Friday, March 26, 2010

"..siapa yg kau nak selamatkan...??"

Teringat masa kecil-kecil dahulu . Ketika tu kedua-dua abang ku masih bujang . Masa tu abang-abang aku berbual-bual dengan mak sambil mak membuang perut dan tulang ikan bilis di dapur . Aku turut serta mendengar perbualan tersebut . Tiba-tiba mak memberi 1 soalan cepu emas buat kedua-dua abang ku . Nak tahu apa dia soalan tu..??begini bunyinya~huhu..

"andaikata suatu hari kau bawak mak dengan isteri kau naik kapal . Tibe-tibe kapal tu karam . Siapa yang kau nak selamatkan dulu..??".fuh! berpeluh tak dengar soalan ni..??hehe~sungguh mak sangat kreatif orangnya..^_^hehe..

Angah menjawab : "mestilah angah selamatkan mak dulu . isteri boleh kawen lain . mak mana boleh cari lain..",angah menjawab dengan penuh touching . sungguh angah sangat suka meluahkan perasaannya~hehehe =p

Jawapan along pula : "dua-dua ayem biarkan . ayem selamatkan diri sendiri . bukannya reti berenang pun..?",sempoi sahaja jawapannya tetapi membuatkan kami semua ketawa termasuk emak . Sungguh abang ku yang seorang ini sangat memendam rasa . tak pandai meluahkan ..egolah konon~hehehe =p

Kini , aku sendiri telah dewasa . Tidak lama lagi aku juga bakal memiliki seorang suami yang anak kepada seorang 'mak'..seperti abang-abangku . Andai sahaja suatu hari nanti maknya bertanya soalan yang sama kepada suamiku , aku ingin sahaja menjawabkan untuknya . Ini jawapanku , insyaallah..

"yenny sesekali tidak akan membenarkan (suami) melebihkan yenny daripada mak . mak seorang sahaja , tiada gantinya . andai yenny pergi(meninggal) , (suami) boleh memilih ganti untuk diri yenny . tapi andainya mak yang pergi dahulu , pasti tiada gantinya..".jawapan ini dari lubuk hatiku . aku sangat impikan seorang 'imam' yang sangat baik dan berbakti kepada kedua orang tuanya . aku tidak kisah andai diriku kurang mendapat perhatiannya semata-mata kerana amanahnya kepada kedua orang tuanya . aku ingin tumpang kesolehannya . aku sangat yakin untuk terus berada disisinya . kerana aku yakin , kesolehannya kelak bakal menghasilkan benih yang soleh juga untuk diriku . pasti kelak zuriat kami juga akan berbuat perkara yang sama terhadap kami seperti dirinya terhadap maknya .

Aku amat pelik melihat ada diantara para isteri yang cemburu atau mengongkong apabila suaminya melebihkan ibu mereka daripada isterinya sendiri . Tidakkah mereka tahu bahawa setelah akad , mereka perlu melebihkan ibu bapa dan keluarga suami lebih daripada ibu bapa dan keluarga mereka sendiri..?? Aku tidak mahu suamiku seperti ALQOMAH . Bahkan insyaallah , aku ingin bersama dengannya untuk berbakti kepada kedua orang tuanya . Ingin sahaja aku bermanja dengan mereka seperti ketika bersama dengan mak ayah ku sendiri . Aku ingin mereka ketahui bahawa aku tidak menganggap mereka insan yang asing . Aku pasti mereka bakal menyayangi diriku ini . Dan aku akan berbakti untuk mereka seperti ibu bapaku sendiri . Aku yakin... ya ALLAH..moga 'ADAM' ku sedang berbakti kepada kedua orang tuanya..amien..

No comments:

Post a Comment