Wednesday, April 21, 2010

BIARLAH RAHSIA...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Salam sayang buat semua kaum ‘HAWA’ . Sungguh apa yang ingin ana coretkan ini bukanlah berniat untuk mengguris hati kalian . Sekadar ingin membawa ber’muhasabah’ bersama-sama . Ana ini juga hanya insan yang lemah dan punya banyak kelemahan . Tetapi atas dasar bersaudara di atas ikatan ‘ISLAM’ ini , maka ana gagahkan jua hati ini untuk meluahkan segalanya . Beribu kemaafan ana pohonkan .
“Qulilhaq walau kanna murra”..

Bagi mereka yang bertudung labuh dan berjubah mungkin pernah menghadapi dialog yang seakan sama seperti dialog ini :

“wah , Siti . Dah lama tak jumpa nampak slim lah!” , kata makcik itu.
“eh? Slim ke? Biasa je! Nampak macam gemuk je!” , kata insan yang mencelah.
“yang besar itu jubahnya sahaja…”, balas mak cik itu kembali .

Inilah kelebihan kami yang bertudung labuh dan berjubah . Segala-galanya adalah rahsia . Hanya Allah dan yang berhak sahaja yang mengetahuinya . Biarlah Rahsia… ^__^v

Fesyen Muslimah Moden..

Sungguh banyak dipasaran sekarang yang menyediakan busana muslimah moden. Di dalam dunia yang serba ‘moden berfitnah’ ini maka wanita bebas untuk bergaya mengikuti fesyen semassa sambil beridentitikan muslimah . Adakah benar fesyen muslimah moden yang dibangga-banggakan itu menepati piawai syariat Islam? Mari kita berdiskusi!

Baiklah . Pertamanya ana ingin ‘refresh’ balik tentang batas aurat wanita mengikut piawai syariat . Aurat wanita ketika bersama dengan lelaki yang ajnabi itu adalah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan . Kemudian, tidak ketat dan tidak jarang sehingga membayangi susuk tubuhnya .

“Dengan berseluar jeans, anda tetap kelihatan anggun lagi sopan dengan menggayakan blouse muslimah dan tudung-tudung terkini dipasaran! “

Hai… idea siapalah agaknya ni yer..?? mencampur adukkan yang halal dan haram dalam 1 masa! Sungguh wanita adalah fitnah besar akhir zaman !

Blouse itu…

Pelik sungguh ana melihat design-design blouse dewasa ini . Sudah elok berlengan panjang tetapi sayang kadangkalanya jarang . kadangkala ketat . kadangkala pendek kelabuhannya . Dan yang amat menyedihkan , kadangkala bahagian luarnya berbentuk baju dalam yang membentuk “#%^&*” nya.. Sangka ana ‘superman” sahaja yang memakai yang di dalam di luar. Rupa-rupanya kaum ana juga tutut sama ingin menjadi ‘superwomen”! Apakah yang ingin kalian tonjolkan wahai kaum ku..?? ana juga turut merasa malu memandangnya… Blouse itu masih belum mampu melindungi aurat mu ‘HAWA’ …

Wanita berseluar jeans…

Entahlah. Setakat ni ana tidak pernah bertemu dengan seluar jeans yang besar . Adapun yang kembang dibahagian betisnya . Itupun masa zaman bila tah.?? Mungkin zaman kegemilangan ‘Elvis’ kot..?? huhu..

Ramai wanita masa kini yang mengenakan seluar jeans sebagai ‘dress up’ . Pasti sahaja seluar jeans itu melekat ke kulit lalu menghasilkan bentuk kaki mu . Bukankah memakai yang ketat di khalayak ramai itu terlarang? Besarlah mata-mata lelaki yang bermasalah hati melihat susuk peha dan punggung mu . Oh! Sungguh kasihan sekali ‘ADAM’ mu ‘HAWA’ menatap segala yang tidak segar lagi kerana keindahan peha dan punggung mu yang telah dicemari oleh pandangan ‘ADAM’ lain… Duhai Adam , apakah kau merelakannya? Tidakkah di dalam hatimu berasa cemburu tatkala hakmu terpaksa dikongsikan dengan yang lain? Dayuskah dirimu membiarkan Hawa mu begitu sahaja? Ya Allah, peliharalah diriku ini dari fitnah duniawi…

Bagi memperkukuhkan hujah ana , ingin ana bertanya .. seluar jeans itu pakaian siapakah wahai umat Islam? Bukankah trend ini berasal dari kuffar? Ana ingin membawa 1 dalil yang sangat tinggi nilainya dalam permasalahan ini…

“man tasyabbaha minhu fahuwa min hu.. “
Yang bermaksud : “ barangsiapa menyerupai sesuatu kaum itu maka ia tergolong daripada kaum itu juga..” wallahua’lam . Sesungguhnya dalil ini tidak perlu untuk ana menghuraikannya kerana telah jelas segalanya !

Tudung Oh Tudung…

Hayatilah ayat dari kitab suci Al-Quran , Surah An-Nur: 31…

“ macam-macam ada . tudung Siti , tudung Ikin , tudung Syiria , tudung Bienda dan macam-macam lagi! “

Di dalam ayat Al-Quran di atas menyatakan piawai batas tudung ialah sehingga menutupi dada . Jika kita melihat contoh-contoh daripada tudung di atas , apakah penjagaan aurat kita telah sempurna? Jika dipadankan dengan blouse dan jeans diatas maka terhasillah ‘fesyen muslimah moden’ . Ya , ana memahami . Sungguh cantik sekali fesyen-fesyen terkini dan ana juga turut mengikuti perkembangannya sebagai sesuatu yang perlu dinilai . Wahai wanita ‘berfesyen muslimah moden’ , adakah anda telah cukup-cukup dan sangat-sangat menjaga perintah agama kalian? Renung-renungkanlah puteri-puteriku sayang…

1 lagi aurat yang diabaikan olehmu duhai Hawa ! LENGANMU! Bukankah hanya pergelangan tangan sahaja yang dibenarkan? Sungguh aurat lengan mu mempunyai maksud yang sangat besar sekali! Maaf ana mengatakan , jika tidak keterlaluan , kulit dibahagian bawah tangan mu melambangkan warna kulit tubuh mu . Ada sahaja wanita yang wajahnya berkulit gelap tetapi mempunyai tubuh yang berkulit cerah . Dan ada sahaja wanita yang berwajah cerah ( banyak sangat pakai produk pengelupasan) hakikatnya tubuhnya berkulit gelap. Itu adalah rahsia mu Hawa .Berhati-hatilah kaum ku...

Pernah ana terbaca 1 artikel yang mengatakan , maaf sekali lagi , "pandangan kaum lelaki bisa membayangkan dirimu tanpa seurat benang! " nauzubillah... takutilah wahai kaum ku..

" pakai jubah ni macam kunolah . tak 'up to date' ! tudung labuh ni untuk makcik- makcik yang dah tua je. Nampak serabai je pakai labuh-labuih besar-besar ni.."
"Entah-entah pakai tudung labuh sebab rambut dia tak lawa kot?? Pakai jubah coz cutting body x cun kot?? hahahaha".

Sungguh sinis sekali pandangan sesetengah pihak terhadap kami yang bertudung labuh dan berjubah ini . Ada seorang sahabat yang tidar sedar akan tudungnya yang telah pendek digunting dari belakang . Begitu asing dan hina sekali kami dipandang dikala ini apabila berusaha menegakkan sunnah ini . Pakaian serikandi silam Islam !

Namun , ana tetap memilih tudung labuh dan berjubah sebagai 'dress up ' ana . Ana tidak segan dan tidak malu dipandang atau difikirkan macam- macam oleh orang lain . Ana tidak takut dibenci manusia daripada dimurka olehNYA . PandanganNYA perlu diutamakan . Bagi ana , ana ingin membuktikan bahawa wanita bertudung labuh ini mampu melakukankan segala-galanya . Ana bisa memandu pajero , jungle tracking , motivater , penceramah jemputan , aktif bersukan , berkayak dan pelbagai lagi aktiviti lasak . Syariat itu indah dan mudah , tetapi bukan untuk dipermudahkan . Memelihara aurat itu bukanlah suatu pilihan tetapi suatu ketetapan .

Bagi diri ini , segalanya biarlah rahsia . Kurus atau gemuk . Cerah atau gelap dan sebagainya biarlah menjadi tanda tanya dan teka teki difikiran mereka(kaum Adam) . Adamku ...
Sehebat lafaz akad mu... Seikhlas mahar hantaran mu... Seutuh itulah juga tekad Hawa mu ini mempertahankan amanah Allah... insyaallah..

Buat masa ini sehingga ke saat itu.... segalanya...
BIARLAH RAHSIA... ^__^

1 comment:

  1. salam.

    saya tertarik kepada post saudari.
    syukran bnyak2 kerana mewujudkan post nih.
    boleh sy copy ntok dijadikan tatapan rakan sy yg laen?

    ReplyDelete