Wednesday, March 23, 2011

sambungan kisah tak mungkin hatiku berdusta…

Keegoan hatiku ini cuba menguatkan kata hati untuk pergi membawa hati nan lara meskipun kesakitan terasa amat memeritkan merayap di segenap lubuk hati nan rapuh ini… aku tidak mengerti mengapa aku perlu melakukan semua ini…? kenapa tidak aku kuatkan hati sahaja dan terus menanti segala yang bakal terjadi selepas ini….? Maafkan aku wahai ‘adam’ yang kudambakan… bukannya aku ingin membuang mu terus-terusan tetapi aku ingin kau tahu… aku tidak ingin kau terus di hantui rasa serba salah diantara kemahuan mu dan juga kemahuan keluarga mu… segala tutur kata ku tempoh hari bukanlah untuk menyakiti hati mu, tetapi sengaja aku rencanakannya sebagai sebab untuk meringankan sesak di dada mu dan mengurangkan kekusutan yang memenuhi fikiranmu… perasaan mu itu juga turut aku rasakan penangannya…dan sejujurnya aku juga sengaja mereka kekuatan dengan mencari sesuatu sebab ataupun helah yang mampu merenggangkan hubungan antara kita untuk meninggalkanmu meskipun kau juga mengerti betapa kuatnya kalungan doa ini… dengannya, agar kita menemui jalan terbaik selepas ’pengorbanan’ ini…. Percayalah… ! bukannya aku meragui setiap bait kata-kata yang terungkap dibibirmu selama ini … tidak! Sungguh aku meyakini kata-kata mu kerna hati kita terus terikat di dalam tasbih doa antara kita ini…. Ku meyakini keikhlasan hatimu.. Aku mengerti… meskipun kita telah bertemu pelbagai insan yang bersinggah di perjalanan nan panjang ini sehingga saat kita dipertemukan…. Meskipun begitu… pasti kau merasai bahawa kali ini fitrah yang tercipta di dalam hati ini bukanlah sesuatu yang biasa… ianya sungguh halus , unik dan istimewa serta sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.. dan pastinya belum pernah kau merasainya sebelum ini…… mungkin ada kebenarannya…
“Terkadang,Allah sengaja menemukan kita dengan sesuatu yang salah sebelum ditemukan dengan yang betul kerana,apabila kita ditemukan dengan yang betul dan kita mengambil iktibar daripada sesuatu yang salah dahulu,ia akan menjadikan kita lebih matang untuk menghadapi sesuatu yang baru dan lebih menghargai kehidupan yang dikecapi sekarang dengan menjadikan ianya lebih bermakna…”.
Ikatan hubungan antara kau dan aku ini sangat hebat… kerna diantara kita tiada lafaz cinta, rindu , sayang… kita saling berlumba di dalam ibadah dan juga pelajaran… tidak sekalipun kulit kita bersentuhan kerna diantara kita tiada dating nafsu… kau dan aku mengerti bahawa semua itu adalah sesuatu yang terhalang serta terlarang sehingga saatnya mungkin termeterai lafaz akad , ijab dan Kabul di dalam hubungan ini…. Cukuplah di saat ini… ku terus menanti tanda tanya tentang rahsia luh mahfuz (jodoh) itu dengan terus-terusan menadah tangan pada yang menciptakan fitrah ini… biarpun seluruh dunia tidak mengerti betapa hebatnya rasa ini… cukuplah hanya Dia sahaja yang mengetahuinya… kelak.. moga di kurniakan yang terbaik buat kita disisiNya… meskipun saat itu nanti ku bukan milikmu… moga ‘pengorbanan’ ini akan di kira sebagai ibadah buat kita… moga Allah memandang usaha yang sedikit ini di dalam kita mencari redhaNya… insyaAllah… amien….
Maaf ku pohonkan andai segala perbuatan , sikap , dan ragam ku ini serba sedikit mengganggu perjalanan hidup mu… aku sendiri tidak pasti samada segala yang aku cuba lakukan ini adakah benar ataupun tidak… Cuma di dalam fikiran ku di saat ini… aku hanya ingin mengurangkan bebanmu dan membuka ruang untuk kita fikirkan yang terbaik buat kehidupan di dunia ini…. Saat membaca ayat 5-6, surah al-fatehah di setiap kali saat penuh kehambaan itu(solat)… pasti airmata ini tidak segan silunya menonjolkan diri disebalik kolam mata ku ini… rasa hina dan amat memerlukan pertunjukNya di saat ini… “hanya Kau yang aku sembah dan hanya pada mu sahaja aku memohon pertolongan… tunjukkanlah aku jalan yang lurus ya Allah…. “. Tak mungkin hati ku berdusta…..

No comments:

Post a Comment