =(

Ada pasangan yang sedang mancing ikan sambil berborak (bising sangat , larilah ikan tu!! hehe =p)
Hurm~best jugak mancing! Dah lame tak mancing . Dulu kecil-kecil selalu jugak ikut ayah memancing . Siap dapat ikan lagi tu!hehe ^___^ v (banggalah konon~hehe =p)
Hurm~nanti nak ajak “ADAM” mancing ikan jugaklah! Kalau ADAM tak reti nanti suruh ayah ajarkan~huhu =p


Ada yang duduk mengadap pantai sambil layan lagu jiwang sama-sama . Hurm~nanti nak buat macam ni jugaklah!! tapi tak nak lah layan lagu jiwang~tukar dengan zikir sama-sama mengikut melodi sendiri~mesti bestnya kan..?? hurm~barulah pasangan yang bertaqwa~amien ^_^..hurm~macam mane lah suara ADAM yerk..??ade macam suara maher zain tak..??ahah!tak kisahlah ~ pasti suara itu akan aku jadikan yang paling hebat bagiku walaupun ikan bakal terapung kepermukaan air(mati) dengan rela hati apabila mendengarnya!!hihi~maaf ye ADAM!! Jangan marah~peace! ^__^v hehe ^_^ hurm~merepek je lah kau ni yenny..??hik3 hehe =p

“..BERSABARLAH DUHAI HATIku~ ^_^ ...”

Cuti sem hanya tinggal seminggu sahaja lagi . Tak sabar rasanya nak balik DQ . Mood baru . Azam baru . Semangat baru . Usia yang baru !!eh??!hehe =p habislah~balik ni mesti semua kata aku dah tua~hurm~tua dah ke..??tapi makcik dewan makan , cleaner and budak-budak baru yang tak tahu umur aku semua kata nampak macam 19 tahun~hahaha~tua pun tua lah~janji semangat muda!!yaeh!!Semangat untuk sem 3!! Semangat-semangat yenny!! Semangat gunung berapi!! Lagi 4 sem je lagi~dah tak lama lagi dah~2 tahun je lagi!! Hargai 2 tahun yang berbaki .Gunakan sebaiknya untuk sedut semua ilmu yang ada dekat DQ tu . Bina peribadi solehah . Kuasai ilmu dakwah sebaiknya . Bagi masyi Quran . Hurm~lepas habis DQ macam mane..?? sape nak tolong tasmik kan nanti..??huRM~ ‘ADAM’ wajib tasmik kan ‘HAWA’ setiap hari nanti yer..?? baiki mutu bacaan dari sekarang taw..?!! nanti senang kita tadarus sama-sama yer..?? ^_^ hehe..

v^__^ “..KEJAR CITA-CITA DAHULU BARU KEJAR CINTA...”. ^__^v

Betul tu!!so,ape lagi..??jom main kejar-kejar..!!hahaha =p (dah kehabisan idea yang bernas~huhu..) THE END!! ^_^

No comments:

Post a Comment