Thursday, March 25, 2010

IT'S IN YOUR HANDS

1 muharam yg lepas , semua budak syukbah dakwah telah diamanahkan untuk membentangkan tentang metodologi dakwah . Setelah dibahagi-bahagikan , ana telah dipertanggungjawabkan untuk membentangkan tajuk 'metodologi dakwah melalui qudwah hasanah'(contoh teladan yg baik).
So,boleh lah ambil ape yg baik dari pembentangan ni . Just nak share ilmu yg ada . Moga memberi manfaat pada semua . Insyaallah , amien ^_^

"Rasulullah saw telah ditanya:ya Rasulullah , apakah itu ISLAM? Rasulullah menjawab:ISLAM itu adalah akhlak yg baik "-al-hadith.

Peratusan besar daripada dakwah Rasulullah saw adalah melalui akhlak baginda . Dengan peribadi baginda yg sangat terpuji telah menarik ramai masyarakat ketika itu berbondong-bondong memeluk Islam . Sungguh banyak kisah yg telah kita ketahui tentang akhlak baginda saw . Rasanya tidak perlu untuk ana huraikan panjang lebar . Cuma hari ini ana ingin membawa kisah seorang tokoh pejuang Islam yg amat ana kagumi iaitu SYEIKH AHMAD YASIN . Beliau seorang syahid yg telah mengasaskan penubuhan HAMAS . Beliau hanyalah seorang yg cacat lumpuh seluruh tubuh , hanya kepalanya sahaja yg boleh digerakkan , suaranya sangat lemah , berkerusi roda namun beliau menunjukkan bahawa keupayaan tidak membataskan kemampuan . Ana ingin membawa 2 kisah ketika beliau di dalam penjara yg menunjukkan bahawa qudwah hasanah ini adalah metod dakwah yg paling penting . 1)disebabkan keadaan beliau yg sangat lemah,beliau telah dihantar pembantu untuk menjaga beliau di dalam penjara ketika menjalani hukuman, suatu hari,pembantu tersebut telah tamat dari menjalani hukuman dan cuba anda bayangkan bagaimana perasaan banduan yg akan dibebaskan???pasti sahaja mereka gembira bukan..??tetapi,pembantu syeikh ahmad yasin ini sangat sedih sehingga menangis teresak-esak kerana tidak sanggup untuk berpisah dengan syeikh kerana sangat tenang ketika bersama beliau.subhanallah.. 2)pengawal penjara yg berketurunan israel mengatakan bahawa beliau sangat tenang walaupun hanya dapat duduk berdekatan dengan syeikh ahmad yasin . Kita semua telah sedia maklum bahawa bangsa israel ini adalah bangsa yg paling buruk akhlaknya dan sangat keras kepala . Didalam Quran telah berulang-ulangkali disebut tentang bangsa israel ini . Tetapi peribadi syeikh berjaya membuatkan hati mereka terdakwah.subhanallah..

Baiklah ,mari kita melihat masyarakat hari ini disekeliling kita . Jika hadith diatas menyebut bahawa ISLAM itu adalah akhlak yg baik , maka seolah-olah ISLAM itu makin pupus disebabkan hilangnya akhlak umat ISLAM itu sendiri..umat ISLAM dan KUFFAR hari ini tidak banyak bezanya . Cuma yg membezakan hanya kalimah syahadahnya sahaja . Itupun sangat dibanggakan mengaku sebagai muslim sedangkan segala tuntutan ISLAM tidak dilaksanakan.Melihat di shopping-shopping compleks , pasar malam , stesen LRT , pusat-pusat hiburan dan sebagainya , umat ISLAM seakan-akan tiada bezanya . Berskirt pendek , tidak bertudung , memakai pakaian yg menjolok mata , berambut karat(color macam-macam), pergaulan bebas dan sebagainya sangat-sangat menyedihkan. Dengan keadaan akhlak ummah yg sangat sakit ini ,Adakah masih wujud ISLAM itu jika dikatakan ISLAM itu adalah akhlak yg baik..???

Seorang pendakwah yg berdakwah melalui metod nyanyian , Yusuf Islam telah berkata bahawa , "aku masuk ISLAM kerana aku mengenali ISLAM terlebih dahulu sebelum aku mengenali umat ISLAM , jika aku mengenali umatnya terlebih dahulu , nescaya aku tidak akan masuk ISLAM.." . Melalui kata-kata seorang mualaf ini dapatlah kita lihat bahawa akhlak umat ISLAM hari ini tidak berjaya untuk mendakwah masyarakat bukan Islam untuk memeluk ISLAM bahkan memburukkan lagi pandangan mereka terhadap agama yg suci ini..Wahai umat ISLAM..tahukah anda semua bahwa kelak kita akan dipersoalkan tentang semua ini..???

Beberapa pandangan negatif masyarakat bukan Islam yg boleh kita ambil berat dan berusaha untuk mengubahnya :
1)ISLAM itu mundur kerana ramai masyarakat melayu yg miskin dan ketinggalan dalam pelbagai sudut .
2)Poligami itu mendatangkan banyak keburukan berikutan kes-kes penceraian dan keruntuhan institusi kekeluargaan yg semakin menjadi-jadi .
3)Banyaknya golongan melayu di pusat-pusat pemulihan,hiburan dan pelacuran.
Dan banyak lagi..

DIMANAKAH PERGINYA UMMAH YG GEMILANG SUATU KETIKA DAHULU..????

Jika kita lihat memang ada kebenaran pandangan-pandangan negatif umat bukan ISLAM ini terhadap umat ISLAM hari ini kerana dapat kita lihat ramainya orang-orang melayu dipusat-pusat pemulihan , hiburan dan pelacuran . Bukanlah semestinya melayu itu ISLAM tetapi mejoriti masyarakat melayu di negara kita ini adalah beragama ISLAM .
Akibat daripada sikap sebahagian umat ISLAM ini telah membawa fitnah besar pada ISLAM itu sendiri .

Umat ISLAM hari ini banyak memikirkan perkara yg remeh temeh .Airmata umat ISLAM hari ini amat murah sekali , menangis hanya kerana tersingkir AF(Akademi Fantasia), Ibubapa berlumba-lumba menghantar anak kecil mereka ke uji bakat IDOLA KECIL , hujung minggu bersama keluarga ke pesta JOM HEBOH , bahan bacaan majalah hiburan "ape ye yg siti suke pakai?","Dafi sukan makan ape ye?","Dato' K bagi Siti hadiah ape ye untuk ulangtahun kelahirannya kali ini?" . ya ALLAH , remehnya semuanya ini??sedangkan Rasulullah dihina tidak diambil peduli . Sirah Rasulullah dibiarkan termakam begitu sahaja . Mengagong-agongkan artis dan budaya BARAT yg dianggap bertamadun .Sedangkan para kuffar terus menerus menelopori setiap bidang . Umat ISLAM!!!!BANGUN!!!

Apakah tanggungjawab kita sebagai khalifah ALLAH..??cukupkah hanya berdiam diri..??hanya menyerahkan tanggungjawab ini hanya kepada para ustaz-ustaz , ustazah-ustazah..??Jika begitu , apakah peranan anda demi ISLAM..???

Gunakan kuasa 10 jari anda bukannya sekadar kuasa 1 jari..
IT'S IN YOUR HANDS!!!

Yg ana maksudkan disini bukanlah seperti iklan celcom . Maksud ana kuasa 1 jari itu adalah menuding jari menunjuk kesalahan orang lain sahaja tanpa cuba berbuat apa-apa .Sedarlah diri ini , bahawa sekali engkau menuding jari pada orang lain nescaya berkali-kali ALLAH menuding kepadamu . Astagfirullah..
Manakala kuasa 10 jari ini dimaksudkan adalah kita menggunakan senjata orang ISLAM iaitu 'BERDOA' . Ana pasti , jika kita semua sentiasa berdoa agar umat ISLAM kembali gemilang , nescaya suatu hari nanti zaman kegemilangan KHULAFA' ISLAMIAH sebelum kejatuhanannya dizaman pemerintahan KAMAL AL-TATUK itu pasti berulang lagi . Jatuh bangunnya ISLAM itu bergantung pada umatnya .Jika umat ISLAM cemerlang , maka cemerlanglah ISLAM dan jika umat ISLAM rosak ,maka punahlah ISLAM itu .

YG BAIK ITU DATANGNYA DARIPADA ALLAH SWT DAN YG BURUK ITU DATANGNYA DARIPADA DIRI ANA SENDIRI HAKIKATNYA KEDUA-DUANYA DARIPADA ALLAH SWT JUGA.WAALLAHUA'LAM.

No comments:

Post a Comment