Friday, March 12, 2010

"..burung..!! doakan aku...!!! "

Semua pelajar menuju ke jabatan akademik untuk mengambil slip result final exam sem lepas . Perasaan berdebar tidak dapat aku gambarkan . Maklumlah inilah kali pertama aku menduduki imtihan di bumi barakah darul quran . Dalam hatiku berdoa moga tiada paper yang perlu di repet . "Ya Allah.. lihatlah usaha ku..seandainya usahaku tidak layak untuk melamar kejayaan , dengan rahmat kasih sayang mu berilah kejayaan itu kepadaku . Aku ingin hadiahkan result yang terbaik buat mak dan ayah yang sentiasa memberi semangat dan sokongan kepada ku selama ini .. ",bisik hatiku..


"Berapa no matrik anti..?", soal pertugas di jabatan akademik .

"2426/2009..", jawabku ringkas .

"ini keputusan anti..", katanya sambil menghulurkan slip keputusanku .

"terima kasih..",balasku sambil menyambut keputusan tersebut . Aku meneliti satu persatu keputusan setiap subjek . Seraya itu aku separuh menjerit dan terharu bagaikan ingin menangis . "alhamdulillah , bnyak subjek dapat 4.0 , cgpa:3.71 ..??masyaALLAH..imtiyaz..". Sahabat-sahabat mengucapkan tahniah . Ramai juga yang terkejut dengan keputusan ku , manakan tidak , di dalam semesterku hanya aku sahaja calon persendirian SPM yang persediaan tidak sampai setahun , keputusan SPM paling rendah dikalangan pelajar . Bukan aku ingin merendah diri tetapi itulah hakikat diri ini . Hidup dengan rahmat kasih sayangNYA semata . Siapa sangka tentang nasib seseorang..??hanya DIA yang lebih mengetahui ..ALHAMDULILLAH..

Aku melihat semula slip ku.. ya ALLAH , tak sangka aku dapat 4.0 untuk subjek quran . Seketika itu juga aku teringat tentang seekor burung sebulan sebelum exam Quran .

Aku mengaji sendirian di dalam kelas . Lagi sebulan nak imtihan dah..hafazan untuk masuk exam banyak yang tak masyi lagi ..masa yang ada aku gunakan sebaiknya . apa yang penting , jangan mengalah selagi belum berjuang ..tekad ku . Sedang aku asyik iadah hafazan ,tiba-tiba... DUNG..!!

Aku terkejut lalu segera berlalu ke arah tingkap kelas untuk melihat apa yang berlaku . Terkejut aku apabila mendapati seekor burung pipit yang terlentang di koridor kelas . Rupa-rupanya burung itu terlanggar tingkap lutsinar itu . Mungkin sangkanya tingkap itu terbuka tetapi rupanya tertutup . Sungguh kasihan burung pipit itu . Mungkin sahaja dia mengalami pening kepala yang amat sangat , mungkin sahaja gegeran otak . Ah, ada- ada sahaja aku ini . Macam manusia pula.. hehehe ^_^

Aku mengangkatnya dan aku letakkan dia di tapak tanganku . "kesian kau , lain kali hati-hati ye..??kau mesti haus , biar aku bagi kau minum...", kataku padanya lalu membawanya ke tandas . Aku memberinya minum menggunakan jariku yang aku basahkan sedikit demi sedikit . Aku ingin mencontohi Rasulullah yang sabar ketika menyuapkan makanan kepada seorang yahudi .
Ku beri dia minum dengan penuh kasih sayang ..

Kemudian aku membawanya ke dalam kelas . Aku mengusap tubuhnya sambil berbual-bual . Aku meluahkan kerisauan ku tentang hafazan kepadanya . Tidak mengapa jika dia tidak faham . Cukuplah sekadar menjadi pendengar luahan ku . Bisik hatiku .

"Burung , aku dah nak exam bulan depan . Banyak lagi yang tak ingat . Takutlah nak exam . Takut tak sempat nak iadah semua . Bukan mudah nak ingat quran burung . Kau doakan lah aku senang iadah , dapat keputusan cemerlang , masyi quran , jadi wanita solehah , anak yang solehah yang menjadi kebanggaan mak ayah... doakan aku quran dapat 4.0 ye...??boleh tak doakan aku..??",aku berkata kepadanya .

"cip cip cip..",balas burung tersebut . "Terima kasih..", kataku sambil tersenyum . Faham juga burung ni ye..??, bisik hatiku . Aku tersenyum sendirian .

Aku membawa burung itu ke tingkap . Aku ingin melepaskannya semula . Sambil aku melepaskannya sempat aku berkata, "burung..!! doakan aku...!!!"...

Aku tersenyum sendirian mengenangkan kisah aku dengan burung itu . Mungkin itulah barakahnya kita berbuat baik sesama makhlukNYA . Kerana sesungguhnya burung itu dan aku adalah hambaNYA...

"Terima kasih burung...!! " ^_^

1 comment: