Wednesday, April 20, 2011

Yang Berharga Pasti Sukar Untuk Dimiliki

Melihat dikiri kanan muda-mudi berpasangan antara lelaki perempuan berpegangan tangan dan ada yang kurang segan silu untuk berpelukan dikhalayak ramai meskipun begitu banyak pasang mata yang memerhatikannya. Di laman sosial seperti ‘facebook’ juga ramai yang berbangga mempamerkan siapa relationship mereka . Kenalan lama juga telah ramai yang berpasangan dan tidak kurang juga yang telah berumahtangga dengan pilihan masing-masing. Bagi teman-teman ku yang telah berumahtangga pastinya aku tumpang gembira dan mendoakan kalian bahagia hingga ke syurgaNya. Bagi mereka yang ber’relationship ‘ itu moga dipercepatkan jodoh kalian semua. Amien…. Menikmati yang halal itu lebih indah dan baraqah bukan..?? =)
Aku melihat diri ini. Dalam usia yang hampir sesuku abad ini pastinya aku juga telah berfikir untuk mempunyai keluarga sendiri . Bagaimana mahu mendirikan rumahtangga sedangkan calonnya belum lagi aku ketemui. Kata ustaz , walaupun sebagai wanita , tentang jodoh juga perlu diusahakan. Mana bisa jodoh itu akan datang sendiri tanpa diusahakan..?? ustaz, bagaimanakah caranya yer..? perlukah pergi meminang seperti serikandi Islam , Saidatina Khadijah yang meminang Rasulullah s.a.w..??,soalku. “jika mampu apa salahnya? Ha, silapnya akhir zaman ini. Wanita yang pergi meminang lelaki dikatakan tidak bermaruahlah , tidak tahu malu , melanggar adat dan sebagainya . Sedangkan didalam Islam dibenarkan wanita meminang lelaki yang soleh untuk dijadikan calon suami. Bahkan, jika gagal si wanita akan mendapat pahala yang besar kerana cuba menghidupkan syariat Islam yang telah dilupakan seperti yang dimulai oleh serikandi mulia Siti Khadijah . Adat itu selalu mengongkong ,syariat itu mudah serta memuliakan umat manusia . Entahlah.. syariat Islam selalu difikirkan tidak fleksible atau releven akhir zaman ini . Berpelukan dan berpegangan tangan antara bukan mahram tidak pula merasa malu atau kekok bahkan dilihat sebagai perkara biasa dalam masyarakat hari ini. Wanita yang mendedahkan aurat tidak pula merasa malu bahkan dilihat sebagai trend terkini. Dunia akhir zaman…wallahua’lam…apa-apa pun, doa kena sentiasa , setiap hari . moga dipertemukan dengan insan yang soleh yang bisa kamu cintai di dunia akhirat yang boleh bantu kamu menyempurnakan separuh agama sebaik mungkin. Apa-apa pun , nasihat ustaz , jika kamu ingin yang soleh , kamu terlebih dahulu usahakan diri kamu menjadi yang solehah , insyaallah… yang soleh akan mengekori …
Usia ku kini 23 tahun. Target ku untuk berumahtangga pada usia 25 tahun jika diizinkanNya. Segalanya aku serahkan padaNya . Moga yang terbaik buat diriku di dunia akhirat . Aku akan terus berusaha dan berdoa. Bila saatnya yang aku telah bersedia , pastinya aku tidak akan segan silu untuk merealisasikan syariat yang telah terpinggir di akhir zaman ini jika diberi peluang . Insyaallah… tapikan… bagus juga yer jika syariat ini dimartabatkan kerana pastinya bukan wanita sahaja perlu berusaha menjadi yang terbaik , tetapi lelaki juga! Contohnya.. lelaki yang bisa membantu di dapur , mengemas rumah dan menguruskan anak-anak akan lebih di idamkan wanita yang solehah selain bertanggungjawab di dalam mencari rezeki buat keluarga. Dengan itu , pasti kaum adam lebih berusaha meningkatkan kualiti diri ! hebat! Hehe…
Erm… kadangkala muncul juga di dalam fikiran ku , “ mengapa mereka yang bercouple nafsu ini mudah sahaja perjalanan cinta mereka , tidak terlalu banyak ujian , halangan , dan cabaran di dalam merealisasikan impian cinta mereka..?? couple-couple then , kawen… mudah je… erm…kenapa mereka yang berzina ni mudah je dapat zuriat hasil dari persetubuhan yang tak halal tu..?? sedangkan mereka yang bernikah secara halal ada yang sampai berpuluh tahun usia perkahwinan juga tetap tidak dikurniakan zuriat..?? “ astagfirullah… terlalu banyak yang aku fikirkan… teringat aku pada ayat 216 , surah al-Baqarah.. insaf di atas kelemahan diri sebagai seorang hamba yang tidak bisa membaca serta menafsir hikmah disebalik setiap ketentuanNya… erm.. disaat ini mungkin sahaja aku ditakdirkanNya untuk bersendirian bagi menyediakan diri yang terbaik buat adam ku kelak . Kata orang tua-tua , biar lambat asal selamat . Pepatah ku pula , “Yang Berharga Pasti Sukar Untuk Dimiliki.. “ hehe… wallahua’lam.

Mengapa Perlu Begitu…??

Sejak akhir-akhir ni aku makin tidak mengerti.. Di dada akhbar , majalah , kaca tv dan sebagainya wanita seolah-olah tiada lagi rasa segan silunya mendedahkan aurat yang terlalu rahsia rasanya bagi seorang wanita. Jika aurat rambut itu tidak perlu di hitung lagi jumlah nya mereka- mereka yang tidak bertudung , yang amat aku runsingkan kini adalah aurat dibahagian dada yang selalu terdedah kadangkalanya menimbulkan persoalan di fikiran ku , apakah perasaan mereka yang mengenakan pakaian sedemikian..?? apakah mereka tidak merasa malu , segan dan sebagainya..?? ya Allah… berilah hidayah serta taufiq Mu kepada mereka. Sesungguhnya malu itu adalah perisai orang beriman. Wallahua’lam.
Teringat ku kepada post ku dulu yang bertajuk ‘ biarlah rahsia’.. apakah yang mereka fikirkan atau niatkan ketika berpakaian sedemikian..?? adakah mereka sengaja ingin menarik perhatian kaum adam..?? ataukah menunjukkan kepada dunia bahawa merekalah yang memiliki susuk tubuh yang paling menarik serta seksi..?? apakah mereka ingin dikenali dunia sebagai insan yang sedemikian..?? jika benar.. maka rugilah mereka.. kerana.. sesungguhnya wanita itu terlalu tinggi nilaiannya.. semakin terahsia aurat mereka semakin tinggi nilaiannya.. bukannya aku ingin memandang rendah.. tetapi aku hanya ingin kita sama-sama berfikir tentang kebenarannya.. maafkan aku jika ada yang mengores hati kalian secara sengaja atau tidak sengaja.. tapi… sedarlah kalian kaum ku… jagalah diri kalian sebaiknya… peliharalah aurat mu itu… serahkan serta hadiahkan yang terbaik buat adam yang halal buatmu kelak.. pasti adam mu berbangga dengan diri mu… percayalah… tidak perlu engkau menggadaikan maruah diri serta mahkotamu untuk memiliki perhatian atau cinta adam.. bersabarlah duhai hati ini…
Sesungguhnya teguran ini adalah atas dasar kasih sayangku kepada kalian . bukanlah kerana aku iri hati atau rasa cemburu atas segala yang kalian miliki kerana… aku juga ciptaanNya seperti mu.. aku juga turut memiliki apa yang kalian miliki…tetapi , aku memilih untuk merahsiakannya demi kerana besarnya rasa cinta ini kepadaNya dan penantian yang penuh kerinduan menanti saat-saat indah kelak ketika menghadiahkan cinta suci dan halal buat adam yang telah diciptakan buat ku kelak… renung- renungkan! Selamat beramal.. =) wallahua’lam .