Tuesday, October 12, 2010

cicakman VS spiderman

Sedang sibuk mengulang hafazan al-Quran bagi menghadapi ujian syafawi yang tinggal beberapa hari sahaja lagi di bilik hostel , tiba-tiba muncul seekor cicak di dinding . Dalam hatiku berkata , “ sejak bila pulak cicak ni ada kat dalam bilik ni..?? “ dan tidak semena-mena seekor labah-labah pula sedang berusaha membina sarangnya di bucu siling . Dan, emaginasiku terus membayangkan 2 ikon hero kanak-kanak iaitu ‘cicakman & spiderman’…
Aku mengerahkan otakku supaya berfikir secara kreatif dan kritis . Mengapa yer masyarakat Barat mengambil labah-labah sebagai salah satu daripada hero ikon bagi kanak-kanak dan mengapa pula masyarakat Malaysia yang mejoritinya beragama Islam memilih cicak sebagai ikon hero kanak-kanak di Negara ini..???. Setelah berfikir dan berfikir aku tiba-tiba menjadi marah dan sedih di atas kecetekan umat Islam berfikir dan di atas hiburan melampau yang semakin menjadi-jadi di negara ini . Segera aku mengambil handset ku lalu ku mengirimkan hampir kesemua teman-teman yang ada di dalam ‘phonebook’ ku untuk berdiskusi tentang topik cicakman & spiderman ini… Dan ternyata ianya menjadi isu hangat sepanjang hari itu . Pelbagai jawapan yang aku perolehi dan ternyata jawapan tersebut tiada suatu pun yang seperti yang aku fikir kan . Walaubagaimanapun , terima kasih kepada semua teman-teman yang sudi berkongsi buah fikiran dan ilmu di atas isu ini . Sungguh HEBAT anda semua !! =)
Sekadar berkongsi pandanganku sahaja…
Ingatkah kalian ketika dibangku sekolah rendah dahulu , ketika subjek Sirah Nabawiah..?? yang menceritakan tentang ketika Rasulullah bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi di dalam gua..? sirah tersebut juga turut mengisahkan tentang 2 ekor binatang iaitu cicak dan labah-labah . Labah-labah telah cuba menyelamatkan Baginda & Saidina Abu Bakar dengan membina sarang di pintu gua yang menyebabkan kaum musyrikin tidak jadi untuk masuk ke dalam gua kerana yakin tiada manusia di dalam gua dengan melihat sarang labah-labah yang masih elok & tiada kerosakan. Ketika kaum musyrikin ingin beredar meninggalkan gua , cicak pula membuat bunyi bagi menandakan ada manusia di dalam gua dan menyebabkan kaum musyrikin berpatah semula meninjau pintu gua..begitulah serba sedikit sirah Nabi yang hampir dilupakan oleh sebahagian kaum muslimin.. Maka , binatang manakah yang cuba menyelamatkan Nabi dan binatang manakah yang cuba bersubahat dengan kaum musyrikin..?? Renung-renungkanlah….
Apa pendapat anda ketika situasi ini berlaku…
“abang nanti dah besar nak jadi ape..??” Tanya seorang ibu kepada anaknya selepas keluar daripada menonton movie ‘cicakman’ di sebuah panggung wayang .
“abang besar nanti nak jadi cicakman! “, jawab anak itu penuh semangat .
Dimanakah peganti Hamzah..?? Solehuddin?? Saidina Umar Abd Aziz?? Al-Khattab..??
Umat Islam hari ini hanya berfikir tentang hiburan dan keseronokan semata-mata . Tidak memikirkan tentang kesannya untuk masa-masa akan datang . Jika sekarang ini anak-anak telah dikotori minda mereka dengan hiburan yang tanpa hentinya , bagaimanakah pula dengan generasi akan datang..?? dapat anda bayangkan..??.
Banyakkan MENGKAJI disamping MENGAJI ilmu….
Lihat sahaja masyarakat Barat memilih ‘Spiderman’ sebagai ikon hero kanak-kanak..?? Pasaran bagi movie , costume , toys spiderman dan sebagainya mendapat sambutan hangat ke seluruh pelusuk dunia sehingga ke hari ini kerana mereka mengkaji dan menerima pakai sirah-sirah Islam malah mengiktiraf Rasulullah sabagai role model terbaik di dunia… Bagaimanakah pula bagi kita umat Islam…?? Dimanakah sirah-sirah Nabi itu kita kuburkan..?? Mari kita bermuhasabah bersama-sama saudara-saudara ku sekalian…
Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang kurang serta buruk itu datangnya daripada diri yang hina ini , hakikatnya segala-galanya daripada Allah juga. Wallahua’lam.