Friday, December 16, 2011

syoknyaaaa 'nikah gantung' ;)

Bismillahirrahmanirrahim… sekadar perkongsian bersama… ^__^

Sintom mahasiswa tahun akhir diploma disebuah institusi pengajian islam… maybe dibanyak institusi lain lagi… huhu.. ;p

“ kak , susah betullah nak jaga hati , jaga hubungan ni dari murka Allah . setiap masa teringat dia. Nak buang perasaan bukannya senang. Nak kawen mengamuk pulak parents saya. ‘gatalnya nak bernikah, belajar pun tak habis lagi. Kang nikah mengandung pulak tak jadi dah belajar. Hem.. macamne ye kak? Fitrah ni sakit kot rasanya sekarang. Kita bukannya macam orang-orang luar yang duk bercouple main pegang-pegang bagan ni. Nak buat tak tahu je dengan rasa ni tak boleh jugak coz kita pun manusia biasa. Saya rasa kalau dah akad lebih mudah study kot. Lagi tenang hati belajar. Nikah gantung lepas dip ni boleh tak kak? Hehe.. apa pendapat akak? “ , soal seorang mahasiswi.

“BOLEH..! SANGAT DIGALAKKAN!!” , jawab ku ringkas sambil tersenyum.

“akak sokong ye nikah time study ni..??” , soalnya kembali bagai terkejut dengan jawapan aku yang tersangat yakin.huhu..

“hem… kalau pendapat akak macam tu lah.. akak sangat faham perasaan awak tu. Bukan awak je yang mengalami keadaan ni. Dah ramai dah kat kampus ni yang sedang alami penyakit sintom akhir sem ni..hehe.. hem... ilmu tu kan cahaya. Cahaya tidak akan masuk ke dalam hati yang yang gelap kotor dengan maksiat. Siapa kata kawen time study susah nak study? Kadangkala, result boleh meningkat dengan mendadak. Yelah , dah ada ikatan yang halal. Tak payah nak fikir-fikir , risau-risau. Kalau teringat pun bukannya berdosa pun lagi dah. Malah berpahala lagi tu. Ha, kalau yang ambil kos sama tu lagilah best. Boleh study sama-sama. Bukan apa , antara lelaki dan perempuan ni ada sinergi yang kontra. Tapi, apabila digabungkan akan melahirkan hasil yang sangat hebat”, jawab ku panjang lebar.

“tapi kak, bukan ke matlamat perkahwinan tu mengembangkan umat nabi saw? Hem… macamne nak ada baby sedangkan time belajar ni sara hidup pun pakai biasiswa , pinjaman ptptn, parents tanggung..”, soalnya lagi meluahkan segala persoalan yang maybe sentiasa berlegar-legar difikirannya.

“ itu bukan matlamatnya disaat ni. Pandai-pandailah merancang nanti supaya tidak pregnant. Dah habis deg nanti, dah kerja, bolehlah merancang yang lain pula. Tapi andai dikurniakan rezeki zuriat time masih dalam deg nanti redha je lah. Anak tu bukan suatu bebanan. Jika Allah mengurniakan pada kita, pasti dimudahkan buat kita, dimurahkan rezeki. Kan Allah tu tidak membebani sesuatu yang diluar kemampuan hamba-hambaNya..? apa yang penting sekarang, matlamat perkahwinan tu nak uruskan fitrah ini sebaiknya. Nak cari redha Allah dan tak nak terus menerus ada masalah hati ni..berdoalah agar fitrah ini diizinkan menjadi mawaddah warrahmah..”, kataku memberi pendapat sendiri. Yakin betul kan..??huhu ;p

“kak, banyak kot kos lepas kawen ni? Rumah lagi.. barang dapur lagi..”, keluhnya masih tidak berpuas hati..

“ macam ni.. buat dalam tempuh belajar ni. Masing-masing duduk asing. Kalau dapat duduk hostel pun tak pe. Nanti hujung minggu jumpalah. Jarang jumpa lagi bagus sebenarnya. Masa bersama nanti lebih bermakna. Ha, apa yang penting, sebelum hujung minggu tu, siapkanlah segala tugasan. Assignment ke? Apa-apa je lah. Pasti lebih tersusun kehidupan ketika itu. Setiap masa yang ada tidak akan dibazirkan. Segala tugasan juga tidak akan dilengah-lengahkan. Yelah.. hujung minggu nak jumpa suami. Ada tanggungjawab lain pulak kan..?”, kataku sambil tersenyum kepadanya. Rasa lucu juga memikirkan pendangan yang aku berikan. Macam pakar kaunseling rumahtangga pula gayanya. Hehe ;)

“hehe.. betul juga ye pendapat akak tu.. tapi, kalau parents tak benarkan juga bagaimana? Susahlah bab macamni nak bincang dengan parents..” , katanya berwajah sedih.
“hem… bab ni kenalah bincang elok-elok dengan mereka. Cubalah berulangkali. Sekali je tak cukup. Kemudian, sama-sama dengan calon awak tu yakinkan parents masing-masing. Solat hajat dan doalah banyak-banyak. Bukan ke hati parents kita ni Allah yang pegang? Doalah moga dibukakan hati mereka untuk terima keputusan kita. Yakin pada Allah sangat penting. Keras-keras hati parents kita pun lama-lama lembut juga dengan doa kita yang tak henti-henti padaNya tu..”, kataku penuh yakin dan semangat! Hehe.. =)

“insyaallah.. saya akan bincang dengan calon dan parents semula. Terima kasih kak! “, katanya bersemangat tiba-tiba. tersenyum puas barangkali dengan pandangan aku yang tak seberapa ni.huhu..

“sama-sama. Akak doakan yang terbaik buat awak. Moga dipermudahkan… amien .. “ =).

“akak pulak bila lagi..?? nak nikah gantung jugak ke..??”, soalan cepu emas darinya sambil tersenyum sindir.

“erk..wallahua’lam”, jawabku terkesima. seketika itu juga pipiku terasa kebas.huhu..

SEKIAN . . .

6.15 pm
B110 , Darul Quran, JAKIM

pahit manis perjuangan . . .

Bismillahirrahmanirrahim..
Setelah lama tidak publish post-post baru diatas kesibukan yang teramat di sem akhir ini. Hari ini aku akan berkongsi tentang seorang sahabat sekelas tasmik ku yang telah khatam al-Quran pagi tadi iaitu tanggal 15 Disember 2011. Jika aku katakan khatam al-Quran disem akhir ini mungkin dilihat perkara biasa , tetapi bagiku , dia seorang yang sangat hebat orangnya. Mengajarku erti asam garam kehidupan. Aku sangat mengagumi dirinya. Bukanlah aku ingin mumuji malah memuja. Tetapi mungkin serba sedikit dapat aku kongsikan tentang dirinya sebagai sumber motivasi diri semua terutamanya mahasiwa diploma Darul Quran , JAKIM. insyaAllah… =)
Dia adalah seorang insan yang sangat bernasib baik kerana berjaya mendaftarkan diri sebagai salah seorang pelajar Darul Quran, Jakim pengambilan 09/12. Menurutnya , ketika interview dulu, dia tidak lancar tasmik bahkan tidak cukup 1 muka hafazan yang diminta. Tetapi, atas belas ehsan panel, akhirnya dia terpilih untuk menyambung pengajian di institusi idamannya sejak dibangku sekolah lagi iaitu Darul Quran.
Namanya biarlah aku rahsiakan agar tidak melahirkan rasa yang tidak sepatutnya di dalam dirinya. Malah , pasti ramai yang telah mengenali dirinya. Seorang pelajar banat yang tidak pernah ‘miss’ exam durr al-Quran( repeat paper) pada setiap sem. Bukanlah diri ini ingin membuka kelemahan dirinya malah mengaibkan dirinya… Tetapi , bermulalah kisah mujahadahnya menghafaz al-Quran bermula 12 Mei 2009..
“ Qulnahbitu, qulnahbitu, qulnahbitu 60x maybe , minha jamia’… “ , Ya Allah, bagaikan tidak sanggup melihat begitu sukar untuk dia menghafaz hatta terpaksa mengulang setiap perkataan berulangkali. Ia bukanlah perkara yang jarangkali berlaku tetapi adalah kebiasaan berlaku pada hampir setiap perkataan, ayat, surah, juzuk dan mudah kata senaskah al-Quran. Namun, subhanallah…Begitu banyak pahala yang diperolehi. Berdiri di luar, di denda serta dimarahi ustazah juga tidak kurangnya. Kadangkala dia tidak pulang cuti ke rumah ketika cuti bulanan kerana tidak dibenarkan oleh pihak HEP kerana atas faktor lambat muqorar. Tetapi sedikit pun tidak menjejaskan semangatnya. Sangat kental semangat sahabatku itu.
Pada malamnya, “ awak, akak nak tidur dah.. awak tak nak tidur lagi ke? Dah pukul 11 ni..” Tanya ku padanya yang biliknya berada disebelah bilikku. “ Takpelah, kak yen tidur dululah. Saya banyak tak dapat lagi ni. Nanti kak yen bangun qiam kejutlah saya sekali yer..” , balasnya. Begitulah kelazimannya, disaat yang lain telah dibuai mimpi, terdengar sayup-sayup suaranya dari biliknya yang masih burmujahadah mendapatkan ‘modal’ ( apa yang nak semak depan ustazah tasmik) esok. “awak, bangun. Dah pukul 3 ni..”, kejutku. “ saya baru tidur setengah jam ni. Sakit kepala pula. Terima kasih kak kejut”.
Subuhnya, dialah yang seringkali pertama berada disurau asrama. Mendapatkan serta terus mendapatkan ‘modal’ yang begitu perit untuk diperolehi. Airmata tidak pernah lekang. Kadangkala basah Quran itu dengan juraian airmata. Memohon serta terus memohon pada yang maha pemilik. Hubungan dengan Allah terus dijaga. Tiada secebis waktu pun untuk dibazirkan. Tazkirah, forum serta majlis ilmu lainnya serta aktiviti dan program persatuan pelajar juga turut dilibatkan diri serta tidak pernah ketinggalan disaat kemampuan diri menghafaz sangat mencemburui pada masa yang ada.
Sebagai yang paling senior di dalam kelas, aku hanya mampu memberi semangat, dorongan dan tunjuk ajar sahaja buat dirinya. Tetapi, melihat dirinya sahaja, mampu menginsafi diri ini disaat kemalasan dan ujian menyapa diri. Setiap yang ingin menghafaz al-Quran pasti tidak lari daripada ujian. Masakan mudah untuk menghafaz al-Quran sedangkan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah sangat hebat diakhirat kelak. Tetapi, diriku masih bersyukur kerana tidak diuji dengan ujian sepertinya. Sesungguhnya Allah menguji atas kemampuan diri kita. Pasti aku tidak sehebat motivasi dirinya maka aku tidak teruji sepertinya. Bukan mudah bagiku untuk mengharungi ujian seperti itu. Disaat dibebani subjek-subjek madah yang lainnya, assignment, tesis, program persatuan, 1 maqra’(bersamaan 2muke ½) mesti di dapatkan setiap hari untuk ditasmik. Sangat hebat mujahadahnya!!.
“iza jaa anasrullahiwalfat..”, airmatanya mulai menitis buat kesekian kalinya. “Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan”. Tidak ku sedari, airmata ku turut juga mengalir dipipi. Terimbau kembali saat-saat keperitan yang dilaluinya bagi memiliki 30 juzuk al-Quran. Rasa sebak dihati ini apabila mengenangkan hebatnya pertolongan Allah kepada setiap diri hambaNya. Memberikan segala yang diperlukan. Walaupun kadangkali apa yang dipohon tidak dimiliki ketika itu, tetapi lambat laun pasti dimakbulkan. Jika tidak didunia pastinya diakhirat kelak. Sesungguhnya yakin kepada Allah umpama air kedamaian , disaat ramai yang telah terkorban, jiwa seorang mukmin itu terus yakin pada penciptanya. Maha suci Allah yang memiliki sekalian alam.
Nasihat buat diri ini serta adik-beradik Irsyad. Ingatlah, apabila kita rasa kita paling sukar untuk menghafaz, sesungguhnya ada sahabat lain yang lebih sukar untuk menghafaz. Apabila kita rasa exam durr itu menjatuhkan semangat kita, ketahuilah ada sahabat-sahabat kita yang durr setiap sem masih kuat semangatnya. Apabila kita rasa kita tidak mampu serta layak untuk menghafaz al-Quran, ingatlah bahawa sesuatu ketentuan yang telah Allah tetapkan buat kita itu adalah bergantung kepada kemampuan kita. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” al-Baqarah:286. Dah masuk DQ ni maksudnya Allah tahu kta layak. Apabila kita rasa kita telah mujahadah tetapi tidak berjaya, ingatlah bahawasanya ada sahabat-sahabat kita yang lebih bermujahadah, bersengkang mata tetapi tidak berjaya. Tidak kiralah apa yang kita sedang fikirkan disaat ni, nasihatku, kehidupan ini indah untuk kita ambil pengajaran atas setiap yang berlaku. Berusaha dan terus berusaha serta sentiasa bersangka baiklah pada Allah. Mungkin disaat ini kondisi di sem akhir ini sangat menekan diri. Atas segala taklifat yang ada. Serta I’adah 30 juzuk. Tetapi, tiada yang mustahil untuk kita I’adah 30 juzuk dalam masa yang berbaki kira-kira 2 bulan lagi ini sebelum hari exam yang bakal mendatang. Buat adik beradikku… sekaranglah masa untuk kita bermujahadah I’adah quran kerana selepas ini mujahadah lebih besar yang diperlukan apabila kita telah munjejakkan diri dimenara gading, alam pekerjaan serta gerbang perkahwinan kelak. Semangat semua perjuang-perjuang Islam , serikanda serikandi Irsyad sekalian!! Di sem 6 ini, di bumi Darul Quran, KITA TEMPUR!! TAKBIR!!!

5 pm 15/12/2011
B110, asrama banat, DQ,Jakim.

Friday, June 24, 2011

Ku Menantinya.....

Disaat ini aku sedang menanti azan maghrib berkumandang bagi berbuka puasa . Terasa damai di dada disaat melihat langit nan tenang . Padang asrama mulai lengang daripada suara keriuhan pelajar-pelajar banat yang bermain bola jaring . Sejenak terimbau perjalanan silam hidupku . Tidak ku sangka , sudah hampir sesuku abad aku mengharunginya . Saat , minit , jam , hari , minggu , bulan , tahun silih berganti . Penuh dengan ranjau dan berduri . Kadangkala dihiasi pelangi nan indah . Ujian yang tidak pernah segan mendatang semakin mematangkan diri ini . Kadangkala diri ini tabah , kadangkala tertunduk , terduduk kaku mengenangkan kelemahan diri seorang hamba . Bersenang dengan segala kenikmatan , tetapi , tidak tabah menghadapi ujian . Begitu banyak nikmat yang telah dikurniakan , hanya sejentik ujian telah melatah menghadapinya .
Ya Allah , ujian dariMu tidak pernah berhenti . Aku sedar , Kau amat menyayangiku , Kau tidak pernah membiarkan aku terus lena dibuai mimpi kenikmatan dun ia yang fana' ini . Sesekali aku bertanya , Mengapa mesti diriku ? Apakah aku kuat untuk diujiMu ? Namun , setiap kali kalamMu ku tadabbur kalimah-kalimah permata itu , hatiku bagai dipujuk . Aku yakin pasti hikmahnya akan tersingkap kelak . Pasti hikmah yang manis menanti dihadapan . Aku redha di atas setiap ketentuan dariMu...
Disaat ini , harta yang paling berharga bagiku adalah keluargaku . Mak , ayah , along , angah , kak lang , kak cik , nurul , hazrat , ipar-ipar serta anak-anak buah makteh tersayang . Biarpun sesekali terdengar suara-suara angkuh yang memandang rendah keluargaku , namun sedikit pun tidak menjejaskan rasa kasih sayang dan cinta ini kepada mereka . Aku terima anugerah ini sesungguhnya serta apa adanya . Biarpun aku terpaksa kehilangan kepercayaan seluruh dunia , namun pasti aku tetap teguh mengharap lindungan Allah disamping sokongan dari keluarga yang tidak pernah hentinya . "eh , anti sorang je ke yang tutup aurat ? kanapa kakak dan adik perempuan anti tak pakai tudung ? tak tahu dosa ke / mak ayah anti tak tegur ke ? panas sangat ke bertudung tu ? tak cukup kain ke pakai senteng-senteng ? boleh tolong belikan..." . ya Allah... sesungguhnya hidayah itu milikMu.. Engkau sahaja yang berhak untuk memberi dan mengambil pada siapa sahaja yang Kau kehendaki . Aku hanya mampu menyampaikan seruan dakwah ini disamping terus berdoa kehadratMu. Siapa tahu , tiada yang mustahil jika suatu hari nanti keluargaku ini menjadi lebih baik daripada mereka yang hanya pandai memandang rendah sahaja . Adalah lebih baik kiranya mereka memanjatkan doa moga Allah membuka pintu hidayahNya kepada keluargaku daripada terus melontarkan kata-kata sinis yang sangat mencalarkan hati ku .
Begitu berat tanggungjawab dakwah yang harus ku pikul terhadap keluargaku sendiri . Masakan selayaknya untuk aku menyampaikan dengan begitu mudah kepada mereka sedangkan aku hanya begelar seorang adik ? Apakah aku begitu sempurna ? Oh tidak! jika aku terus berfikir begitu maka ia akan melemahkan semangat sebagai seorang khalifahNya .Aku harus terus berusaha semampuku disamping memperbaiki segala kelemahan diri ini . Moga Allah memandang usaha yang sedikit ini di dalam memburu redhaNya . Amien...
Ya Allah ... jauh dilubuk hatiku ini , aku menanam hasrat dan impian agar Engkau mengurniakan seorang 'Imam' di dalam kehidupan kami sekeluarga . Aku berharap dia kelak bisa membantuku di dalam urusan dakwah ini . Menerima diriku dan keluarga sesungguhnya dengan apa adanya . Menjadi ukhwah hasanah kepada mereka . Aku juga sangat ingin dibimbing dan dipimpin tanganku menuju redhaMu . Masih banyak yang perlu diperbaiki diriku ini . Terasa kerdilnya diriku ini apabila melihat insan-insan hebat disekeliling ku . Ya Allah , hadirkanlah dia di dalam perjalanan hidupku ini . Agar aku terus kuat menghadapi segala ujian , cobaan , mehnah dan tribulasi yang mendatang . Aku tidak mampu menjanjikannya bahawa aku ini yang sempurna buatnya . Tetapi , telah lama ku menanamkan azam untuk membina kesolehahan dalam diriku ini sehari ke sehari buat yang halal buat diriku kelak . Meskipun masih ternampak cacat celanya lagi , aku masih mengharapkan suartu hari nanti , akan hadir Dr. Adam yang bisa merawat segala kesakitan , kecacatan pada diri Hawanya ini . Membaluti kekurangan pada diriku ini dengan keilmuannya . Melengkapi segala kekurangan . Merawati kesakitan yang berulangkali yang seakan parah apabila terus dizalimi . Namun , ada benarnya kata pujangga , " terkadang , Allah sengaja menemukan kita dengan sesuatu yang 'salah' sebelum kita dipertemukan dengan yang 'betul' kerana apabila kita dipertemukan dengan yang 'betul' kelak dan kita mengambil iktibar daripada yang 'salah' dahulu , maka ia akan menjadikan kita lebih menghargai kehidupan yang dikecapi dengan menjadikan ianya lebih bermakna...".
Ya benar! aku telah bertemu dengan pelbagai kesalahan , begitu banyak pembetulan yang perlu dipelbaiki . Segala kesalahan itu juga yang bakal menjadi pengalaman termahal sebagai pengajaran sebelum aku dipertemukan dengan yang betul itu . Sesungguhnya , segala yang berlaku adalah tidak sia-sia . Pasti ada hikmah yang tersembunyi... Yang 'Betul' itu pasti akan muncul pada waktu yang 'betul' , tempat yang 'betul' dan insan yang 'betul-betul' ikhlas menerima diriku ini . Sebagai peneman perjalanan hidupku di dunia dan di akhirat kelak . Insyaallah... Ku menantinya.....

23 jun 2011..
hari khamis , tunggu berbuka..
B110 , asrama banat DQ..

Sedetik Rindu...

Sedetik rindu menyapa lembut hatiku ,
Sejambak bunga kerinduan mekar di taman hati ,
Seharum kelopak-kelopak mawar kerinduan ini melambai syahdu ,
Sehalus itu perasaan rindu ini bermahkota megah di taman hati...

Sedetik terus berdetik tanpa hentinya ,
Sedetik kian laju sehingga tiada sedarnya ,
Sedetik rindu ini terus melakar namanya ,
Hanya dia insan yang bertakhta megah di taman fitrah dariNYa...

Begitu hebat penangan perasaan ,
Sehingga insan lain gentar untuk bertandang ,
Tidak mungkin hati ini berdusta pada Tuhan ,
Memohon restu dariNya dalam membina hubungan...

Andai suatu detik ketika nanti milik kita ,
Sedetik rindu ini tiada pernah dipersia ,
Hanya cinta yang indah sebagai gantinya ,
Buatmu yang ku nanti kehadirannya...

Bukan untuk kadar sedetik ,
Tetapi kekal untuk selamanya ,
Hingga ke syurgaNya ,
Kau dan aku disana ,
Bersama mengapai cintaNya.....

12 jun 2011..
8.50 pm..
B216,asrama banat,DQ..

Diriku Bidadari....

Bagitu panjang perjalanan hidupku ini ,
Hadirnya begitu banyak jiwa yang telah turut mewarnai ,
Tetapi begitu sukar untuk membina serasi ,
Kerana itu mereka mudah datang dan pergi sesuka hati...

Oh Tuhan ,
Apakah yang dikatakan cinta sesama insani?
Adakah ia sehebat mengapai cintaMU?
Apakah ia menjanjikan seribu kemanisan?
Apakah bahagia ataupun duka?
Apakah tawa atau airmata...??

Ya Tuhan ,
Rasa apakah yang Kau campakkan ini di dalam hatiku?
Begitu halus sehingga aku sendiri tidak mengerti ,
Sehingga begitu banyak kesakitan telah ku gagah menghadapi...

Kesakitan demi kesakitan ,
Ujian demi ujian ,
Tangisan demi tangisan ,
Halangan demi halangan ,
Bagaikan tiada penghujungnya...

Ada apa padanya Tuhan?
Mengapa mesti dia?
dan mengapa begitu teguh keyakinan ku ini padanya?
Lamaran demi lamaran silih berganti ,
Kehadirannya menjadikan lamaran itu umpama ,
Hanya sekadar angin lalu yang menyapa diri ...

Sedetik fitrah yang kian terukir di lubuk hati ,
Menjadikan hanya dirimu sahaja untuk ku doari ,
Andainya kau mengerti dan aku kau nikahi ,
Mungkin suatu ketika nanti pasti kau bersaksi ,
Hadirku buatmu sebagai bidadari dunia ,
Di dunia ini sehingga ke akhirnya ,
Kau dan aku selamanya.....

08 jun 2011..
8.25 pm..
B110 , asrama banat DQ...

Wednesday, April 20, 2011

Yang Berharga Pasti Sukar Untuk Dimiliki

Melihat dikiri kanan muda-mudi berpasangan antara lelaki perempuan berpegangan tangan dan ada yang kurang segan silu untuk berpelukan dikhalayak ramai meskipun begitu banyak pasang mata yang memerhatikannya. Di laman sosial seperti ‘facebook’ juga ramai yang berbangga mempamerkan siapa relationship mereka . Kenalan lama juga telah ramai yang berpasangan dan tidak kurang juga yang telah berumahtangga dengan pilihan masing-masing. Bagi teman-teman ku yang telah berumahtangga pastinya aku tumpang gembira dan mendoakan kalian bahagia hingga ke syurgaNya. Bagi mereka yang ber’relationship ‘ itu moga dipercepatkan jodoh kalian semua. Amien…. Menikmati yang halal itu lebih indah dan baraqah bukan..?? =)
Aku melihat diri ini. Dalam usia yang hampir sesuku abad ini pastinya aku juga telah berfikir untuk mempunyai keluarga sendiri . Bagaimana mahu mendirikan rumahtangga sedangkan calonnya belum lagi aku ketemui. Kata ustaz , walaupun sebagai wanita , tentang jodoh juga perlu diusahakan. Mana bisa jodoh itu akan datang sendiri tanpa diusahakan..?? ustaz, bagaimanakah caranya yer..? perlukah pergi meminang seperti serikandi Islam , Saidatina Khadijah yang meminang Rasulullah s.a.w..??,soalku. “jika mampu apa salahnya? Ha, silapnya akhir zaman ini. Wanita yang pergi meminang lelaki dikatakan tidak bermaruahlah , tidak tahu malu , melanggar adat dan sebagainya . Sedangkan didalam Islam dibenarkan wanita meminang lelaki yang soleh untuk dijadikan calon suami. Bahkan, jika gagal si wanita akan mendapat pahala yang besar kerana cuba menghidupkan syariat Islam yang telah dilupakan seperti yang dimulai oleh serikandi mulia Siti Khadijah . Adat itu selalu mengongkong ,syariat itu mudah serta memuliakan umat manusia . Entahlah.. syariat Islam selalu difikirkan tidak fleksible atau releven akhir zaman ini . Berpelukan dan berpegangan tangan antara bukan mahram tidak pula merasa malu atau kekok bahkan dilihat sebagai perkara biasa dalam masyarakat hari ini. Wanita yang mendedahkan aurat tidak pula merasa malu bahkan dilihat sebagai trend terkini. Dunia akhir zaman…wallahua’lam…apa-apa pun, doa kena sentiasa , setiap hari . moga dipertemukan dengan insan yang soleh yang bisa kamu cintai di dunia akhirat yang boleh bantu kamu menyempurnakan separuh agama sebaik mungkin. Apa-apa pun , nasihat ustaz , jika kamu ingin yang soleh , kamu terlebih dahulu usahakan diri kamu menjadi yang solehah , insyaallah… yang soleh akan mengekori …
Usia ku kini 23 tahun. Target ku untuk berumahtangga pada usia 25 tahun jika diizinkanNya. Segalanya aku serahkan padaNya . Moga yang terbaik buat diriku di dunia akhirat . Aku akan terus berusaha dan berdoa. Bila saatnya yang aku telah bersedia , pastinya aku tidak akan segan silu untuk merealisasikan syariat yang telah terpinggir di akhir zaman ini jika diberi peluang . Insyaallah… tapikan… bagus juga yer jika syariat ini dimartabatkan kerana pastinya bukan wanita sahaja perlu berusaha menjadi yang terbaik , tetapi lelaki juga! Contohnya.. lelaki yang bisa membantu di dapur , mengemas rumah dan menguruskan anak-anak akan lebih di idamkan wanita yang solehah selain bertanggungjawab di dalam mencari rezeki buat keluarga. Dengan itu , pasti kaum adam lebih berusaha meningkatkan kualiti diri ! hebat! Hehe…
Erm… kadangkala muncul juga di dalam fikiran ku , “ mengapa mereka yang bercouple nafsu ini mudah sahaja perjalanan cinta mereka , tidak terlalu banyak ujian , halangan , dan cabaran di dalam merealisasikan impian cinta mereka..?? couple-couple then , kawen… mudah je… erm…kenapa mereka yang berzina ni mudah je dapat zuriat hasil dari persetubuhan yang tak halal tu..?? sedangkan mereka yang bernikah secara halal ada yang sampai berpuluh tahun usia perkahwinan juga tetap tidak dikurniakan zuriat..?? “ astagfirullah… terlalu banyak yang aku fikirkan… teringat aku pada ayat 216 , surah al-Baqarah.. insaf di atas kelemahan diri sebagai seorang hamba yang tidak bisa membaca serta menafsir hikmah disebalik setiap ketentuanNya… erm.. disaat ini mungkin sahaja aku ditakdirkanNya untuk bersendirian bagi menyediakan diri yang terbaik buat adam ku kelak . Kata orang tua-tua , biar lambat asal selamat . Pepatah ku pula , “Yang Berharga Pasti Sukar Untuk Dimiliki.. “ hehe… wallahua’lam.

Mengapa Perlu Begitu…??

Sejak akhir-akhir ni aku makin tidak mengerti.. Di dada akhbar , majalah , kaca tv dan sebagainya wanita seolah-olah tiada lagi rasa segan silunya mendedahkan aurat yang terlalu rahsia rasanya bagi seorang wanita. Jika aurat rambut itu tidak perlu di hitung lagi jumlah nya mereka- mereka yang tidak bertudung , yang amat aku runsingkan kini adalah aurat dibahagian dada yang selalu terdedah kadangkalanya menimbulkan persoalan di fikiran ku , apakah perasaan mereka yang mengenakan pakaian sedemikian..?? apakah mereka tidak merasa malu , segan dan sebagainya..?? ya Allah… berilah hidayah serta taufiq Mu kepada mereka. Sesungguhnya malu itu adalah perisai orang beriman. Wallahua’lam.
Teringat ku kepada post ku dulu yang bertajuk ‘ biarlah rahsia’.. apakah yang mereka fikirkan atau niatkan ketika berpakaian sedemikian..?? adakah mereka sengaja ingin menarik perhatian kaum adam..?? ataukah menunjukkan kepada dunia bahawa merekalah yang memiliki susuk tubuh yang paling menarik serta seksi..?? apakah mereka ingin dikenali dunia sebagai insan yang sedemikian..?? jika benar.. maka rugilah mereka.. kerana.. sesungguhnya wanita itu terlalu tinggi nilaiannya.. semakin terahsia aurat mereka semakin tinggi nilaiannya.. bukannya aku ingin memandang rendah.. tetapi aku hanya ingin kita sama-sama berfikir tentang kebenarannya.. maafkan aku jika ada yang mengores hati kalian secara sengaja atau tidak sengaja.. tapi… sedarlah kalian kaum ku… jagalah diri kalian sebaiknya… peliharalah aurat mu itu… serahkan serta hadiahkan yang terbaik buat adam yang halal buatmu kelak.. pasti adam mu berbangga dengan diri mu… percayalah… tidak perlu engkau menggadaikan maruah diri serta mahkotamu untuk memiliki perhatian atau cinta adam.. bersabarlah duhai hati ini…
Sesungguhnya teguran ini adalah atas dasar kasih sayangku kepada kalian . bukanlah kerana aku iri hati atau rasa cemburu atas segala yang kalian miliki kerana… aku juga ciptaanNya seperti mu.. aku juga turut memiliki apa yang kalian miliki…tetapi , aku memilih untuk merahsiakannya demi kerana besarnya rasa cinta ini kepadaNya dan penantian yang penuh kerinduan menanti saat-saat indah kelak ketika menghadiahkan cinta suci dan halal buat adam yang telah diciptakan buat ku kelak… renung- renungkan! Selamat beramal.. =) wallahua’lam .