Saturday, March 20, 2010

AKU SANGAT INGIN...

AKU SANGAT INGIN..
menjadi seorang ANAK..
yang sentiasa menyenangkan hati kedua ibubapaku..
yang tidak pernah menyusahkan mereka..
yang sentiasa menghiburkan hati mereka..
yang boleh mereka kongsikan segalanya..
yang menjadi kebanggaan mereka..
yang mereka anggap sebagai 'anak yang solehah'...

AKU SANGAT INGIN..
menjadi seorang MURID..
yang disayangi oleh semua guruku..
yang mereka berasa senang ketika mengajarku..
yang mereka tahu aku sentiasa menghargai mereka..
yang apabila mereka melihatku mereka berasa lebih bersemangat..
yang mereka berkati segala ilmu yang disampaikan kepadaku...

AKU SANGAT INGIN..
menjadi seorang SAHABAT..
yang disayangi oleh semua sahabat-sahabatku..
yang bisa mereka meletakkan kepercayaan..
yang boleh mereka berkongsi segalanya..
yang apabila melihatku mereka teringat akan Pencipta..
yang apabila mendengar kata-kata dari bibir ku maka bertambah ilmu mereka..
yang apabila mereka melihat tingkahlaku ku mereka teringat akan saat kematian..
yang mereka ingatiku di dalam doa mereka...


AKU SANGAT INGIN..
menjadi seorang WANITA..
yang mencerminkan peribadi serikandi silam..
yang tidak merosakkan hati para perjuang..
yang hebat berjuang sebagai sayap kiri perjuangan..
yang mampu menggoncangkan dunia...

AKU SANGAT INGIN..
menjadi seorang ISTERI..
yang 'solehah' bagi suami ku..
yang sentiasa menyenangkan dan membahagiakannya..
yang sempurna dimata dan hatinya..
yang sentiasa menjadi pembakar semangatnya..
yang mendengar hanya yang menyenangkan dariku....
yang menghidu hanya yang harum dariku..
yang melihat hanya yang indah dariku..
yang menjadi kebanggaannya..
yang sentiasa disisinya dalam susah atau senang..
yang aku ingin dia tahu bahawa dia tidak pernah bersendirian..

AKU SANGAT INGIN..
menjadi seorang IBU..
yang lahir insan-insan yang sangat berharga demi ISLAM dari rahim ku..
yang mithali bagi zuriat ku..
yang aku boleh dijadikan contoh bagi mereka..
yang mendidik mereka berlandaskan al-Quran dan assunnah..
yang disayangi mereka sepanjang masa...

AKU SANGAT INGIN..
menjadi seorang UMMAT..
yang meletakkan cinta pada baginda yang kedua setelah Penciptaku..
yang mampu mempertahankan baginda apabila baginda dihina..
yang mencontohi peribadi baginda..
yang sabar berjuang seperti baginda..
yang dapat bersama baginda disana..
yang mendapat syafaat darinya kelak..

AKU SANGAT INGIN..
menjadi seorang HAMBA..
yang meletakkan cinta kepadaNYA sebagai CINTA terAGUNGku..
yang taat kepada segala perintah dan laranganNYA..
yang sabar atas segala ujian dariNYA..
yang sentiasa di dalam penjagaanNYA..
yang meletakkan segala pergantungan hanya padaNYA..
yang bertaqwa disisiNYA..
yang mendapat keredhaanNYA..
DUNIA dan AKHIRAT...

semua ini adalah keinginanku..
kerana..
AKU SANGAT INGINkannya...

1 comment: