Tuesday, March 30, 2010

" APA YANG KAU FIKIRKAN..??"

ku melihat ke bumi itu ,
tiada pokok dan rumput menghijau menghiasinya,
tiada tumbuhan merimbun segar ,
tiada kicauan burung menyanyi merdu,
tiada ketawa girang anak-anak kecil ,
tiada mentari cerah yang menerangi ,
tiada secebis kehidupan untuk mereka dibumi itu .
yang ada hanyalah..
tanah gersang berlumuran darah,
deburan yang meriah berterbangan ,
acap kali disulami bedilan bom ,
sayup-sayup kedengaran tangisan pilu ,
terhias megah jasad sang syahid .

APA YANG KAU FIKIRKAN??
tika seketul batu yang bisa kau tandingi dengan kereta kebal mu.
APA YANG KAU FIKIRKAN??
tika wang mu bagaikan air hujan dimusim tengkujuh semata-mata kerana ketulan batu itu .
APA YANG KAU FIKIRKAN??
tika jasad yang lemah itu mara kehadapan menandingi kereta kebal kehebatan mu.
APA YANG KAU FIKIRKAN??
tika jasad yang lemah itu hanya melihat kereta kebal mu seperti seekor tikus .
APAKAH YANG KAU FIKIRKAN??
tika kerusi roda itu lebih hebat dari kereta kebal mu .
APA YANG KAU FIKIRKAN??
tika jasad-jasad yang lemah silih berganti tiada pernah habisnya.
APA YANG KAU FIKIRKAN??
tika darah itu mengalir bangga .
APA YANG KAU FIKIRKAN??
tika senyuman terukir dibibir jasad yang hancur itu.
APA YANG KAU FIKIRKAN??
tika seluruh bumi itu kau hancurkan namun kau tetap tidak berjaya menawannya.
APA YANG KAU FIKIRKAN?? APA YANG KAU FIKIRKAN?? APA YANG KAU FIKIRKAN SANG ISRAEL LAKNATULLAH!!!???

notes: ana mandapat ilham ini ketika menonton national geography tentang buat kereta kebal beberapa hari lalu . rase sangat tidak logik segala yang israel lakukan . NO POINT!! post ni sekadar meluahkan apa di dalam fikiran ini . pengisian ditambah dengan tokoh kesayangan , SYEIKH AHMAD YASSIN & pejuangan HAMAS! TAKBIR!!..

yang baik itu datangnya daripada ALLAH swt dan yang buruk & kurang itu datangnya daripada kelemahan diri ana sendiri . hakikatnya kedua-duanya datangnya daripada ALLAH swt juga. wallahua'lam .

No comments:

Post a Comment