Friday, March 12, 2010

"..jom kita berlumba...!! "

Kata orang,persahabatan itu umpama bawang,jika dihiris,tidak akan dapat apa-apa kecuali air mata. Kata orang, persahabatan itu umpama satu janji yang kita persetujui bersama , sekali bersahabat , selamanya berkekalan. Kata orang, persahabatan itu membawa ke syurga, ukhwah yang terbina semata-mata keranaNYA akan membawa ke syurgaNYA..sungguh, begitu banyak istilah yang telah tercipta melalui "PERSAHABATAN" ini...

Kisah persahabatanku dengan seorang sahabatku ini ingin aku kongsikan bersama. Sangat indah untuk aku terjemahkan dengan kata-kata kerana persahabatan ini penuh dengan hikmah dan aku berharap persahabatan ini akan dikira sebagai ibadah olehNYA...insyaALLAH..

Biarlah aku ceritakan tentang permulaan persahabatan ini . Aku mengenalinya melalui "teknologi angkasa " ini. Ukhwah dihulurkan namun aku amat berat pada mulanya kerana mengenali insan yang pastinya aku tidak mengenali hati budi dan latar belakangnya amat membuatkan aku sangat berhati-hati tidak kiralah apa jantinanya,sungguh akan aku berhati-hati. Jika tersilap langkah membawa padah kepada diri yang masih lemah ini .

Aku tidak mampu untuk tentukan hidupku walaupun hanya seketika. Setelah berfikir panjang aku memohon pertunjukNYA dengan melaksanakan solat istikharah .Bagiku, solat istikharah ini bukan hanya ketika memilih pasangan hidup, tetapi di dalam setiap perkara . Akan aku ceritakan panjang lebar di lembaran yang lain tentang solat istikharah ini kemudian .

Pagi itu aku bangun dengan penuh rase tenang . Untuk beberapa kali solat yang ku lakukan juga jawapannya tetap sama iaitu ketenangan . Aku rasakan inilah pertunjukNYA . Lantas aku mengambil keputusan untuk menyambut huluran salam ukhwahnya .

Sejak itu aku gunakan sepenuhnya persahabatan ini ke arah kebaikan . Kami saling bertukar pandangan , ilmu dan nasihat yang berguna . Amat jarang sekali untuk kami membincangkan tentang peribadi . Dia sangat menghormati diriku , walaupun kami datang dari bidang yang berlainan namun tujuan dan matlamat kami sama . Kami juga saling melengkapi antara satu sama lain . Kelebihan yang ada kami kongsikan bersama . Keserasian inilah yang menjadikan banyak perkara demi kemaslahatan ummah untuk dibincangkan..

Suatu hari aku menceritakan kepadanya tentang seorang sahabat sesemester yang telah meninggal akibat kemalangan yang teruk . Jenazah sahabatku itu wajahnya berseri-seri . Kata ustaz dan sahabat-sahabat rapatnya bahawa beliau seorang yang sentiasa melazimkan diri dengan qiamullail..Sahabatku mendengar dengan penuh tekun dan penuh minat. Beliau turut
menambah ceritaku dengan membawa kisah yang hampir serupa iaitu kelebihan dan barakah
qiamullail . Sungguh sahabatku itu seorang pendengar yang setia dan sentiasa menambah saqofahku .

"Jom kita lumba! kita bersaing cari "perhatianNYA"...! ", katanya penuh semangat.

"OK..!! setuju !! jom..!!",sambutku juga penuh bersemangat .

Sejak hari itu kami makin bersemangat untuk beribadah kepadaNYA . Kami akan bermuhasabah bersama tentang tahap ibadah setiap hari . Aku dan dirinya bersungguh-sungguh dengan penuh semangat untuk menjadi yang terbaik di sisiNYA.. Semangat gunung berapinya itu sesekali tidak akan menjadikan diriku ini membeku seperti gunung everast . Sungguh aku rasakan inilah hikmahnya apabila meletakkan ALLAH paling utama dalam setiap perkara . Aku telah ketemui hikmah disebalik istikharahku dahulu . Sungguh , kau sahabatku ..

TING..TING..TING..
jam menunjukkan sudah pukul 3 pagi . Pasti sahaja seketika nanti sahabatku akan bangun untuk " berlumba lagi.." . Aku juga harus bersiap-siap untuk bersaing mencari "perhatianNYA..". Aku ingin memiliki tempat yang terbaik disisiNYA. Kata sahabatku "untuk menjadi insan yang luar biasa kita harus melakukan usaha yang luar biasa. Kalau usaha yang hanya biasa-biasa sahaja kita tidah akan menjadi yang luar biasa..". Aku akan berusaha untuk menjadi insan dan hamba yang luar biasa..kerana..... aku adalah hambaNYA..

Ayuh!! kita kejutkan sahabat-sahabat kita yang masih tidur!! kita bersaing bersama..!! "jom kita berlumba!! "..

1 comment:

  1. jom berlumba, xleh jd ni asyik sahabat kite ni je menang jer dulu..hehe

    ReplyDelete