Wednesday, March 23, 2011

sambungan kisah tak mungkin hatiku berdusta…

Keegoan hatiku ini cuba menguatkan kata hati untuk pergi membawa hati nan lara meskipun kesakitan terasa amat memeritkan merayap di segenap lubuk hati nan rapuh ini… aku tidak mengerti mengapa aku perlu melakukan semua ini…? kenapa tidak aku kuatkan hati sahaja dan terus menanti segala yang bakal terjadi selepas ini….? Maafkan aku wahai ‘adam’ yang kudambakan… bukannya aku ingin membuang mu terus-terusan tetapi aku ingin kau tahu… aku tidak ingin kau terus di hantui rasa serba salah diantara kemahuan mu dan juga kemahuan keluarga mu… segala tutur kata ku tempoh hari bukanlah untuk menyakiti hati mu, tetapi sengaja aku rencanakannya sebagai sebab untuk meringankan sesak di dada mu dan mengurangkan kekusutan yang memenuhi fikiranmu… perasaan mu itu juga turut aku rasakan penangannya…dan sejujurnya aku juga sengaja mereka kekuatan dengan mencari sesuatu sebab ataupun helah yang mampu merenggangkan hubungan antara kita untuk meninggalkanmu meskipun kau juga mengerti betapa kuatnya kalungan doa ini… dengannya, agar kita menemui jalan terbaik selepas ’pengorbanan’ ini…. Percayalah… ! bukannya aku meragui setiap bait kata-kata yang terungkap dibibirmu selama ini … tidak! Sungguh aku meyakini kata-kata mu kerna hati kita terus terikat di dalam tasbih doa antara kita ini…. Ku meyakini keikhlasan hatimu.. Aku mengerti… meskipun kita telah bertemu pelbagai insan yang bersinggah di perjalanan nan panjang ini sehingga saat kita dipertemukan…. Meskipun begitu… pasti kau merasai bahawa kali ini fitrah yang tercipta di dalam hati ini bukanlah sesuatu yang biasa… ianya sungguh halus , unik dan istimewa serta sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.. dan pastinya belum pernah kau merasainya sebelum ini…… mungkin ada kebenarannya…
“Terkadang,Allah sengaja menemukan kita dengan sesuatu yang salah sebelum ditemukan dengan yang betul kerana,apabila kita ditemukan dengan yang betul dan kita mengambil iktibar daripada sesuatu yang salah dahulu,ia akan menjadikan kita lebih matang untuk menghadapi sesuatu yang baru dan lebih menghargai kehidupan yang dikecapi sekarang dengan menjadikan ianya lebih bermakna…”.
Ikatan hubungan antara kau dan aku ini sangat hebat… kerna diantara kita tiada lafaz cinta, rindu , sayang… kita saling berlumba di dalam ibadah dan juga pelajaran… tidak sekalipun kulit kita bersentuhan kerna diantara kita tiada dating nafsu… kau dan aku mengerti bahawa semua itu adalah sesuatu yang terhalang serta terlarang sehingga saatnya mungkin termeterai lafaz akad , ijab dan Kabul di dalam hubungan ini…. Cukuplah di saat ini… ku terus menanti tanda tanya tentang rahsia luh mahfuz (jodoh) itu dengan terus-terusan menadah tangan pada yang menciptakan fitrah ini… biarpun seluruh dunia tidak mengerti betapa hebatnya rasa ini… cukuplah hanya Dia sahaja yang mengetahuinya… kelak.. moga di kurniakan yang terbaik buat kita disisiNya… meskipun saat itu nanti ku bukan milikmu… moga ‘pengorbanan’ ini akan di kira sebagai ibadah buat kita… moga Allah memandang usaha yang sedikit ini di dalam kita mencari redhaNya… insyaAllah… amien….
Maaf ku pohonkan andai segala perbuatan , sikap , dan ragam ku ini serba sedikit mengganggu perjalanan hidup mu… aku sendiri tidak pasti samada segala yang aku cuba lakukan ini adakah benar ataupun tidak… Cuma di dalam fikiran ku di saat ini… aku hanya ingin mengurangkan bebanmu dan membuka ruang untuk kita fikirkan yang terbaik buat kehidupan di dunia ini…. Saat membaca ayat 5-6, surah al-fatehah di setiap kali saat penuh kehambaan itu(solat)… pasti airmata ini tidak segan silunya menonjolkan diri disebalik kolam mata ku ini… rasa hina dan amat memerlukan pertunjukNya di saat ini… “hanya Kau yang aku sembah dan hanya pada mu sahaja aku memohon pertolongan… tunjukkanlah aku jalan yang lurus ya Allah…. “. Tak mungkin hati ku berdusta…..

Sunday, March 20, 2011

tak mungkin hATiku berdusta....

Hari ini aku sangat ingin berkongsi kisah seorang hamba Allah yang telah menceritakan kisah hidupnya kepada ku. Siapakah dia biarlah aku rahsiakan.. tetapi.. mungkin sedikit sebanyak perjalanan hidupnya ini boleh diambil sebagai motivasi diri buat mereka yang juga mengalami keadaan yang hampir atau serupa sepertinya… mudah-mudahan… =) … sebelum itu , aku meminta izin kepadanya untuk mengantikan dirinya dengan ‘aku’ agar aku lebih atau dapat menjiwa wataknya dalam kisah ini agar kisah ini dapat di sampaikan dengan lebih baik. insyaAllah… =)

Segalanya bermula disini…. 7 tahun dahulu…. Di pendekkan cerita….

Aku berkunjung ke rumahnya pada cuti persekolah . Dia bukanlah seseorang yang tidak aku kenali tetapi merupakan saudara yang boleh dikatakan bau-bau bacang dengan ku . Seingat aku , kami pernah berjumpa beberapa kali sebelum itu , tetapi, ketika itu kami masih lagi kanak-kanak hingusan(sekolah rendah lagi) ketika dia bersama keluarganya bercuti di kampung ku . Kini… aku telah tingkatan 3 dan dia di tingkatan 4…
Sesubuh di rumahnya….

Selepas solat subuh , aku mengulang hafazan al-Quran seperti biasa. Ketika itu aku telah pun menghafaz beberapa juzuk dari al-Quran di pondok tahfiz . Sedang asyik aku mengaji , tidak ku sedari aku sedang diperhatikan . Untuk beberapa ketika , dan akhirnya, saat aku mengangkat wajah , mata ku bertembung dengannya. Dia hanya menghadiahkan senyuman dan kemudiannya berlalu pergi . Saat itu aku merasakan sesuatu tetapi aku tidak pasti apakah dia . Yang pastinya semenjak dari saat itu , aku sentiasa ada mengambil perkembangan dirinya dari sepupu ku . Kesolehan yang jelas terpancar di wajah dan sikapnya bersama ibu dan adik-beradiknya melahirkan suatu rasa yang sukar untuk ku mengerti . Yang jelasnya , aku sangat mengagumi dirinya dalam diam dan hadir suatu perasaan yang aku pendam bertahun-tahun lamanya.

7 tahun kemudiannya..

Setelah sekian lamanya , kami telah dipertemukan semula di majlis perkahwinan sepupuku. Hati ku menjadi berdebar-debar saat melihatnya. Apakah tidaknya , dia adalah insan yang ku pendam perasaan sejak 7 tahun dulu . Meskipun begitu , segalanya aku rahsiakan daripada pengetahuannya. Masakan untuk meluahkan , untuk menegurnya sahaja aku tidak berani apatah lagi berbual mesra. Senyumannya seperti 7 tahun lalu dihadiahkan kepadaku. Aku membalasnya malu . Semenjak detik itu , dia memberanikan diri untuk menegur ku di ‘facebook’, berkongsi fikrah dan sebagainya. Aku membuat lagak biasa sahaja seperti tiada apa-apa di hatiku terhadap dirinya. Sehinggalah suatu saat…..

“ Masa saya tengok awak mengaji , hati saya berkata.. kan bagus andainya awak boleh jadi seseorang yang halal buat diri saya..?”, saat itu… aku sujud syukur kerana rupanya dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti ku sejak 7 tahun lalu. Siapa sangka… setelah pelbagai insan yang hadir dalam hidup ini , akhirnya aku di pertemukan semula dengan insan yang ada dalam hatiku sejak 7 tahun dulu . Subhanallah… tidak disangka-sangka… Alhamdulillah… sujudku syukur….. =)

Pada permulaan hubungan ini segalanya berjalan dengan baik. Aku dan dirinya berjanji untuk menjaga hubungan ini sebaik mungkin. Dirinya sangat memahami dan menghormati meskipun kami dari golongan yang berbeza. Dia bukanlah seorang ‘al-hafiz’ ataupun dari golongan ‘ustaz-ustaz’. Dia insan biasa. Dari fakulti kejuruteraan. Bagi diriku, dirinya bersederhana dalam kehidupan seharian. Seorang anak yang sangat mentaati kedua ibubapanya. Abang yang bertanggungjawab kepada adik-adiknya. Sangat menghormati orang yang lebih tua. Suka membantu insan-insan yang memerlukan semampunya. Tabah menghadapi ujian dan rajin berusaha. Pada ku , kehadirannya menjadi pembakar semangat di dalam kehidupanku . Dia juga seringkali mengingatkan aku pada cintaNYA… katanya.. biarlah rasa ini kita sandar dan serah kepadaNya… moga Allah mengurniakan yang terbaik buat diri kita… Moga kita dipertemukan dalam redhaNYa… Tiada lafaz ungkap rindu, sayang dan cinta… segalanya kami simpan sebagai lafaz rahsia yang pastinya penuh nikmat dan baraqah andai di takdirkan bersama… kau dan aku 1 rasa… 1 matlamat… mencari RedhaNYa…. Ya Allah.. Aku mencintainya kerana Mu dan kerana agama yang ada padanya…. Kata hati ku yakin….

“Disangka panas hingga hingga ke petang . Rupanya hujan di tengah hari . “

Hubungan ini terhalang apabila ibunya menyatakan dengan alasan bahawa aku telah di anggap seperti saudara. Tambahan pula, ibunya telah berkenan dengan seorang gadis buat dirinya . Gadis itu juga telah sering berkunjung ke rumahnya dan telah memenangi hati ibunya. Tambahan pula , gadis itu juga turut menyukai dirinya . Atas keadaan itu , hubungan ini terhenti sampai di situ sahaja. Aku menyerahkan segala-galanya hanya kepadaNya. Aku membawa diri bersama pengharapan sepenuhnya pada Illahi. Saat itu , hatiku begitu sakit berhadapan dengan keadaan ini. Tetapi aku tahu , hanya Dia sahaja yang bisa menjadikan yang tak mungkin menjadi mungkin…. Beransur-ansur aku cuba menjauhkan diri daripadanya… 1 sms kata-kata dariku sebagai pengertian darinya buat kali terakhir : -

Bismillah… “ bukannya diri ini telah berubah.. bukannya diri ini membenci… bukannya diri ini cuba melarikan diri … bukannya diri ini ingin menjauh… bukannya diri inisudah tidak sudi… bukannya diri ini telah melupakan… bukanlah segala-galanya seperti sangkaan mu… aku masih seperti dulu… hati ini tidak pernah berubah… meskipun layanan dan sikap ku pada mu ini tidak seperti dulu… pada ku , cukuplah diri mu ku semat dalam tasbih doaku.. aku tidak mahu diri mu lalai kerana diri ku… tawa , jenaka , senyuman , telatah ku serta segala-galanya biarlah aku simpan dahulu… akan aku persiapkan diri sehebatnya buat sang halal buat diriku ku kelak… mungkin saja diri mu yang bakal memilikinya , mungkin juga sebaliknya… aku hanya berharap dirimu juga seperti ku.. persiapkan diri sehabis baik buat hari muka… mungkin saat itu nanti andainya milik kita , kau pasti mengerti…Cinta ini bukan suatu mainan… akan ku serahkan sebagai ganti mahar hantaran ku buat diri mu… teristimewa dan terindah… buat ‘Adam’ yang ku nanti…”

Hanya Allah sahaja mengerti segala-galanya... Tak mungkin hatiku berdusta… Aku hanya ingin dirinya… Dipertemukan di dalam redhaNya… bersama melakar impian bersama… Mendidik generasi Islam yang berguna… impian kita adalah sama… berdoalah agar dimakbulkan impian kasih kita… bercinta sehingga ke JannahNYA… insyaAllah…amien….

Lagu Haramkah , Melly Goeslow terus dimainkan berulang-ulangkali… Airmata ini jatuh lagi… Tak mungkin hatiku berdusta…..

REZEKI BERSAMA !! =)

Jika sebelum ni aku telah menceritakan tentang kisah burung dan hidupku… kali ini aku akan menceritakan tentang kisah kucing pula… kenapa yer blogger ni suka sangat cerita tentang kisah binatang yer..?? sedangkan kisah-kisah ini hanya remeh temeh sahaja(sesetengah pendapat tentang blog aku ni)huhu… bagiku… setiap apa yang ada di sekeliling kita ada pengajarannya… renungi dan ambil pengajaran… pasti ada sesuatu hikmah disebaliknya… belajarlah dari kehidupan ini… =)

Kisah ini kira-kira berapa bulan yang lalu.. bulan berapa yek? lupe pula…huhu…
Di Dewan makan banat , Darul Quran, Jakim…. Pelajar-pelajar beratur itu mengambil lauk…

“ eh kak.. saya tak makan ayam isi.. boleh tak nak tukar kepak..”, kataku yang memang tak makan part lain dari ayam selain part kepak coz tak lalu nak makan isi je..(banyak songeh kan? Memilih betul! Bersyukur ja la…) huhu…

“ tak boleh lah dik… dah kena nasi….”, tolak kakak yang bertugas.

“tak boleh ke..? saya ingatkan makan ikan hari ni… tak sempat nak pesan nak ayam kepak.. takpelah kalau macam tu…”, kata ku kecewa (ish! Mengada-ngada betul kan??) hehe… ;p

Aku terus berlalu ke meja makan… ia tidak terhenti di situ sahaja tetapi…..

“sape nak tukar ayam dengan ayam akak..?? akak tak makan isi lah.. dapat bahagian tulang pun jadilah… tak lalu lah nak makan isi je… “, kataku minta simpatilah konon… hehe.. (meluatnya lah hai…) ;p waek! Hehehe…

“ tak de lah kak… kitorang punya pun isi je… tengok lah ni… “, respon mereka menunjukkan ayam masing-masing sebagai bukti! Kehkeh.. (bertambah meluat pula aku menaip ni..)hehe…

“ takpelah….”, nada kecewa… nak tak nak aku telan je lah tapi sikit je aku makan… tak lalu…then, berlalu ke tong sampah untuk membuang sisa makanan dan isi ayam yang seketul besar lagi itu… dan…

Meow… meow…meow….. seekor kucing betina mengeow di tepi tong sampah, meraih simpati insan-insan yang lalu lalang di situ… tetapi ia hanya mendapatkan sisa-sisa tulang ayam je.., almaklumlah… isinya dan habis di ‘bedal’…hehe… (jangan marah yer banat-banat.. maaf…) hehehe… lalu, datanglah ‘heroin’ yang menghidangkan seketul ayam isi kepada kucing tersebut! Lantas, tatkala isi ayam itu menyentuh lantai , ia telah disambar sepantas kilat oleh kucing tersebut lalu membawanya lari (ayat bombastikkan?)huhu… kucing itu nampak tergesa-gesa… ia berlari-lari anak.. aku rasa sangat ingin tahu akan sikapnya begitu . lantas aku segera membasuh tangan dan mengekori kucing tersebut dan……

“meow…meow…meow…”, anak-anak kucing mengeow kelaparan di saat melihat isi ayam di mulut ibu mereka. Dan, mereka menikmati isi ayam tersebut bersama-sama dengan penuh kenikmatan.. di saat itu… airmata ku mula bertakung di kolam mataku ini… aku benar-benar insaf… dalam hatiku berkata… “mungkin Allah ingin aku berkongsi rezeki hari ini bersama-sama kucing itu dan anak-anaknya… mungkin sahaja mereka tidak makan seharian sehingga saat aku menghulurkan ayam bahagianku kepada mereka… ya Allah… ampuni dosa-dosa ku… golongkan aku di dalam golongan hamba-hambaMu yang bersyukur…. Moga rezeki hari ini adalah rezeki yang sangat baraqah buat ku…. Amien ya Robb…” , airmata ku menitis terharu… wallahua’lam.