Wednesday, March 31, 2010

HIKMAH MAKSIAT

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..

Apabila sahabat-sahabat semua terbaca title post ni pasti sahabat-sahabat semua tertanya-tanya apakah hikmah maksiat tu?? boleh ke buat maksiat?? & macam-macam lagi..betul tak..??huhu~ bukanlah tujuan ana hari ini untuk mengajak sahabat-sahabat semua buat maksiat.. title diatas sekadar tarikan sahaja untuk sahabat semua baca post ana ni~hihi ^_^v tetapi , Sukelah rasanya untuk ana menghuraikan kata-kata dibawah ini yang ana petik daripada seorang sahabat kerana sesungguhnya diri ini juga adalah hamba yang tidak pernah lari daripada melakukan dosa dan maksiat kepadaNYA..moga dapat kiranya kita bermuhasabah bersama-sama . insyaALLAH ^_^ Baiklah,

Kata-katanya..
Satu maksiat yang menyebabkan kamu merasa kerdil , rendah diri , hina dan hancur hati (kerana penyesalan dan taubat) lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung , bangga dan hebat (sehingga tahap ujub)"Berkemungkinan ditaqdirkan bagimu melakukan suatu dosa sebagai sebab musabab untuk mu sampai kepada keredhaan Allah swt (dengan rasa rendah diri , hina dan akhirnya berubah menjadi soleh).

Siapa yang tidak pernah ditimpa musibah dosa dalam hidupnya?? Siapa yang tidak pernah buat dosa?? Siapa yang tak pernah gagal dalam kehidupannya?? Siapa yang tidak pernah jatuh?? Siapa yang tidak pernah menangis?? Kabarkan kepadaku siapakah dia??! Sesungguhnya selagi kamu bergelar seorang hamba kepadaNYA pasti kamu tetap melakukan kesilapan , dosa dan maksiat terhadapNYA .

Suatu ketika dahulu diri ini juga turut dihimpit dengan rasa yang sama iaitu rasa sangat kerdil , rendah diri , hina dan hancur hati akibat hukuman dosa daripadaNYA . Sehinggakan ana rasa bahawa ana tidak layak untuk menikmati segala nikmat daripadaNYA . Tidak layak menegur kesalahan insan lain . Tidak layak untuk minta apa-apa pun dariNYA akibat dihantui oleh dosa-dosa yang ana lakukan . Ana sangat-sangat rasa rendah diri ketika itu ,malu pada Allah namun.. Kini ana sedar bahawa..

Semuanya itu adalah tarbiyah daripadaNYA . Allah mentakdirkan kita melakukan dosa bukanlah kerana DIA mahu manzalimi diri kita , sesungguhnya DIA sangat pengasih dan penyayang . Semua itu adalah ujian untuk menjadikan kita semakin dekat ataupun semakin jauh daripadaNYA . Jika kita menerimanya dengan positif(+) , insyaallah kehidupan kita selepas itu lebih baik . Tetapi seandainya kita menerima dengan negatif(-) , maka buruklah kehidupan kita selepas itu . BERSANGKA BAIKLAH KAMU DENGAN TUHANMU.. ^_^

Pesan ayah , "HIDUP INI UMPAMA RODA . ADAKALANYA KITA BERADA DIATAS , ADAKALANYA KITA BERADA DIBAWAH . APABILA KITA BERADA DIATAS JANGAN LUPA YANG DIBAWAH DAN APABILA KITA DIBAWAH JANGAN LUPA UNTUK BERADA DIATAS DAN APABILA KITA DIATAS SEMULA , JANGAN KITA LUPA SUATU KETIKA DAHULU KITA PERNAH BERADA DIBAWAH.."..

Maksud ayah tadi sangat besar bagiku . Sangat bermotivasi . Begitulah kehidupan kita . Ada masanya kita berada diatas(berjaya) dan ada masanya kita berada dibawah(gagal).
Tidak kira dalam apa sahaja perkara sama ada pencapaian dalam akademik , ibadah , kesihatan dan sebagainya . GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKNA GAGAL UNTUK SELAMA-LAMANYA .
Kita harus bangun dari kegagalan itu kerana hehidupan kita hanya sekali . Tiada kehidupan yang kedua di dunia ini seperti kepercayaan 'KARMA' oleh agama Hindu dan Buddha . Peluang hanya sekali , tiada yang kedua . Inilah kehidupan yang kita perlu menyediakan bekalan bagi hari kemudian..

Cuba bayangkan andai anda tidak pernah melakukan kesilapan..dosa dan maksiat..?? pasti anda akan merasa diri anda hebat dan memandang rendah kepada orang lain . Dengan ini perasaan riya' , takabbur dan ujub pasti akan hadir . "eh , jangan main tuduh-tuduh..yer?? saya tak pandang rendah pada orang lain..". Jangan tipu !! anda bukannya malaikat dan pastinya anda di awasi syaitan-syaitan yang berpangkat general untuk memesongkan hati anda . Itu sumpah mereka(syaitan)!!.

Sebenarnya rasa hebat yang menghantui diri kita ketika melakukan dosa dahulu sangat bagus untuk dijadikan muhasabah diri sebagai guide line daripada kita mengulanginya lagi . Supaya , apabila kita berada diatas , kita tidak lupa ketika kita berada dibawah dahulu . Dengan ini, ia akan menjadikan kita lebih berhati-hati dalam mengharungi kehidupan seterusnya .

"Kak , Allah terima ke saya ni?? saya ni kotor . banyak sangat buat kesilapan..",tanya seorang gadis pada ana suatu hari ketika menceritakan segala masalahnya.

"Allah itukan maha pengasih dan penyayang.. sekiranya kita benar-benar insaf , bertaubat dan berazam takkan melakukan dosa itu lagi , pasti DIA akan mengampunkannya.." , jawab ana cuba memberi semangat kepada gadis itu..

Bagi ana , sesungguhnya dosa yang lalu membawa diri ini lebih dekat kepadaNYA . Ketika diuji dahulu ana temui siapa yang benar-benar memberi ana semangat untuk terus berdiri di bumi nyata ini .. telah ana ceritakan di dalam blog ana ini dalam post ," muhasabah birthday"..hanya DIA !! kini , ana telah temui hikmah dari setiap ketentuannya dahulu .. maka , memang benarlah kata-kata sahabat ana tadi ..,

Satu maksiat yang menyebabkan kamu merasa kerdil , rendah diri , hina dan hancur hati (kerana penyesalan dan taubat) lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung , bangga dan hebat (sehingga tahap ujub)"Berkemungkinan ditaqdirkan bagimu melakukan suatu dosa sebagai sebab musabab untuk mu sampai kepada keredhaan Allah swt (dengan rasa rendah diri , hina dan akhirnya berubah menjadi soleh).

WALLAHUA'LAM.

No comments:

Post a Comment